Boikot ni ajaran sapa? Nabi ke? Apa kata kita baca kisah dibawah ini agar kita tak terikut-ikut perangai orang Jahiliyyah.
KAUM QURAISY BOIKOT BANI HASYIM DAN BANI MUTTHALIB
Untuk tujuan itu, mereka menulis isi perjanjian pemboikotan tersebut dan digantung di dinding Kaabah. Dan terdapat riwayat yang menyebutkan bahawa yang menulisnya adalah Manshur bin Ikrimah bin Amir bin Hasyim bin Abdul Manaf. Ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa yang menulisnya adalah An-Nadhr bin Al-Harith. Rasulullah ï·º pernah melaknat orang tersebut sehingga tangannya menjadi lumpuh.
Kalangan bani Hasyim dan Bani Mutalib, baik yang Mukmin mahupun yang kafir, (kecuali Abu Lahab - Semoga ALLAH melaknat dia dan anaknya) - semuanya dikumpulkan di dusun Abu Thalib dalam keadaan terkepung dan terpisah dari dunia luar selama lebih kurang 3 tahun.
Disinilah Abu Thalib sempat mengubah sebuah syair yang popular;
"Semoga ALLAH memberikan balasan atas keburukan 'Abdu Syams dan Naufal terhadap kita"
Sesusah itu bangkitlah beberapa orang Quraisy yang berusaha untuk memusnahkan boikot tersebut. Hisyam bin Amr bin Rabiah bin Al-Harits bin Hubaib bin Nashr bin Malik bin Hisl bin Amir bin Lu-ay adalah individu yang berjaya menghapuskan usaha pemboikotan tersebut. Dia telah pergi berjumpa dengan Muth'im bin Adi dan beberapa orang Quraisy yang lainnya, sehingga pada akhirnya mereka menyambut baik permintaan tersebut.
Rasulullah ï·º telah mengkhabarkan kepada kaumnya bahawasanya ALLAH telah mengirimkan anai-anai untuk memusnahkan isi perjanjian pemboikotan itu. Anai-anai telah memakan seluruh bahagian kertas tersebut kecuali yang bertulis Lafzbul Jalalah : ALLAH. Dan memang benar apa yang terjadi. Maka pada akhirnya, Bani Hasyim dan Bani Mutalib kembali pulang menuju ke Makkah. Maka terjadilah perdamaian meskipun Abu Jahal dan Amr bin Hisyam tidak menyukainya.
Sampailah berita tersebut kepada kaum Muslimin yang sedang berada di Habsyah, yakni bahawasanya kaum Quraish sudah memeluk agama Islam sehingga menyebabkan sebahagian dari mereka pulang ke Makkah. Namun ternyata mereka kembali lalu mendapat seksaan dan cubaan seperti sebelumnya.
Mereka terus bertahan tinggal di Makkah sampai tiba masanya perintah berhijrah di Madinah, kecuali Sakran bin Amr, suami Saudah binti Zam'ah. Dia (Sakran) meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke Habsyah ke Kota Makkah, sebelum berhijrah ke Madinah. Demikian juga nasib yang menimpa kepada Salamah bin Hisyam dan Ayysasy bin Abu Rabi'ah. Ini termasuk Abdullah bin Makramah bin Abdul Uzza. Dia termasuk orang-orang yang ditahan dari meninggalkan Makkah. Akan tetapi, pada waktu perang Badar, dia berjaya melarikan diri dari kaum Musyrikin lalu bergabung dengan kaum Muslimin.
4 Comments
Kalau ko nak makan mcd makan ajelah,takde siapa marah.Tapi menyamakan orang yg boikot produk yahudi dengan jahilliyah amatlah cetek pemikiran.
ReplyDeleteZaman jahiliah dulu, krisis yahudi-palestin tu wujudkah? Tidak semua kisah sejarah sesuai dijadikan bahan rujukan untuk zaman yang mendatang dan penuh dgn tipu helah.
ReplyDeleteSahabat Rasulullah pun boikot Kaab bin Malik sebab tak pergi berperang.. Fasa Madinah..
ReplyDeleteYg ni aku x setuju.... sbb kene faham juga fikh realiti...
ReplyDeletePerkara x boikot ini bukan qatie.... ianya mungkin bermaksud lan hikmahnya lain...
Kalau semua org islam beli dikedai cina maka cina lah jadi kaya raya dan akan halau.semua org melayu....
Akhirnya org melayu jd peminta sedekah sbb jd kuli beli barangan org cina....
Akhirnya umat isam dibunuh seperti di bosnia ... palestin... rohingya..
Di palestin umat islam jual tanah pd yahudi dgn harga yg mahal... sbb gagal fahami fikh realiti..
Sbb gagal fahami hadis nabi muhammad saw yg bermuamlat dgn yahudi...yg gadai baju besi...
Kalau ikut ulamak salaf sebiji2 mcm ni lah jadinya.... sbb x ikut ijmak ulamak semasa yg lebih faham situasi semasa...
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.