Oleh : PMO

Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Datuk Azeez dan pasukan sukarelawan Kelab Putra 1Malaysia yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke GAZA tempoh hari. Walaupun hanya 3 orang sahaja dibenarkan masuk menyeberangi sempadan, namun kita harus bersyukur kerana bekalan perubatan dan makanan dibenarkan untuk dibawa masuk kesemuanya ke Gaza.

Apa-apapun inilah yang kita mahukan. Less talk, more action.

Dan janganlah jadi macam Muzabzib kat atas ni. Talk more, no action, posing lebih.

Sekarang meh kita tengok macam mana sang Muzabzib yang kini sedang bersenang lenang makan gaji dari negara yang menubuhkan negara Israel, berjihad di Gaza pada tahun 2013.

1. Pakai smart-smart. Pakaian ala-ala nak pergi pejabat. Bukan nak pergi buat operasi. 

2. Ambil gambar dekat Wheel Chair peninggalan Ahmad Yassin (Aku tak tau apa kepentingan bergambar macam ni... Maybe dapat pahala kot.)

3. Berucap dekat atas pentas (yang wallahualam, tak ada pula gambar orang yang mendengar dipaparkan)

Dan... Dah berjihad. Mudahkan?

Tak payah angkat barang. Tak payah bawak bekalan perubatan. Inilah gaya 'Jihadis' ala Oxfordi.