Oleh : Nurfitri Hadi
Setelah berhijrah ke Madinah, Rasulullah ﷺ hidup dalam lingkungan yang lebih majmuk dibandingkan sewaktu Baginda ﷺ berada di kampung halamannya, Makkah. Selain tinggal bersama orang-orang musyrik Arab, Rasulullah ﷺ juga hidup bersama-sama dengan ahlul kitab dari kalangan Yahudi. Di antara kabilah Yahudi yang tinggal di Madinah adalah kabilah Bani an-Nadhir.
Sebagai penguasa Madinah, Rasulullah ﷺ menetapkan beberapa aturan dalam muamalah masyarakat yang majmuk ini. Baginda ﷺ juga mengikat perjanjian dengan beberapa kabilah Yahudi termasuk Bani an-Nadhir. Namun sememangnya perangai orang-orang Yahudi ini, mereka tidak pandai memegang janji. Akhirnya mereka pun terusir dari Kota Madinah.
Siapakah Bani an-Nadhir?
Bani Nadhir adalah kabilah Yahudi yang tinggal di wilayah Utara Jazirah Arab, di sebuah kawasan yang dahulu dikenal dengan nama Yathrib. Mereka tinggal di wilayah tersebut sehingga nama kota itu digantikan dengan nama Madinah an-Nabawiyah. Pada abad ke-7 M, mereka pun diusir dari wilayah yang telah lama mereka diami kerana khianat dalam perjanjian yang telah mereka persetujui.
Sebelum kedatangan Nabi Muhammad ﷺ ke Kota Madinah, kabilah-kabilah Yahudi seperti Bani Qainuqa’, Bani Quraizhah, dan Bani Nadhir sering terlibat dalam perselisihan yang kadangkala menyebabkan peperangan berlaku dengan kabilah-kabilah besar Arab di sana, antaranya Aus dan Khazraj. Di antara mereka, ada yang bersekutu dengan Aus untuk memerangi Khazraj, demikian pula sebaliknya. Ada yang bersekutu dengan Khazraj untuk memerangi Bani Aus. Sehinggakan pada suatu hari, orang-orang Yahudi Yathrib ini berdoa,
اللهم ابعث هذا النبي الذي نجده مكتوبا عندنا حتى نغلب المشركين ونقتلهم
Mereka berdoa agar Allah mengutus Rasul kepada mereka. Tatkala Allah mengutus Rasul tersebut dari bangsa Arab, dan bukannya dari kalangan mereka, maka mereka pun mengkufurinya kerana hasad dengki mereka terhadap bangsa Arab. Walaupun mereka mengetahui bahawa lelaki Arab itu (Nabi Muhammad ﷺ) adalah utusan Allah.
Hal ini sesuai dengan firman Allah Ta’ala,
وَلَمَّا جَاءَهُمْ كِتَابٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ وَكَانُوا مِنْ قَبْلُ يَسْتَفْتِحُونَ عَلَى الَّذِينَ كَفَرُوا فَلَمَّا جَاءَهُمْ مَا عَرَفُوا كَفَرُوا بِهِ ۚ فَلَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الْكَافِرِينَ
Sebab Bani Nadhir Diusir dari Madinah
Ada beberapa sebab yang menyebabkan Bani Nadhir ini diusir dari Kota Madinah, di antaranya:
Pertama, Bani Nadhir mengkhianati perjanjian mereka dengan Rasulullahv ﷺ, bahwasanya mereka tidak akan mengganggu dan melakukan tindakan ofensif terhadap umat Islam. Mereka bukan sahaja telah mengganggu umat Islam, Bani Nadhir juga menjalin hubungan dengan kafir Quraisy untuk memerangi Rasulullah ﷺ dan para sahabatnya Radhiallahu Ajmain. Salah seorang tokoh Bani Nadhir yang bernama Salam bin Misykam telah mengadakan pertemuan dengan Abu Sufyan untuk menyampaikan maklumat tentang keadaan kaum muslimin di Madinah.
Kedua, melakukan percubaan membunuh Nabi ﷺ.
Ini adalah kesilapan terbesar yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dari Bani Nadhir. Mereka cuba untuk membunuh Nabi Muhammad ﷺ, padahal sebelum itu mereka telah berjanji untuk tidak mengganggu hatta seorang muslim pun.
Suatu hari Nabi ﷺ bersama beberapa orang sahabatnya pergi ke perkampungan Bani Nadhir untuk meminta diyat ekoran terbunuhnya dua orang dari Bani Kilab oleh Amr bin Umayyah ad-Damiri. Ketika Rasulullah ﷺ mengutarakan maksud kedatangannya berjumpa dengan Bani Nadhir , pada awalnya mereka bersetuju menerima kehadiran Baginda ﷺ. Mereka mengatakan :
نَفْعَلُ يَا أَبَا القَاسِمِ , اجْلِسْ حَتَّى نَقْضِيَ حَاجَتَكَ
Wahai Abul Qasim, kami akan memenuhinya. Silahkan duduk sampai kami boleh memenuhi keperluanmu.
Rasulullah ﷺ duduk berdekatan tembok rumah mereka bersama Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu , Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu , Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu serta beberapa sahabat lainnya.
Sementara di tempat lain orang-orang Bani Nadhir berkumpul dan mula merencana untuk membunuh Rasulullah ﷺ . Mereka mengatakan, “Siapa diantara kalian yang mahu menjatuhkan batu ini ke atas kepala Muhammad sampai pecah ?”
Salah satu dari mereka yang bernama Amru ibnu Jihasi mengatakan, "Saya."
Mendengar rencana ini, Salam bin Misykam berusaha mencegah mereka, ”Jangan kalian lakukan! Demi Allah, pasti Allah akan memberitahu rencana kalian ini kepadanya.” Peringatan Salam bin Misykan ini tidak diendahkan. Mereka tetap meneruskan niat jahat mereka.
Apa yang dikhawatirkan Salam bin Misykan pun benar-benar terjadi, Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan wahyu kepada Rasulullah ﷺ melalui Malaikat Jibril ‘dan Nabi ﷺ mengetahui rencana tersebut. Setelah mendapat wahyu itu, Nabi ﷺ segera berganjak dari tempat duduknya tanpa mengucapkan sepatah kata pun lalu pulang ke Madinah dan diikuti oleh para sahabat. Mereka yakni para sahabat bertanya tentang apa yang menyebabkan Baginda ﷺ tiba-tiba bangkit dari tempat duduknya dan pulang. Lalu Rasulullah ﷺ menceritakan niat keji orang-orang yahudi yang hendak membunuhnya.
Tidak beberapa lama kemudian, Rasulullah ﷺ mengutus Muhammad bin Maslamah untuk menyampaikan keputusan Baginda ﷺ kepada Bani Nadhir. Muhammad bin Maslamah berkata kepada orang-orang Yahudi Bani Nadhir, “Keluarlah kalian dari Madinah. Aku beri kalian tempoh waktu 10 hari. Jika aku menemui kalian setelah 10 hari tersebut, akan aku pancung batang lehernya!”
Sumber:
- Shalabi, Ali Muhammad. 2007. Ghazawatu ar-Rasul, Durus wa ‘Ibar wa Fawa-id. Kairo: Muassasah Iqra.
- alaukah.net
Akan bersambung ke: PENGUSIRAN YAHUDI BANI AN-NADHIR DARI MADINAH - BAHAGIAN KEDUA (Akhir)
2 Comments
Bagus.....
ReplyDeletetp di msia dah byk kali pengkhianatan oleh kaum cina....
Dah smpai masanya kaum ni di halau dari msia....
alright..halau jer secepat mungkin.
Deleteبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.