Foto diambil dari Akaun FB Abu Mior Azlan Junior |
Teks : Saufy Jauhary
Masya Allah...betapa cekalnya beliau....malunya kita sebagai orang yang dikurniakan Allah dengan kesempurnaan tetapi tidak mahu memanfaatkan kesempurnaan tersebut dengan baik.
Beliau adalah Syeikh Ammar Bugis, seorang ulama Jeddah, juga seorang penghafal Al-Qur’an yang lahir di Amerika Syarikat pada 22 Oktober 1986.
Nama Bugis diambil dari nama datuknya yang berasal dari Makassar, Sulawesi. Iaitu Syeikh Abdul Muthalib Bugis yang hijrah dari Sulawesi ke Makkah dan mengajar tafsir di Masjidil Haram.
Sejak lahir beliau mengalami lumpuh sepenuhnya sehingga tidak mampu berdiri bahkan kepala pun tidak boleh dialihkan ke kanan dan ke kiri. Sungguhpun dengan lidah yang menjulur keluar sejak lahir, namun siapa sangka beliau telah hafal Al-Qur’an sejak berusia 13 tahun dalam masa 2 tahun sahaja.
Beliau tidak pernah patah semangat untuk mempelajari Al-Qur’an, bahkan kini beliau juga merupakan lulusan dari Jurusan Kewartawanan King Abdul Aziz Universiti, kemudian beliau dilantik sebagai wartawan sukan Harian Al Madinah yang terbit di Jeddah. Juga kolumnis Harian Ukaz terbitan Riyadh.
Dalam keadaan fizikal yang serba keterbatasan ini pun, beliau dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan seorang isteri dan anak. ternyata kisah beliau ini sangat memotivasikan orang yang sihat!
Syeikh Ammar Bugis, Sang Penakluk Kemustahilan.
Info dari Abu Mior : Syeikh Ammar Bugis nak sambung ambil SARJANA (Master) di UIAM Gombak.
Lagi video berkaitan :
p/s: biografi penuh beliau boleh didapati dari carian google
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.