[VIDEO] BEZA UNITED KINGDOM, GREAT BRITAIN DAN ENGLAND



England

Nama England adalah dari perkataan ' Engla Land' yang bermaksud 'Land of angle'. Nama ini diberi oleh puak dari sekitar Jerman yang telah menakluk Britain pada kurun ke 5.

England merupakan sebahagian daripada United Kingdom. England meliputi bahagian selatan Pulau Great Britain dan berkongsi sempadan darat di bahagian utara dengan Scotland dan bahagian barat dengan Wales. England juga dikelilingi oleh laut dan merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk di UK.

England bersama-sama dengan Scotland, Wales dan Ireland Utara membentuk United Kingdom. Bandaraya terbesar England iaitu London ialah ibu negara United Kingdom.

Great Britain

Nama Great Britain telah bermula dari zaman Empayar Rom. Di zaman Empayar Rom, negara England dan Wales dipanggil sebagai 'Britannia'.

Great Britain terbentuk dari gabungan negara England dan Scotland serta kepulauan Wales.Gabungan negara negara ini telah membentuk satu kerajaan tunggal bermula dari tahun 1707 hingga 1801. melalui gabungan ini mereka telah berkongsi kuasa raja yang sama.

Kerajaan Great Britain telah dibubarkan pada tahun 1801 dan digantikan pula oleh kerajaan United Kingdom.

United Kingdom

United Kingdom terbentuk hasil dari gabungan Great Britain dan negara Ireland. Pada waktu itu gabungan ini dikenali sebagai ' United Kingdom of Great Britain and Ireland 'Gabungan ini terdiri dari England, Scotland, Wales dan Ireland. Setelah berlaku nya pemberontakan Ireland, Ireland telah mngambil keputusan untuk keluar dari gabungan itu dan membentuk negaranya yang berdaulat bersendirian.Ireland utara pula tidak mahu mengikut jejak mereka dan mahu kekal dalam kerajaan gabungan ini. hasilnya,pada masa kini kerajaan gabungan ini telah dikenali sebagai ' United Kingdom And Northen Ireland.

RUMUSAN AKU :

England adalah sebuah negara.

Great Britain adalah gabungan negara terdiri daripada England, Scotland dan Wales

United Kingdom adalah gabungan negara terdiri daripada England, Scotland, Wales dan Ireland (kini hanya Ireland Utara).

Artikel dipetik dari : aku-mango.blogspot.com

Post a Comment

1 Comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.