Oleh : Jebat Dalam satu seminar yang dianjurkan oleh Pusat Dialog Peradaban Manusia, Universiti Malaya, seorang pensyarah jemputan dari Amerika Syarikat pernah membentangkan mengenai kajiannya mengenai perbezaan tahap kematangan atau baligh seseorang remaja di US dan Asia. Beliau mengkaji apakah kriteria seseorang itu boleh dikatakan telah baligh dan matang pada pandangan remaja Asia membuat pembandingan dengan remaja di US. Apakah ritual atau perbuatan yang membolehkan seseorang remaja itu sudah mencapai tahap kematangan. Atau dalam terminologi sosiologi dipanggil Rite of Passage. Dan hasil dapatan dari kajiannya, beliau mendapati bahawa remaja di US meletakkan penyertaan diri dalam peperangan adalah tahap kematangan seseorang individu tersebut. Ini ternyata berbeza dengan jawapan yang diberikan oleh remaja di Asia yang meletakkan jawapan : Kebolehan membuat keputusan sendiri, sebagai tahap kematangan seseorang individu. Pensyarah US berkenaan ternyata bimbang dengan trend yang berlaku dikalangan remaja negara berkenaan. Dan didalam video diatas, membuatkan penulis berfikir kembali mengenai kenyataan yang pernah beliau luahkan satu ketika dahulu. Penulis terfikir, apakah peperangan yang berlaku dan dilakukan oleh US adalah ciptaan mereka sendiri bagi 'memenuhi' kehendak remaja negara mereka untuk 'matang'? Wallahualam.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.