TIPS KESELAMATAN PERBANKAN INTERNET

Dipetik dari : Majalah Akses Malaysia

Faktor keselamatan merupakan isu yang paling utama dalam perbankan internet. Ada individu yang tidak percayakan perbankan internet. Ada juga yang tidak tahu menggunakan kemudahan itu walaupun telah bertahun-tahun menggunakan internet.

Mereka sanggup menunggu berjam-jam no giliran untuk urusan perbankan samada untuk membayar bil atau pinjaman.

Golongan sebegini sememangnya ada dan kami juga dahulunya begitu. Sebenarnya kelebihan perbankan online ini dapat menjimatkan masa dan tenaga. Tidak perlu tunggu lama-lama untuk membuat transaksi, hanya menunggu beberapa minit menyelesaikan pembayaran tersebut tanpa meninggalkan rumah.

Apa yang boleh anda lakukan dalam perbankan internet?

> Menyemak baki akaun dan penyata akaun dalam talian.
> Mengemukakan permohonan dalam talian untuk akaun baru, kad kredit atau kemudahan pinjaman.
> Membuat pelaburan deposit tetap
> Memindah wang di antara akaun (milik sendiri dan pihak ketiga)
> Membayar bil, kad kredit, pinjaman dan premium insurans
> Membuat, meminda atau membatal arahan cek
> Menyemak status cek
> Memohon arahan menghentikan pembayaran cek
> Memohon draf bank dan pemindahan telegraf

Mungkin anda pernah mendengar perbankan internet ini tidak selamat dan membahayakan. Sebenarnya, sebelum bank melaksanakan kemudahan perkhidmatan perbankan internet, pihak bank telahpun mengkaji dan membuat polisi tertentu bagi melindungi wang anda.

Semua perbankan internet dibelakangi oleh mereka yang sangat pakar dalam keselamatan internet. Jika ia berjaya digodam sekalipun, wang anda tetap akan dilindungi. Wang anda dikembalikan jika ia kesilapan di pihak bank. Walaubagaimanapun wang anda tidak akan dilindungi jika anda tersilap.

Dimana anda terperangkap emel phising, sms alert, website palsu dan mangsa kejuruteraan sosial. Disini anda perlu berhati-hati apabila menggunakan perkhidmatan perbankan internet.

Bahaya menggunakan rangkaian wifi ditempat awam.

Menggunakan rangkaian wifi untuk melakukan perbankan internet adalah tidak selamat. Ini disebabkan anda berkongsi rangkaian dengan orang lain. Banyak teknik yang dilakukan oleh penggondam dalam rangkaian untuk mencuri kata laluan anda seperti teknik Man In The Middle Attack (MITM) dan lain-lain lagi.

Bahaya menggunakan komputer di Cafe Cyber

Anda tidak digalakkan melakukan transaksi perbankan internet di Cafe Cyber. Apa yang perlu dibimbangkan adalah jika cafe cyber tersebut memasang perisian Keylongger, dimana setiap apa aktiviti anda akan dirakam untuk tujuan tidak baik.

Anda juga perlu berhati-hati menggunakan komputer yang dipinjam dari orang lain. Adalah lebih selamat jika anda melakukan perbankan internet menggunakan sambungan internet peribadi. Jangan lupa membuang cookies atau browser cache setiap kali sesi.

Login ke akaun bank melalui link yang diberikan dalam e-mail.

Perhatian! Pihak bank tidak akan sesekali menghantar email kepada anda. Pihak bank selalunya akan menghantar surat berdaftar dan meminta anda ke bank berdekatan dan bukannya melalui email.

Jika anda menerima email daripada pihak bank anda yang menyuruh anda mengemaskinikan maklumat dan akaun anda dan meminta anda klik pada link yang diberikan dalam email tersebut. JANGAN KLIK! Ia sebenarnya adalah email palsu atau cubaan mencuri identiti anda seperti username dan password perbankan internet anda.

Taip secara manual website adress bank di web browser anda.

Sentiasa taip secara manual di browser www.maybank2u.com.my untuk mengakses Maybank2u atau menaip www.cimbclicks.com.my untuk mengakses Cimbclicks.

Jika anda malas untuk menaip di web browser dan menggunakan search engine seperti Google dan Yahoo! untuk log in, sila pastikan alamat website itu betul. 

Jangan dedahkan username dan password anda

Username dan password anda hendaklah dirahsiakan. Hafalkannya dan elakkan ianya daripada ditulis walau dimana sekalipun. Selalu menukar kata laluan atau nombor pin anda dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang mudah diteka dengan tepat seperti nama atau tarikh lahir.

Namun, kini bank menggunaka  sistem TAC iaitu Transcation Authorization Code dimana pemilik perlu mendaftar nombor telefon bimbit mereka di mesin ATM terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi online. Kita perlu meminta nombor TAC terlebih dahulu.

Nombor ini akan disms ke telefon bimbit anda. Ia adalah angka 6 digit. Transaksi tidak dapat dilakukan jika tiada nombor TAC ini. Jadi jangan serahkan telefon bimbit anda kepada sesiapa yang mengetahui maklumat perbankan internet anda.

Lindungi komputer anda daripada virus dan program perosak.

Aktifkan Firewall dan pasangkan perisian Antivirus percuma yang tidak kurang hebatnya. Kami cadangkan anda muat turun Microsoft Security Essentials. Ia memberikan perlindungan dari virus dan spyware, termasuk trojans, worms dan software berbahaya yang lain.

Anda juga hendaklah memastikan perisian Antivirus dan Web Browser sentiasa dikemaskini untuk mendapatkan ciri-ciri perlindungan terbaru.

Berhati-hati apabila memuat turun sebarang perisian.

Jangan memuat turun sebarang fail atau perisian daripada laman web atau sumber yang kurang anda ketahui atau memasuki pautan yang dihantar oleh seseorang yang tidak anda kenali.

Pembukaan fail sedemikian boleh mendedahkan sistem anda kepada virus komputer yang boleh mencuri maklumat peribadi anda , termasuk kata laluan atau nombor pin anda.

Apabila anda menerima sesuatu program atau lampiran, periksalah ia dengan program antivirus yang terkini untuk memastikan bahawa ia tidak mengandungi virus yang boleh menyerang komputer peribadi anda.

Log out selepas guna

Apabila selesai melaksanakan transaksi perbankan internet anda, pastikan anda log keluar. Padamkan cookies atau browser cache selepas log keluar daripada laman web untuk menghapuskan sebarang maklumat tentang akaun anda. Ini adalah penting untuk mengelakkan sebarang maklumat yang tersimpan daripada diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Begitulah serba sedikit tips perbankan internet yang boleh anda ketahui untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Post a Comment

0 Comments