Oleh : AJ
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi hak asasi manusia telah mengeluarkan laporan mengenai kebimbangan mereka mengenai 'pencabulan' hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia. Dengan hanya mengambil 'nasib malang' nama-nama seperti Edmund Bon, Azmi Sharon, Phee Boon Poh, dengan mudah, badan dunia ini mahukan pendakwaan yang dikenakan terhadap individu berkenaan di tarik semula selain akta hasutan dihapuskan.
Ini merupakan satu kenyataan yang amat biadap dan kurang ajar lebih-lebih lagi badan dunia itu sendiri mengakui sikap berkecuali dalam mencampuri urusan pemerintahan dan kedaulatan sesebuah negara. Penulis melihat, 'laporan' yang dikeluarkan oleh PBB ini tidak lebih dari modus operandi Amerika Syarikat untuk mencampuri urusan dalaman negara.
Apa-apapun, tindakan U.N mencampuri urusan dalaman negara adalah satu pencabulan terhadap kehormatan negara. Sebelum U.N hendak membetulkan Malaysia, ada baiknya badan pertubuhan dunia ini menyelesaikan isu Palestin-Israel yang sehingga hari ini gagal mencari kata putus. Ini tidak termasuk sikap 'double standard' U.N dalam isu-isu melibatkan umat Islam seperti di Mindanao dan Selatan Thai yang mana mereka-mereka ini telah berjuang berabad-abad lamanya menuntut kemerdekaan wilayah mereka. Namun disebabkan yang menuntut itu adalah orang Islam, maka mereka tidak dilayan. Ini berbeza pula dengan kes Timur Timor (sekarang dikenali dengan Timor Leste) yang mana U.N dilihat begitu bersungguh-sungguh berusaha memerdekakan Wilayah tersebut dari Indonesia.
Jadi apa yang dilakukan oleh U.N hari ini adalah satu episod bangsat yang diarahkan oleh tangan-tangan ghaib di luar sana untuk menghancurkan Malaysia. Mereka mahu Malaysia mengikut telunjuk mereka dalam apa jua aspek. Semoga ALLAH memberikan kekuatan kepada pemimpin kita dan menyatupadukan hati kita dalam berhadapan dengan 'serangan pengganas' yang menggunakan nama 'Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu' ini.
Sumber :
http://www.revleft.com/vb/whats-point-uni-t8753/index2.html?s=060441f26e99f41dfe47c8b29c7e04aa&
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.