Oleh : AJ

Kita semua tau... Yang membantu menaikkan Asri ialah D.S Shahidan. Dan kita amat menghargai jasanya yang murni itu.

Namun bilamana orang yang dibantunya itu mula melakukan taik kepada D.S Shahidan, kami mula bertanya, apakah si penang ini sedang mengikut jejak langkah rakan senegerinya, Anwar Ibrahim? Yang tidak mengenang jasa orang yang pernah membantunya menaiki hiraki politik negara.

Sejurus kegagalannya mendapat perkenan melanjutkan tempoh perkhidmatan sebagai Mufti Perlis, Sang Muzabzib ini bagaikan anjing kepanasan. Maka bermulalah episod perli memerli. Apa sahaja yang tak kena pada akal dan hawa nafsunya, di kritik tanpa berusaha berjumpa dengan individu yang dikritiknya itu. Dan salakkannya semakin kuat bilamana usahanya melobi mendapatkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang gagal dalam PRU13 yang lalu. Rujuk disini : Malaysiakini Sahkan Dr. Asri Ditawarkan Jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang

Sedangkan bukan susah baginya mendapat nombor telefon atau mengutus surat kepada kenalannya itu.

Dan kini, Sang Muzabzib ini menjadikan tokoh terkemuka di Perlis ini sebagai mangsanya. Jadi kami mula merasa risau, adakah Genetik Anwar sudah berkembang mekar di dalam tubuhnya?

Semoga D.S Shahidan sentiasa tabah dan dilindungi Allah dalam berhadapan manusia seperti ini.
Mengampu kadangkala tidak memerlukan perkataan. Cukup sekadar berpakaian atau menggambarkan 'kemesraan' untuk tatapan khalayak ramai.