POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

CERITA KAMPUNG CHUBADAK YANG SEBENAR

Isu Kg Chubadak - Pembetulan Kg Chubadak masih wujud.

Yang dirobohkan adalah Kg Chubadak Tambahan.

Wartawan selalu serkap jarang dengan mengatakan kesemua Kg Chubadak setinggan.

Untuk Makluman Kg Chubadak, Kg Chubadak Hilir adalah tanah Rizab Melayu yang ada geran.

Tiada sebarang rampasan yang berlaku diatas kedua Kampung asal dan bertuan ini.

Isu kes rumah yang dirobohkan adalah salah penduduk.

Sebanyak 7 kali pampasan telah dibayar.

Malah yang terbaru seramai 200 orang dipindahkan ke PPR Batu Muda dimana sewa rumah mereka dibayar Sentul Murni Development dan hampir 2 tahun mereka telah dipindahkan kesana. 

Rancangam asal, tapak sedia ada akan diratakan dan kemudian projek PPR rumah akan diadakan diatas tapak itu. Selepas siap, semua 200 penghuni itu akan dipindahkan semula ke PPR Chubadak ini. Namun disebabkan masih ada 5 rumah yang tidak mahu berpindah, nasib 200 orang tadi jadi tergantung sehingga sekarang.

Projek terbengkalai kerana 5 rumah terakhir ni.. mana lagi penting? 5 rumah atau nasib 200 orang Melayu yang ingin kembali ke PPR Chubadak?

Kesemua 5 rumah telah ditawarkan rumah PPR Bt Muda (sewa ditanggung pemaju) dan juga dijanjikan akan dipindah semula ke PPR Chubadak, namun mereka tolak.

Mereka mempersoalkan tidak dapat pampasan, namun 7 kali telah dibayar, dan jika tidak dapat sebenarnya sama ada mereka tidak mahu turut serta dalam perjanjian atau menuntut lebih dari itu.

Selain 5 rumah tadi, rumah rumah lain yang terbiar telah didiami pendatang tanpa Izin secara haram dan ini menyebabkan penyakit sosial dan mengganggu kampung bersebelahan . Nama Kampung Chubadak telah dicemari dengan insiden ini dan ramai salah anggap ingat kami ini setinggan, termasuklah Mantan Menteri Wilayah Persekutuan terdahulu.

Oleh itu, berhenti cerita Isu Kg Chubadak sekiranya tidak tahu fakta sebenar.

Tambahan : Penduduk Kampung Chubadak yang asli adalah berketurunan Minang, selain kesemua mereka itu mempunyai hubungan kekeluargaan. Jika ada yang bukan dari keturunan Minang, sama ada dari belah ayah atau ibu, nampak sangat mereka itu menipu. Ini bukan isu politik. Ini isu hak. Cuma orang luar yang tak tahu apa-apa baiklah jangan masuk campur urusan dalam penduduk kampung Chubadak.

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.