Kota Kinabalu - Pihak berkuasa keselamatan telahpun mengenal pasti dalang di sebalik isu Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan tindakan lanjut terhadap dalang berkenaan sedang diambil, kata Menteri Tugas-tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang.
Menjawab soalan Jeremy Malajad (Bebas-Kadamaian), Datuk Abdul Rahim Ismail (BN-Pantai Manis) dan Limus Jury (BN-Kuala Penyu), Teo berkata pihak berkuasa akan menangani isu berkenaan sebaik-baiknya agar ia tidak lagi menimbulkan masalah dan mengganggu keharmonian masyarakat di negara ini.
"Untuk makluman Anggota Dewan Undangan Negeri Kadamaian, Pantai Manis dan Kuala Penyu, kerajaan amat memandang serius isu SSKM yang telah dicetuskan oleh sebahagian kecil orang tidak bertanggungjawab baru-baru ini," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.
Katanya meskipun perbuatan itu ditimbulkan cuma oleh segelintir masyarakat bertujuan memperbesarkan isu SSKM namun ia bersifat hasutan dan mencetuskan provokasi serta perlu dibendung.
Jika tidak dibendung, isu itu boleh menggugat keharmonian antara wilayah dan mencabar Perlembagaan Negara dan keselamatan negara, katanya.
Sumber : RTM
1 Comments
Sepatutnya ini KES PERSEKUTUAN - jadi PDRM/KDN patut masuk campur. Maka, kenapa hanya diserahkan pada K'jaan Sabah; bukankah Sabah sebahagian dari Malaysia; apalagi berkaitan isu KESELAMATAN/KEDAULATAN NEGARA ISLAM kita ni?!
ReplyDeleteMaka, aku syak sebab itulah sampai ke hari ni terus BEBAS, si puak PENGGANAS PEMISAH Sabah-Sarawak termasuk yang ancam YAB KM Sarawak tempoh hari!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, serta bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU dan adalah legasi PENJAJAH British-ZIONIS utk. melahirkan dasar SATU “bangsa Malayan bersatu”, pelansungan dari Malayan Union-JAHANAM].
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.