Oleh : Azizul Osman PUTRAJAYA – Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, pengawai perubatan pertama yang merawat Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu Dr. Mohamed Osman dari Hospital Pusrawi mengemukakan dakwaan yang salah kepada mahkamah. Beliau menegaskan, Dr. Mohamed Osman adalah seorang saksi yang tidak mempunyai kredibiliti dalam menjalankan siasatan perubatan. “Pihak kami telah buktikan bahawa Dr. Osman tidak bercakap benar. Kami telah buktikan dalam bukti yang dikemukakan oleh beliau sendiri. Ini merujuk kepada hujah yang saya kemukakan,” katanya di luar Mahkamah Persekutuan. Bagaimanapun beliau tidak menuduh doktor itu tidak mempunyai kredibiliti tetapi pihak pendakwaan telah membuktikan melalui bukti yang dikemukakan doktor itu sendiri. Sumber : AbnXcess
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.