PUTRAJAYA, 4 November 2014 - Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menjalani ujian DNA untuk membuktikan bahawa profil tidak dikenali 'Lelaki Y' yang ditemui dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan miliknya, Mahkamah Persekutuan diberitahu pada Selasa.
Pendakwa Raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihak pembelaan tidak pernah menjelaskan mengapa sampel air mani Anwar ditemui dalam dubur Mohd Saiful.
"Dia sepatutnya bersedia menjalani ujian DNAnya sendiri jika air mani itu bukan miliknya. Dia boleh melakukan ujian DNA itu secara diam-diam di Australia atau Eropah," katanya ketika berhujah di hadapan barisan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengar rayuan akhir Anwar terhadap sabit kesalahan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.
Muhammad Shafee yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata Anwar boleh menyerahkan hasil ujian DNAnya di peringkat Mahkamah Tinggi sebagai bahan bukti tambahan pihak pembelaan.
Mahkamah Rayuan telah mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Anwar menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Prosiding mendengar rayuan, yang pada mulanya ditetapkan selama dua hari bermula 28 Okt, telah dilanjutkan kerana kedua-dua pihak mengemukakan hujahan yang panjang lebar.
Pihak pembelaan berusaha untuk membebaskan ketua pembangkang itu daripada pensabitan kerana kesalahan meliwat sementara pihak pendakwaan mahu mahkamah menolak rayuan Anwar bagi mengetepikan pensabitan dan hukuman penjara ke atasnya.
Empat lagi hakim yang bersidang dalam barisan panel hakim Mahkamah Persekutuan itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Bagi menyanggah dakwaan Anwar bahawa tuduhan liwat itu ialah berupa satu konspirasi, Muhammad Shafee berhujah bahawa ia dakwaan semata-mata kerana langsung tidak logik dan sukar untuk mempercayainya.
Mengenai calitan tinggi rektal yang diambil dari bahagian intim Mohd Saiful Bukhari yang menunjukkan kehadiran DNA Anwar, Muhammad Shafee berkata "Bagaimana DNA perayu boleh berada di situ pada kedalaman 4 sm (dalam rektum pengadu) dan ia sepatutnya dijawab oleh perayu."
Beliau juga mempersoalkan mengapa air mani Anwar dijumpai pada seluar dalam Mohd Saiful Bukhari berwarna kelabu yang dipakai oleh pengadu pada hari dia diperiksa seorang doktor Pusrawi dan semasa membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, dua hari selepas insiden liwat itu didakwa berlaku.
Ketua pendakwaan itu juga mempertikaikan hujah pihak pembelaan bahawa calitan kapas yang diambil dari bahagian intim Mohd Saiful berada dalam "keadaan tidak tercemar" selepas 56 jam insiden itu berlaku sebelum ia sampai di jabatan kimia.
Beliau meneruskan hujahnya bahawa pihak pendakwaan tidak pernah berkata sampel itu berada dalam keadaan tidak tercemar tetapi perkataan itu terkandung dalam keterangan pakar asing Dr Brian McDonald yang menjadi saksi pihak pembelaan.
Muhammad Shafee juga berhujah bahawa sebuah mahkamah di Australia telah memutuskan bahawa walaupun McDonald ialah seorang pakar mengenai DNA, kenyataan dan keterangannya tidak boleh menjadi asas sandaran.
"Malah Mahkamah Rayuan ketika menyabitkan perayu, dalam penghakimannya menyatakan bahawa keterangan McDonald sebagai 'pakar yang hanya pandai berteori'" kata beliau.
Beliau juga menarik perhatian kepada satu kes pembunuhan di Australia apabila sampel DNA diambil selepas lebih 13 tahun tetapi DNA masih boleh dibaca dan pelakunya telah disabitkan kesalahan.
Muhammad Shafee berkata ahli kimia Dr Seah Lay Hong, dalam keterangannya, tidak berkata bahawa sampel berada dalam keadaan tidak tercemar tetapi bacaan DNA adalah cukup baik.
"Ahli kimia itu dapat membaca DNA dan kemerosotan sampel itu tidak harus dipersoalkan," kata beliau.
Sumber : Bernama
7 Comments
Kalau buat ujian dna...pecahlah tembelang dia ....
ReplyDeletekami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
Deletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 3797 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))
atau klik langsung di KLIK DSINI BOCORAN TOGEL
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
Utk penyokong DSAI...fikirkan sebentar...
ReplyDeleteklu orang tu tahu dia sememangnya BERSALAH..adakah beliau sanggup utk menjalani ujian DNA...angkat sumpah di masjid...memberi keterangan di dalam kandang beserta mengangkat sumpah....
Jika seseorang itu yakin di pihak BENAR dan TERANIAYA...beliau pasti & yakin untuk memberi apa sahaja yang di minta bagi membuktikan KEBENARANNYA...PASTI BERANI BERSUMPAH DI RUMAH ALLAH...JIKA SI TERANIAYA BERAGAMA ISLAM LA.....PASTI TIADA PENANGUHAN PERBICARAAN...
MOHON RENUNGKAN. ....AKU PUN TAKUT JIKA DSAI INI ADALAH GOLONGAN INSAN TERANIAYA....AKU TAKUT DENGAN BALA ALLAH...
Menolak ujian DNA dan menolak kandang saksi melainkan hanya berani mengungkap hujah tuduhan liawt itu satu konspirasi di tempat bukan kandang saksi supaya ianya bebas dari di soal maklumbalas.
ReplyDeleteHakim rakyat memutar dengan dakwaan menuduh UMNO zalim terhadap pemimpin kesayangan mereka.Jika sampel bulu hidung lelaki Y dalam dubur tak jadi masalah... boleh tepis..... tapi ini air mani beb.
Bukanlah yg buta itu mata di kepala, tp yg buta itu adalah hati yg di dlm dada.
ReplyDeleteGitulah bila dah taksub, angkuh pulak.
Pengikut Anwar ni tak payah nak tegur dah.....apa jadi kat anwar semua depa sokong......teruk sungguh depa ni......bukti pi lah macam mana pun depa takkan percaya.....kecuali anwar pi balun pungkok keluarga depa kut kut lah nak percaya.......
ReplyDeleteKalau pun anwar ni p balun pungkok depa sendiri,depa masih ttp x pcaya...malah mungkin ada d antara mereka ni bangga...dpt Penangan ANUgerah tuhan katakan....
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.