SHAH ALAM – Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pasaran matang untuk kereta mewah berprestasi tinggi.
Naib Presiden Divisyen Kenderaan Pacuan Empat Roda Naza World Group, David Hector Ratnaike berkata, fenomena itu boleh disaksikan dengan peningkatan bilangan kenderaan mewah di atas jalan, terutamanya Mercedes Benz dan Brabus.
Ketika ditemui pada majlis pelancaran Bilik Pameran dan Pusat Servis Brabus di Glenmarie hari ini, Ratnaike yakin sebilangan besar pemilik kenderaan Mercedes akan menaiktaraf kenderaan mereka.
Katanya, Brabus sebagai syarikat peningkat prestasi kereta terkemuka akan menambah baik prestasi kereta mewah mereka.
“Brabus sesuai untuk mereka yang mahukan kelainan daripada Mercedes standard. Seperti yang kita boleh lihat pada masa ini, terdapat banyak Mercedes di atas jalan di Malaysia.
“Meskipun begitu, memilki Brabus adalah pengalaman berbeza. Ia seperti memandu kereta lain walaupun ia berdasarkan Mercedes Benz,” katanya.
Ratnaike turut mengesahkan rancangan Naza-Brabus Sdn Bhd untuk membuka dua lagi bilik pameran Brabus di Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Brabus, sebuah syarikat Jerman terkenal dengan kepakarannya dalam meningkatkan prestasi kereta.
Pada majlis itu juga, Naza-Brabus Sdn Bhd turut mempamerkan model Brabus CLS Rocket 730 yang telah ditambah baik di pusat servisnya.
Sebelum diubahsuai, kereta Brabus itu merupakan jenis Mercedes Benz CLS63 AMG yang ditambahbaik.
Pengubahsuaian itu membolehkan kereta Brabus itu memecut dari 0 sehingga 100 kmj dalam 3.08 saat dengan kelajuan maksimum 350 kmj.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai impak sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap syarikatnya, David yakin GST baik untuk negara.
“Saya rasa GST akan memberi impak tetapi ia bergantung kepada penerimaan masyarakat dan masa untuk membiasakan diri dan menerima GST,” jelas beliau.
GST yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dilancarkan pada 1 April 2015.
Sumber : ABN News
2 Comments
Itulah - asyik-asyik KEMEWAHAN PALSU sebegini serta nak jadi "negara maju"-ala-Barat/Zionis yg. asyik dipentingkan si VIP-yg-ramai-tak-paham-betapa-peritnya-penderitaan-si MISKIN; sedgkan Tanah Rizab Melayu kita asyik TERGADAI dan makin ramai BUMIPUTERA miskin/sederhana tak mampu beli rumah sendiri! Lihat artikel BERNAS dari YB Tun Daim ini - lihat di
ReplyDeletehttp://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/11/tak-guna-jadi-negara-pendapatan-tinggi.htm , Tak guna jadi negara pendapatan tinggi kalau rakyat tak mampu beli rumah, November 12, 2014:
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin membidas usaha Putrajaya ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi sehingga mengabaikan kedudukan ekonomi majoriti rakyat.
Beliau mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang bercita-cita mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tetapi dalam masa sama, rakyatnya masih tidak mampu memiliki sebuah rumah sendiri.
"Tidak ada maknanya kerajaan mendabik dada mengatakan kita sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi jika masih ramai rakyat tidak mampu memiliki sebuah rumah biasa," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan buku berjudul “The Colour of Inequality” di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Kuala Lumpur hari ini.
Lebih membimbangkan Daim adalah hartanah kini sukar untuk dimiliki khususnya mereka yang berumur bawah 40 tahun kerana nilai yang melambung naik akibat spekulasi.
"Hakmilik hartanah antara yang membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya mereka bawah umur 40 tahun, berdepan kesukaran untuk memiliki aset penting ini.
"Perumahan menjadi kelas aset kewangan, malah ia menjadi alat spekulasi daripada menjadi tempat untuk kita tinggal," katanya......
(Teruskan membaca....)
Makcik Sambal Belacan.
north face outlet
ReplyDeleteravens jerseys
seattle seahawks jerseys
nike air max,nike roshe,nike huarache
the north face outlet store
mulberry outlet
coach outlet store
true religion sale
christian louboutin outlet
kobe bryant jersey
north face outlet
oakley sunglasses
nike air huarache,nike huarache,nike huarache sneakers,nike huarache shoes
fivefingers shoes
north face jackets,north face,the north face,northface,north face outlet,north face jackets clearance,the north face
nike roshe,nike roshe run uk,nike roshe uk,roshe run,nike roshe run,roshe run women,rushe run men
nhl jerseys
coach outlet store
prada sneakers
michael wilhoite jersey,y.a. tittle 49ers jersey,justin smith jersey,nike 49ers jersey
vikings jerseys
dan marino jersey,louis delmas jersey,brent grimes jersey,cameron wake jersey,mike wallace jersey,dan marino jersey,cameron wake jersey
spurs jersey
celtics jerseys
ray ban sunglasses
air jordan 13
cheap jordans
nike free 5.0
pittsburgh steelers jersey
oakley sunglasses canada
mizuno running shoes
yongri0707
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.