POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

[KENYATAAN MEDIA] DATO' SERI JAMIL KHIR BAHAROM, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, BERKENAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN DALAM ISU TRANSGENDER DAN SEMAKAN KEHAKIMAN OLEH SISTER IN ISLAM (SIS)

KENYATAAN MEDIA

MENTERI DI JABATAN PERRDANA MENTERI
YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM
BERKENAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN BERKENAAN SEKSYEN 66 ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992 DAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN OLEH SISTERS IN ISLAM (“SIS”) TERHADAP KEPUTUSAN FATWA DI NEGERI SELANGOR BERKENAAN PEMIKIRAN LIBERALSME DAN PLURALISME AGAMA

1. Sepertimana yang kita sedia maklum, Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 telah membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis; 26, Syukor Jani; 28, dan Wan Fairol Wan Ismail; 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, telah memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.

2. Peruntukan berkenaan larangan bagi lelaki yang berpakaian seperti wanita adalah bertujuan untuk mencegah berkembangnya amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang secara jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Semua pihak perlu memahami bahawa Islam merupakan agama bagi Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Dalam hal ini, bagi menjaga kepentingan Islam rayuan perlu dibuat dalam masa yang ditetapkan kepada Mahkamah Persekutuan kerana ia melibatkan kewibawaan Pihak Berkuasa Agama Negeri sebagai badan yang memelihara kepentingan umat Islam. Ia juga untuk menunjukkan ketegasan pihak berkuasa agama Islam negeri dalam membendung aktiviti yang cenderung kepada amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat Islam. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga akan turut memohon untuk mencelah dalam prosiding ini apabila pihak yang berkenaan membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, memandangkan rayuan ini amat penting sebagai satu usaha untuk menentukan bidang penguatkuasaan Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri, serta ajaran Islam itu sendiri perlu dipertahankan dengan apa jua cara dan keputusan ini akan memberikan kesan kepada peruntukan undang-undang yang sama di negeri-negeri lain.

4. Selain itu, tindakan Sisters In Islam (SIS) yang mencabar Fatwa berkenaan dengan fahaman Liberalisme di Selangor melalui Mahkamah Sivil merupakan suatu tindakan yang cuba mengheret Institusi Islam untuk dibicarakan di Mahkamah Sivil. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes berkaitan fatwa ESQ Leadership Centre Sdn Bhd pada tahun 2010 pernah menolak permohonan pihak yang mencabar Fatwa di Mahkamah Sivil atas alasan Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa dalam mendengar kes-kes berkaitan fatwa dan syariah.

5. Kita menyedari akan agenda di luar Islam yang bersungguh-sungguh untuk memesongkan akidah umat Islam melalui pelbagai cara. Oleh itu, adalah penting umat Islam untuk berwaspada dengan fahaman ini demi mempertahankan akidah Islam. Di samping yang sama, institusi Islam seperti Majlis Agama Islam Negeri harus berganding bahu bersama dalam menghadapi gelombang tentangan bentuk baru terhadap Islam.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ahad, 9 November 2014

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.