SURAT SYIAH KEPADA PERDANA MENTERI : SATU PENJELASAN MUDAH

Oleh : Jebat

Baru-baru ini kecoh dengan cerita bahawa Sambutan Hari Assyura Syiah diluluskan oleh pemerintah tertinggi negara. Sebelum kita mula menunding jari, adalah lebih baik kita memperhalusi isu berkenaan. 

Pertama, surat yang dihantar secara jelas menyebutkan 'Pemakluman Mengadakan Majlis Sambutan Bagi Memperingati Hari Asyura Kesyahidan Imam Husain Di Karbala Pada 61 Hijrah', dan bukannya surat 'Permohonan Mengadakan Majlis Sambutan Bagi Memperingati Hari Asyura Kesyahidan Imam Husain Di Karbala Pada 61 Hijrah'.

Kedua, Majlis berkenaan dibuat di dalam kawasan pemerintahan Negeri Selangor Darul Ehsan. Maka bidang kuasa kawalan agama adalah dibawah kuasa kerajaan negeri. Namun dalam surat ini, penganjur tidak pula menghantar surat 'makluman' kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS. Dalam hal ini, kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan hal ehwal agama Islam Negeri Selangor. Melainkan sekiranya majlis tersebut dilansungkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya ataupun Labuan, maka barulah ianya terletak dibawah kuasa Kerajaan Persekutuan dibawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.



Ketiga, Adapun surat yang dihantar kepada Jabatan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain, cop yang dikemukakan hanyalah 'standard operating prosedure' bagi setiap surat yang dihantar kepada Jabatan / Agensi kerajaan, bahawa surat mereka telah selamat sampai ke pejabat Jabatan / Agensi Kerajaan berkenaan.

Keempat, Bagi dakwaan sesetengah pihak, yang menyatakan bahawa surat yang dipaparkan adalah surat 'kebenaran' untuk melaksanakan program anjuran Syiah tersebut, ianya adalah satu dakwaan yang tidak ada sandaran. Ini kerana dalam surat yang dikemukakan, yang dipaparkan hanyalah surat yang dihantar dari pihak pengajur kepada pihak kerajaan dan tidak ada surat balasan dengan letter head official dari Jabatan-Jabatan atau Agensi penguatkuasa yang membenarkan majlis tersebut dilansungkan.

Kelima, perkataan 'diterima' atau 'received' tidak membawa maksud 'diluluskan' atau 'approved'. 

Keenam, memang hasrat Syiah adalah mewujudkan suasana tegang antara rakyat dengan pemerintah. Dan sekiranya kita dah mengamuk-gamuk tanpa memperhalusi isu ini, ianya secara tidak langsung memberikan kemenangan kepada Syiah dalam impian mereka merosakkan perpaduan diantara kita sesama sunni.

Post a Comment

3 Comments

  1. Jelas pergerakan syiah sudah berkembang di Malaysia. Fahaman syiah ini sudah pun menular di kawasan Nusantara seperti Indonesia, singapura Borneo, Filipina dan Thailand. Kalau anda perhatikan bermula serangan terhadap imam mazhab Shafie dalam isu pluralisme kalimah Allah, kempen I want to touch a dog, leberalisme, LGBT dan murtad adalah bertujuan untuk melemahkan 'besi dengan bahagan haba berterusan'. Mazhab Shafie menjadi taget suar politik golongan tertentu, Sementara Syiah Imamiyyah seperti tidak berkenaan atau bukan menjadi suatu urusan malah berdiam diri.
    So disini lah kita perlu melihat keserasian fahaman syiah imamiyyah ini, menolak mazhab Shafie atau akan berlaku isu kafir mengkafir? Pihak KDN perlu melihat perkara ini dalam konteks pro dan kontra meliputi kepentingan kestabilan orang melayu Nusantara dan Malaysia supaya negara dan wilayah Nusantara tidak menyerupai Asia Barat yang berperang saudara antara puak sunni dan syiah dalam tempoh 10, 20 atau 50 akan datang.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.