10 HADIS MENGENAI KHAWARIJ

Terjemahan : Jebat

Pertama :

Abu Said al Khudri berkata; Sewaktu Rasulullah ï·º sedang membahagi-bahagikan harta rampasa perang (kepada kaum Muslimin) tiba-tiba Dzhul Khuwaisirah al Tamimi datang dan berkata: ”Berlakulah adil wahai Rasulullah”. Mendengar teguran yang kasar itu baginda berkata: ”Celakalah kamu, siapakah yang akan menegakkan keadilan sekiranya aku tidak melakukannya?”. Umar bin Al-Khattab mencelah, ”Wahai Rasulullah, adakah anda membenarkanku untuk memancung lehernya?”. Baginda menjawab: ” Biarkanlah dia kerana suatu hari nanti dia akan mempunyai pengikut yang akan mencela solat kamu semua dengan membandingkan dengan solat mereka, mereka juga mencerca puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka, mereka keluar daripada agama (Islam ) sederas anak panah yang keluar daripada busurnya ” (Sahih Muslim/2456; Sahih Bukhari/6933; Kitab Muwattha/156; Sunan Abu Daud/6741).

Kedua :

Rasulullah ï·º bersabda: "Akan muncul diantara umatku, kaum yang membaca Al-Quran, yang mana bacaan kamu tidak ada nilainya dibandingkan dengan bacaan mereka, dan solat kamu tidak ada nilainya dibandingkan dengan solat mereka, dan puasa kamu tidak ada ertinya dibandingkan dengan puasa mereka, mereka membaca Al-Quran sehingga kamu akan menyangka bahawasanya Al-Quran itu milik mereka sahaja, padahal sebenarnya Al-Quran itu akan melaknat mereka. Tidaklah solat mereka melalui kerongkongan mereka, mereka itu akan memecah agama Islam sebagaimana keluarnya anak panah daripada busurnya ” (Sahih Muslim/ 2467, Sunan Abu Daud/4748 ).

Ketiga :

Said al Khudri menyatakan bahawa Rasulullah ï·º bersabda: "Akan muncul diantara kamu kaum yang menghina solat kamu dibandingkan dengan solat mereka, dan puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka, amal perbuatan kamu dibandingkan dengan amal perbuatan mereka. Mereka itu membaca Al-Quran tetapi bacaan mereka tidak akan melewati kerongkong mereka, dan mereka akan memecah agama sebagaimana anak panah keluar dari busurnya ” (Sahih Bukhari/5058 ).

Keempat :

Sayyidina Ali bin Abi Thalib menyatakan bahawasanya dia mendengar Rasulullah ï·º bersabda: ”Pada akhir zaman nanti akan muncul kaum yang berusia muda (ahdasul asnan), berfikiran pendek (sufahaul ahlam), mereka memperkatakan sebaik-baik ucapan kebaikan, mereka membaca Al-Quran tetapi bacaan mereka itu tidak melebihi (melampui) kerongkong mereka, mereka memecah agama sebagaimana keluarnya anak panah dari busurnya maka dimanapun kamu menjumpainya maka perangilah mereka sebab dalam memerangi mereka terdapat pahala disisi Allah pada hari kiamat kelak. ” (Sahih Bukhari/6930, Sahih Muslim/2462, Sunan Abu Daud/4767, Sunan Nasai/4107 Sunan Ibnu Majah/168, Sunan Ahmad/616 ).

Kelima :

Dari Anas berkata : Ada seorang lelaki pada zaman Rasulullah berperang bersama Rasulullah dan apabila kembali (dari peperangan) segera turun dari kenderaannya dan berjalan menuju masjid nabi melakukan solat dalam waktu yang lama sehingga kami semua terpesona dengan solatnya sebab kami merasa solatnya melebihi solat kami, dan dalam riwayat lain disebutkan kami para sahabat merasa ta’ajub dengan ibadahnya dan kesungguhannya dalam ibadah, maka kami ceritakan dan sebutkan namanya kepada Rasulullah, tetapi Rasulullah tidak mengetahuinya, dan kami sifatkan dengan sifat-sifatnya, Rasulullah juga tidak mengetahuinya, dan tatkala kami sedang menceritakan mengenainya, lelaki itu muncul dan kami berkata kepada Rasulullah: Inilah orangnya ya Rasulullah. Rasulullah bersabda : ”Sesungguhnya kamu menceritakan kepadaku seseorang yang diwajahnya ada tanduk syaitan. Maka datanglah orang tadi berdiri di hadapan sahabat tanpa memberi salam. Kemudian Rasulullah bertanya kepada orang tersebut : "Aku bertanya kepadamu, apakah engkau merasa bahawa tidak ada orang yang lebih baik daripadamu sewaktu engkau berada dalam suatu majlis. "Orang itu menjawab: Benar". Kemudian dia segera masuk ke dalam masjid dan melakukan solat dan dalam riwayat kemudian dia menuju tepi masjid melakukan solat, maka berkata Rasulullah: "Siapakah yang akan dapat membunuh orang tersebut ?". Abu Bakr segera berdiri menuju kepada orang tersebut, dan tak lama kembali. Rasullullah bertanya : Sudahkah engkau bunuh orang tersebut? Abu Bakr menjawab : "Saya tidak dapat membunuhnya sebab dia sedang bersujud". Rasul bertanya lagi : ”Siapakah yang akan membunuhnya lagi? ”. Umar bin Khattab berdiri menuju orang tersebut dan tak lama kembali lagi. Rasul berkata: "Sudahkah engkau membunuhnya?" Umar menjawab: ”Bagaimana mungkin saya membunuhnya sedangkan dia sedang sujud”. Rasul berkata lagi ; Siapa yang dapat membunuhnya ?”. Ali segera berdiri menuju ke tempat orang tersebut, tetapi orang tersebut sudah tidak ada ditempat solatnya, dan dia kembali ke tempat nabi. Rasul bertanya: "Sudahkah engkau membunuhnya?" Ali menjawab: "Saya tidak menjumpainya di tempat solat dan tidak tahu dimana dia berada. "Rasulullah ï·º  melanjutkan: "Sesungungguhnya ini adalah tanduk pertama yang keluar dari umatku, seandainya engkau membunuhnya, maka tidaklah umatku akan berpecah. Sesungguhnya Bani Israel berpecah menjadi 71 kelompok, dan umat ini akan terpecah menjadi 72 kelompok, seluruhnya di dalam neraka kecuali satu kelompok ”. Sahabat bertanya : ” Wahai nabi Allah, kelompk manakah yang satu itu? Rasulullah menjawab : ”Al Jamaah”. (Musnad Abu Ya’la/ 4127, Majma’ Zawaid/6-229).

Keenam :

Rasulullah ï·º bersabda: "Nanti pada akhir zaman akan muncul kaum yang mereka membaca Al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka, mereka keluar dari Islam sebagaimana keluarnya anak panah dari busurnya, dan mereka akan terus muncul sehingga keluar yang terakhir daripada mereka bersama Dajjal, maka jika kamu berjumpa dengan mereka, maka perangilah, sebab mereka itu seburuk-buruk makhluk dan seburuk-buruk khalifah. "(Sunan Nasai/4108, Sunan Ahmad/19783 

Ketujuh :

Abu Said al Khudri menceritakan bahawa Ali - sewaktu berada di Yaman - menghantarkan Dhahiibah dalam taribahnya kepada Rasulullah. Barang tersebut dibahagi-bahagikan Rasulullah kepada : Aqra’ bin Habis al Hanzali, dan Ainah bin Badr al Fazari, Alqamah bin Alasah al Amiri, dan salah seorang daripada Bani Kilab, dan Zaid al Khair al Thai, dan salah seorang Bani Nabhan. Pembahagian itu membuatkan kaum Qurasiy dan Ansar merasa tidak senang sehingga berkata : Ya Rasulullah, kamu telah memberikannya kepada kelompok askar daripada Najd dan meninggalkan kami ”. Rasulullah menjawab: ”Aku berbuat sedemikian, semata-mata untuk menjinakkan hati mereka. "Abu Said melanjutkan: Tidak lama kemudian datang seorang lelaki yang buta, lebar dahinya, lebat janggutnya, gundul kepalanya berkata: ”Ya Muhammad, bertakwalah kamu kepada Allah”. Baginda berkata : "Siapakah lagi yang akan taat kepada Allah jika aku tidak taat kepadaNya. Dia (Allah) telah memberikan kepercayaan kepadaku untuk menjaga bumi ini, mengapa engkau tidak percaya kepadaku ? Abu said melanjutkan: ”selanjutnya seorang lelaki –menurut sebahagian riwayat Khalid bin Walid-telah meminta izin kepada Nabi untuk membunuh lelaki tersebut tetapi baginda melarangnya. Setelah lelaki itu pergi Rasulullah ï·º bersabda : ”Sesungguhnya dari keturunan lelaki ini nanti akan muncul satu kaum yang membaca Al-Quran tetapi ianya tidak melepasi pangkal kerongkong mereka. Mereka keluar dari Islam sebagaimana keluarnya anak panah dari busurnya. Mereka membunuh umat Islam dan membiarkan umat penyembah berhala. Sekiranya aku menjumpai mereka, niscaya aku akan memerangi mereka seperti yang menimpa kaum Ad. ” (Sahih Bukhari/3344; Sahih Muslim/2451)

Kelapan :

Diriwayatkan oleh Ibn Umar: (Nabi) mengatakan, “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Maka Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan” .(Sahih Bukhari [2:147])

Kesembilan :

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar: Saya melihat Rasulullah menunjuk ke arah timur (Najd), “Lihatlah Penderitaan sungguh akan muncul oleh kerana itu; penderitaan  sungguh akan muncul oleh kerana itu di mana tanduk syaitan muncul. (Sahih Bukhari [4:499])

Kesepuluh :

ُ”Akan muncul sekelompok pemuda yang (pandai) membaca Al-Qur‘an namun bacaan tersebut tidak melewati kerongkongnya. Setiap kali muncul sekelompok dari mereka, (mereka) pasti tertumpas.” Ibnu ’Umar berkata: ‘Saya mendengar Rasulullah mengulang kalimat: “Setiap kali muncul sekelompok dari mereka, (mereka) pasti tertumpas” lebih dari 20 kali.’ Kemudian baginda berkata: “Hingga muncullah Ad-Dajjal dalam barisan pasukan mereka.” [HR. Ibnu Majah]

Post a Comment

2 Comments

  1. Jelas dan terang hadis ni mengenai kaum khawarij. Berhati2lah wahai pemburu syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka 3797 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
      juta, wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..







      Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))




      atau klik langsung di KLIK DSINI BOCORAN TOGEL



      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



      angka GHOIB; malaysia



      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



      angka GHOIB; laos

      Delete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.