AJ WENSINCK, ORIENTALIS BARAT YANG MEMPELAJARI ISLAM UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM

Oleh : Ustaz Fauzi Rifaldi*

SEMANGAT TINGGI A.J WENSINCK DALAM MEMPELAJARI ISLAM

Islam merupakan agama yang paling sempurna. Ini membuatkan seluruh agama-agama lain di dunia ini merasa iri hati ,dengki dan menaruh dendam kesumat terhadap setiap pengikut setianya. Hal ini menyebabkan pelbagai pihak mulai mengkaji ajaran Islam agar dapat menjatuhkan kewibawaannya serta mencari-cari keraguan agar dapat menghalang manusia yang hendak mendapatkan hidayah.

Namun sebagaimana para penjahat agama itu berusaha bermati-matian menjatuhkan agama ini, namun dengan izin Allah usaha mereka itu membawa barakah bagi Agama Islam itu sendiri. Misalnya, mereka membuat kamus Arab-Perancis sehingga memudahkan para Ulama menerterjemahkan Al-Quran ke bahasa mereka. Ada juga yang mengumpulkan lafaz-lafaz hadis sehingga menjadi rujukan para ahli hadis di zaman sekarang padahal tujuan asal mereka adalah untuk mencampur adukkan hadis Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam. Hal ini sebagaimana kata Imam Syafi’i:
"Biarlah mereka mencelaku…sebagaimana gaharu yang semakin dibakar…justeru aroma wanginya tersebar kemana-mana…"
Usaha-usaha yang awalnya dengan niat jahat telah menjadi boomerang (rujuk disini) keatas mereka.

ARENT JAN WENSINCK 1882-1939 M

Beliau merupakan seorang Orientalis juga pendeta Belanda yang bekerja sebagai profesor Bahasa Arab di Universiti Leiden, Belanda sejak tahun 1972. Dia banyak mengunjungi negera-negera Islam seperti Mesir, Syria dan semenanjung Arab yang lain sehingga akhir hayatnya. Dia banyak menekuni hadis Nabi, dan mengarang kitab berbahasa Inggeris tentang kamus lafaz hadis Nabawi, yang beliau dapati dari 14 kitab Sunan dan Sirah. Buku yang dihasilkan olehnya kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi dan dinamakan (مفتاح كنوز السنة) Miftah kunuz As-Sunnah.

Dia sempat menjadi ketua bidang ilmu Islam pada tahun 1925 M. yang mana dia telah menterjemahkan karangan dengan tiga bahasa sekaligus sehingga terhasillah sebuah kitab yang mempunyai 4 jilid besar. Dia juga banyak mengarang pelbagai tulisan dengan sumber yang berbeza-beza. Diantaranya buku berbahasa Inggris tentang Islam dan pemeluknya. (Dari kitab الأعلام للزركلي tentang Wensinck).

Sebagai seorang Kristian yang anti Islam , dia banyak mencurahkan waktunya untuk mengkaji Islam terutama Hadis bagi digunakan untuk menjatuh dan menghina Islam itu sendiri. Itulah sebabnya dia sempat dibuang kerja ketika berada di Mesir akibat tulisannya yang secara terbuka menyinggung Umat Islam. 'Jasa' beliau sedikit sebanyak telah melahirkan ramai sekularis beragama Islam di negara ini malah perkara ini sudah menjangkau ke dewan-dewan kuliah di kampus-kampus yang melabelkan diri mereka sebagai 'Universiti Islam'.

Disebalik niat jahatnya, dia juga mengarang sebuah karya besar yang kemudian dipakai oleh kaum Muslimin dalam memudahkan pencarian lafaz hadis iaitu : "A Handbook Muhammadan Tradition: Alphabetically Arranged” yang setelah di terjemahkan ke bahasa arab menjadi ”Miftah Kunuz As-sunnah ” dan ” al-Mu’jam al-Mufahrass li Alfazh al-Ahadis Al-Nabawi’‘.

Lihatlah bagaimana semangatnya dia menjatuhkan islam. Karangan tebal dan besarnya itu menjadi bukti betapa bencinya dia terhadap Islam dan betapa semangatnya dia dalam usaha menjatuhkan Islam. Namun apa yang telah diperkatakan diawal tadi, usahanya itu menjadi bantuan kepada kaum Muslimin. Maka benarlah sabda Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam :

إن الله يؤيد الدين بالرجل الفاجر

”Sesungguhnya kadangkala Allah menolong agamanya diatas sebab perbuatan orang yang jahat”. (HR, Bukhari, kitab maghazi : 4204).

Syeikh bin Baz mensyarah hadis ini, dan beliau berkata : ”Hal ini memang sering kali terjadi, misalnya Rasulullah Salaallahu’alaihiwasallam bersabda tentang satu hal, lantas seorang fasiq berbicara tentangnya, lantas Allah menjadikannya bermanfaat bagi kaum muslimin.”.(fatwa Nurun Ala Darb).

Sebagai seorang muslim tentu kita merasa malu. Tanyalah kepada diri kita, apa yang telah kita sumbangkan untuk Islam? Bahkan banyak orang Islam pada hari ini yang tak lagi mengenal huruf hijaiyah apalagi bahasa dan sastera arab. Dan orang-orang yang ahli dalam bidang ini sangat sedikit.

Sehingga menjadi permasalahan besar bagi kita, bagaimana menjadi seorang Muslim yang benar-benar produktif  tetapi 'menelur' dari menghasilkan berbagai-bagai karya besar yang dapat memberikan manfaat kepada umat Islam yang lain. Sedangkan pada zaman ini, yang segala fasiliti untuk menghasilkan karya sangat mudah diperolehi, hanya keinginan yang kuat (Willpower: علو الهمة ) dan aksi nyata (Real Action : الجهد الحقيقي) yang akan merubah anda atau anda akan hilang ditelan zaman.

Semoga tulisan ini dapat menjadi pemicu dan pemacu kita dalam belajar serta mengajarkan agama yang hanif ini.

Rujukan :

1. موسوعة المستشرقين للدكتور عبد الرحمن البدوي
2. الأعلام للزركلي
3. فتاوى ابن باز من نور على الدرب

 Tulisan tangan Wensinck dalam Bahasa Arab

*Penulis merupakan Mahasiswa Jurusan Aqidah dan Dakwah, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

Post a Comment

1 Comments

  1. terima kasih perkongsian...boleh saya tahu kat mane buku-buku atau perkara berkaitan yang boleh yang dptkan info tentang AJ ni??

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.