Terjemahan : Jebat
Bismillah was salatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,
Bila tiba musim perayaan Krismas, kita dapat lihat ramai orang yang mula berhias-hias dengan memakai pakaian yang melambangkan perayaan Nasrani. Dan ini tidak hanya tertakluk kepada mereka yang beragama nasrani, kita juga dapat memerhatikan ada dikalangan orang-orang Islam yang kurang ilmu agamanya turut sama mengenakan pakaian yang sama. Bila ditanya kepada mereka ini, mengapa berpakaian sedemikian, mereka akan menjawab : Toleransi diantara kaum dan agama dan ada juga yang mengatakan 'ianya sekadar pakaian' semata-mata.
Kita tidak tahu, apakah ini makna tolerasi yang diajarkan di dunia pendidikan di tempat kita, atau kerana kejayaan konspirasi bukan Islam terhadap umat Islam. Yang jelas, keadaan seperti ini menandakan betapa kaum Muslimin telah berubah menjadi umat tanpa jati diri. Sampai perbuatan dan pakaian agama lain pun dibanggakan.
Barangkali inilah kejadian yang telah diingatkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tentang keadaan umat Islam di akhir zaman. Mereka menjadi manusia yang tidak ada jatidiri dan mudah terikut-ikut umat lain.
Dari Abu Said al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا شِبْرًا وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ ، حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ تَبِعْتُمُوهُمْ » . قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى قَالَ « فَمَن
Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,
“Siapa lagi kalau bukan mereka?”
(HR. Bukhari 7320 & Muslim 6952).
Makna Toleransi
Saya kira, semua yang pernah belajar mengenai toleransi beragama di Malaysia. Namun ianya tidaklah bermakna kita perlu sama meraikan perayaan tersebut atau mengenakan pakaian-pakaian atau lambang sebagai 'tanda' bertoleransi dengan mereka.
Kita memberikan toleransi kepada agama lain, bererti kita membiarkan penganut agama lain untuk menjalankan aktiviti agama mereka.
Perez (2003), dalam bukunya How the Idea of Religious Toleration Came to the West memberikan definisi toleransi sebagai sikap menghormati keberadaan agama atau kepercayaan lainnya yang berbeza.
Baik, kita tidak akan memanjangkan kajian masalah definisi. Kita sudah menemukan inti makna toleransi, iaitu membiarkan, menghormati dan tidak mengganggu penganut agama lain.
Jika kita memahami ini, kita boleh memahami, sebenarnya siapakah penganut agama yang paling toleran di Malaysia?
Mengambil contoh di negara jiran, di Singapura misalnya, pelajar muslimah dilarang mengenakan hijab / bertudung di Sekolah milik kerajaan mereka. Malah Azan dilarang untuk diperdengarkan diluar corong masjid mereka.
Sekiranya kita meluaskan sudut pandangan kita, kita dapat melihat apa yang terjadi dikawasan-kawasan yang mana orang Islam menjadi kumpulan minoriti. Orang Islam sering mejadi ‘korban’ penganut agama lain. Inikah dikatakan tolerasi?
Mereka memaksa kaum muslimin untuk toleransi, di saat yang sama, mereka melupakan sikap sentimen mereka terhadap Islam.
Mereka mengajak kita untuk mengenakan topi santa, memasang pokok Krismas, memberi dan berkirim ucapan selamat hari natal, sementara di saat yang sama, mereka memaksa kita melepaskan apa yang telah menjadi sesuatu yan 'lambang' keislaman kita.
Bahaya Tasyabbuh
Andai tidak ada kesan buruk terhadap perbuatan semacam ini, mungkin masalahnya lebih ringan. Namun kenyataannya tidak sedemikian, kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberi ancaman bagi orang yang tasyabuh (meniru) tradisi agama lain. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
من تشبه بقوم فهو منهم
Sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, Abdullah bin Amr bin Ash Radhiallahu ‘anhuma juga mengingatkan,
من بنى بأرض المشركين وصنع نيروزهم ومهرجاناتهم وتشبه بهم حتى يموت خسر في يوم القيامة
Krismas Lambang Doktrin Agama
Hari raya merupakan sebahagian dari agama dan bukti keyakinan, bukan semata-mata perkara duniawi dan hiburan. Termasuk semua simbol dan lambang yang digunakan untuk memeriahkannya.
Ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah Subhanawata'ala telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
Perayaan Nairuz dan Mihrajan yang dirayakan oleh penduduk Madinah, aktivitinya hanyalah bermain-main dan makan-makan. Ianya sama sekali tidak ada unsur ritual sebagaimana yang dilakukan orang majusi - sumber asli dua perayaan ini. Namun disebabkan dua hari tersebut adalah perayaan orang kafir, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam melarangnya. Sebagai gantinya, Allah berikan dua hari raya terbaik: Eidul Fitri dan Eidul Adha.
Untuk itu, bergembira dengan perayaan orang kafir, meskipun hanya bermain-main, tanpa mengikuti ritual keagamaannya, termasuk perbuatan yang telarang, kerana termasuk dalam perbuatan menjayakan acara mereka.
Allahu a’lam.
10 Comments
gua cilok bro, tq
ReplyDeleteBg kamu "din" kamu dan bg aku "din" aku !
ReplyDeleteHanyasanya "din" (yg diterima / diiktiraf) di sisi (oleh) Allah (swt) hanyalah Islam !
Sesiapa yg mencari / mengamalkan "din" selain Islam mk sekali kali tidak diterima drpdnya !
Aku redha Allah swt Tuhanku, dan Islam "din"ku dan Nabi Muhammad saw nabiku dan Rasullullah (saw) !
Orang kristian arab pun pakai jubah arab. Itu pakaian tradisi mereka.
ReplyDeleteSo kalau kita pakai jubah, ikut kristian jugak ke?
Dan juga tudung kepala, kita ikut kristian sebenarnya.
http://theorthodoxlife.wordpress.com/2014/02/04/womens-headcoverings/
Dalam Quran tidak ada hukum mewajibkan pemakaian tudung atau menutup kepala.
Yang ada cuma hadith yang telah direka oleh kaum nasrani & yahudi yang membawa ajaran mereka terdahulu untuk diserap masuk kedalam agama baru mereka iaitu Islam.
Kerana ego yang mereka telah terdahulu menerima kitab, mereka berpendapat segala kepercayaan terdahulu perlu sebagai penambahan kepada apa yang terkandung dalam Al-Quran sebagai hadith. Hadith2 yang dikumpul lebih dari 700,000 hanya mula tersebar 200 tahun selepas Nabi Wafat.
Kita juga perlu faham Quran adalah lengkap
16:89 / 6:114
Ada juga berpendapat boleh diikut apa yang terkandung dalam kitab terdahulu sebagai supplement, tetapi tahukah Al-Quran membenarkan ( authenticate ) apa yang terkandung dalam kitab-kitab terdahulu? Bermaksud, apa yang terkandung dalam Al-Quran, telah pun diterangkan dalam kitab terdahulu,
Ini bermaksud, apa yang terkandung dalam kitab terdahulu tetapi tiada dalam Al-Quran, maka tidak perlu kita ambil yang tersebut.
Permasalahan sekarang, perkara-perkara yang tidak ada dalam Quran inilah yang telah ditokok tambah sebagai hadith, sedangkan Quran telah pun melarang Nabi mengeluarkan sebarang hukum selain yang terkandung dalam Al-Quran 69:44-47
Ternyata jika hadith dari Nabi dibenarkan untuk menerangkan Al-quran, tentu Nabi sendiri akan menulis kitab tambahan untuk pencerahan. 75:16-19
Boleh pakai TAPI Awas. Agenda kafir harbi laknatullah halus licik dan sistermatik serta berterusan.. Yg di bimbangi Kalau iman senipis kulit bawang.
ReplyDeleteJawapan kami kepada Anon 20 December 2014 at 10:40
ReplyDelete1. Benar. Memang tak ada arahan mengenai tudung. Tetapi tudung menutup aurat rambut mereka. Soalan kepada anda, adakah Topi Santa dapat menutup aurat mereka termasuk tengkuk?
2. Membenarkan perkara terdahulu telah disebutkan di dalam Al-Quran, tanda ajaran itu memang berasal dari ISLAM. Sebab perlu diingatkan bahawasanya kesemua Nabi dan Rasul yang turun membawa ajaran yang sama yakni Tauhid. Cuma apabila Nabi dan Rasul meninggal dunia, dan datangnya generasi baru. Mereka inilah yang memutarbelitkan agama ISLAM sehingga lahirnya agama-agama baru seperti Kristian.
3. Al-Quran dan Sunnah secara beriringan.
4. Sebab itu dalam disipilin Ilmu hadis, wujudnya istilah Sanad. Sanad itu yang memperkuatkan kewujudan sesebuah hadis.
5. Jubah Arab adalah pakaian seharian mereka. Topi Santa Clause ini adakah pakaian seharian kaum Kristian? Jika ya, sila nyatakan dimana buktinya.
6. Akhir kalam, biar mereka ikut kita. Bukan kita ikut mereka.
Pakaian Santa Clause tak ada kena mengena dengan kristian yang berkembang dari Baitul Maqdis ( Jerusalem ).
DeleteSanta Clause berasal dari Utara Scandinavia bersama-sama dengan rusa-rusanya....
Jadi, memang pakaian setempat dah macam tu. Tebal dan menutup kepala dari kesejukan yang amat. Jadi tidak salah memakai pakaian seperti itu kerana menepati kehendak cuaca. Dan jika seseorang yang berasal dari situ memeluk islam, buat apa dia pakai jubah arab? Mana boleh tahan sejuk.
Krismas dan santa klaus adalah dua perkara dari individu berbeza yang telah disatukan. Ianya kini dilihat sebagai perayaan cuti bersama tahun baru.
Nabi Isa mengikut nas Al-Quran, di lahirkan pada musim panas.
Apa maksud sebenar Aurat dalam Quran? Tidak ada kena mengena dengan rambut, leher , bahu & lengan.
ReplyDeleteAurat adalah perkara yang private.
Aurat hanya disebut 4 kali pada 3 ayat
( 24:31 ) ( 24:58 ) ( 33:13 x 2 )
Tiada nas Al-Quran yang menyebut rambut itu aurat. Adakah rambut sesuatu yang private??? Kalau ya, kenapa?
Adakah ianya akan menimbulkan suatu kemaluan seperti bahagian badan lain seperti zakar, payu dara, dubur dan faraj???
Kenapa muka/ wajah yang menunjuk kecantikan tidak dikira aurat? Salah satu fungsi wajah ialah supaya kita mengenali individu. Adakah lelaki terangsang nafsu bila melihat rambut? Bukankah kadang-kadang kejelitaan wajah seseorang boleh merangsang lelaki bernafsu serakah? Fikirkan
Jawapan kepada : 20 December 2014 at 21:28
ReplyDelete1. Jika tak ada kena mengena antara Santa dengan Kristian, kenapa kaum Nasrani menyatakan Santa akan datang pada malam 25 Disember setiap tahun manakala pada pagi 25 Disember setiap tahun kita akan melihat berpusu-pusunya umat Nasrani ke Gereja.
Dan kena Santa hanya muncul pada Hari-Hari menjelang Krismas? Kenapa tidak pada bulan Januari?
Pena minang....kemas boh..
ReplyDeletenike mercurial
ReplyDeletekate spade outlet
barcelona football shirts
ray ban sunglasses outlet,ray ban sunglasses,ray ban,rayban,ray bans,ray ban outlet,ray-ban,raybans,ray ban wayfarer,ray-ban sunglasses,raybans.com,rayban sunglasses,cheap ray ban
swarovski outlet
nike free
russell westbrook jersey
jeremy maclin jersey,jamaal charles jersey,joe montana jersey,justin houston jersey,dontari poe jersey,eric berry jersey
football shirts
the north face
tory burch handbags
chiefs jersey
chicago blackhawks jersey
nike air huarache
cardinals jersey
miami heat jersey
north face jackets
baltimore ravens jerseys
chicago bulls jersey
lebron shoes
moncler jackets
michael kors handbags
christian louboutin sale
chanel handbags
tommy hilfiger outlet store
nike trainers,nike trainers uk,cheap nike trainers,nike shoes uk,cheap nike shoes uk
hermes bracelet
yongri0707
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.