Bismillah was salatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,
Mudah mengeluh ketika dalam kesusahan merupakan salah satu tabiat manusia.
إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا . إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا . وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا
Ini kerana, yang hanya difikirkan manusia adalah bagaimana untuk hidup senang. Sehingga ketika apabila mereka mendapatkan suatu keadaan yang tidak selesa atau susah, mereka merasa sangat sedih, bahkan sampai tertekan.
Ada beberapa keterangan yang boleh kita petik sebagai panduan ketika terjadi kenaikan harga barang,
Pertama, bahawa kenaikan harga barang merupakan ketetapan Allah.
Fenomena kenaikan harga barang bahkan pernah terjadi di zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Disebutkan dalam riwayat bahawa di zaman sahabat pernah terjadi kenaikan harga barang. Mereka pun berjumpa dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dan menyampaikan masalah mereka. Mereka mengatakan,
يا رسول الله غلا السعر فسعر لنا
Mendengar keluhan ini, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,
إن الله هو المسعر القابض الباسط الرازق وإني لآرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطلبني بمظلمة في دم أو مال
“
Sesungguhnya Allah adalah Dzat yang menetapkan harga, yang menyempitkan dan melapangkan rezeki, Yang memberi rezeki. Sementara aku berharap boleh berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang (boleh) menuntut kepadaku disebabkan kezalimanku dalam urusan darah mahupun harta.” (HR. Ahmad 12591, Abu Daud 3451, Tirmizi 1314, Ibnu Majah 2200, dan disahihkan Al-Albani).Anda boleh perhatikan, ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mendapat laporan tentang kenaikan harga barang, perkara yang baginda lakukan adalah bukan memberi komentar mengenai kenaikan harga barang, tetapi baginda mengingatkan para sahabat tentang takdir Allah, dan Allah lah yang menetapkan harga barangan. Dengan demikian itu, mereka akan menerima kenyataan dengan yakin dan tidak terlalu bingung dalam menghadapi kenaikan harga, apalagi tertekan atau bahkan membunuh diri.
Kedua, Kenaikan harga barang, tidak mempengaruhi rezeki seseorang
Selain itu, perkara yang paling penting yang patut kita yakini bahawa rezeki kita telah ditentukan oleh Allah. Ketetapan rezeki yang Allah tetapkan tidak akan bertambah maupun berkurang. Meskipun, masyarakat Malaysia digoncang dengan kenaikan harga barang, itu sama sekali tidak akan menggurangkan rezeki mereka.
Allah menyatakan,
وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ
Ibnu Katsir mengatakan,
أي: ولكن يرزقهم من الرزق ما يختاره مما فيه صلاحهم، وهو أعلم بذلك فيغني من يستحق الغنى، ويفقر من يستحق الفقر.
Dalam hal ini, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengingatkan umatnya agar jangan sampai mereka merasa rezekinya sempit. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَيُّهَا النَّاسُ ، إِنَّ أَحَدَكُمْ لَنْ يَمُوتَ حَتَّى يَسْتَكْمِلَ رِزْقَهُ ، فَلا تَسْتَبْطِئُوا الرِّزْقَ ، اتَّقُوا اللَّهَ أَيُّهَا النَّاسُ ، وَأَجْمِلُوا فِي الطَّلَبِ ، خُذُوا مَا حَلَّ ، وَدَعُوا مَا حَرُمَ
Satu catatan penting yang perlu kita fahami ialah, hadis ini bukan untuk memotivasi agar anda tidak bekerja atau meninggalkan aktiviti mencari rezeki. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mengingatkan perkara tersebut bertujuan agar manusia tidak terlalu sibuk dengan urusan dunia, sampai melanggar perkara yang dilarang syariat. Kemudian ketika terjadi musibah, manusia tidak sedih secara berlebihan, apalagi merasa terlalu tertekan.
Mereka tidak Peduli dengan Kenaikan Harga
Jaga solat, semahal mana pun harga barang, Allah menjamin rezeki anda,
Allah berfirman,
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Di masa silam, telah pun terjadi kenaikan harga barangan yang sangat tinggi. Mereka pun mengadukan keadaan ini kepada salah seorang ulama di masa itu. Kita lihat, bagaimana komentar ulama berkenaan,
والله لا أبالي ولو أصبحت حبة الشعير بدينار! عليَّ أن أعبده كما أمرني، وعليه أن يرزقني كما وعدني
Allahu a’lam
Bacaan tambahan : Harga Barang Ketetapan ALLAH
0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.