Pengemaskinian maklumat peribadi penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada iaitu yang pernah menerima bantuan tersebut sebelum ini perlu dibuat bagi memastikan penerima tidak tercicir daripada menerima bantuan pada tahun 2015
Malah ada dikalangan penerima BR1M sedia ada telah menerima surat pemberitahuan yang memaklumkan supaya mengemaskini bagi memastikan permohonan mereka dapat diproses dengan sempurna berdasarkan maklumat terkini
Penerima BR1M Sedia Ada Tidak Perlu Mendaftar Lagi
Sebagai makluman, penerima tidak perlu mengemukakan permohonan baharu sebaliknya hanya perlu membuat kemaskini mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014
Cara Buat Kemaskini BR1M 2015
Pengemaskinian maklumat boleh dibuat melalui cara berikut:-
Online – Dengan melayari laman web rasmi e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my
Seperti gambar diatas, penerima perlu klik pada tab Kemas Kini Permohonan dan anda dibawa ke laman sistem kemaskini permohonan dipautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k
1. Sila masukkan No Mykad anda
2. Klik pada tab Kemaskini Permohonan
3. Seterusnya melengkapkan segala maklumat kemaskini anda
4. Panduan Mengemaskini Maklumat Secara Online
5. Sila klik : Cara Kemaskini Maklumat Permohonan BR1M 2015 Online
Manual - Mengunakan borang kemaskini yang boleh didapati di:-
a) Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
b) Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
c) Jabatan Pembangunan Persekutuan
d) Jabatan Kebajikan Masyarakat
e) Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
f) Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Muat Turun (Download)
Sila Klik: Borang Kemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015
Panduan Mengemaskini Maklumat Secara Manual
Sila Klik: Panduan Maklumat Borang BR1M 2015
Borang kemaskini yang sudah dilengkapkan hendaklah dihantar ke mana-mana cawangan/ Pusat Khidmat Hasil/ UTC Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan
Nota : Sila pastikan komputer atau peranti anda dilengkapi dengan perisian Adobe Reader bagi membolehkan setiap lampiran panduan dan borang dapat dipaparkan dan dimuat turun (download)
Disyorkan
Penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran yang diterima bagi tujuan pembayaran BR1M
Saranan itu bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran
Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan
Senarai Nama Bank Yang Diterima Bagi Tujuan Pembayaran BR1M:
a) Affin Bank Berhad
b) Agro Bank
c) Alliance Bank Malaysia Berhad
d) Am Bank Berhad
e) Al Rajhi Bank
f) Bank Islam Malaysia Berhad
g) Bank Rakyat
h) Bank Muamalat Malaysia Berhad
i) Bank Simpanan Nasional
j) Cimb Bank Berhad
k) Citibank Berhad
l) Hong Leong Bank
m) Maybank
n) OCBC Bank
o) Public Bank Berhad
p) RHB Bank Berhad
q) Standard Chartered Bank Malaysia BHD
Nota:
1.Jenis akaun yang dibenarkan adalah akaun simpanan bank atas nama pemohon BR1M sahaja
2.Akaun pinjaman, akaun bersama dan akaun syarikat adalah tidak dibenarkan
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.