Oleh : Abu Abdillah
Penyusun: Muhammad Abduh Tuasikal
Transliterasi : Jebat
Pertama:
Jika seseorang itu hendak melaksanakan umrah, dianjurkan untuk dia mempersiapkan diri sebelum berihram dengan mandi sebagaimana seseorang itu mandi junub, memakai wangi-wangian yang terbaik (jika ada) dan memakai pakaian ihram.
Kedua:
Pakaian ihram bagi lelaki berupa dua lembar kain ihran yang berfungsi sebagai sarung dan penutup bahu. Adapun bagi jemaah wanita, dia hanya perlu memakai pakaian yang telah disyari’atkan yang menutupi seluruh tubuhnya. Namun tidak dibenarkan memakai niqab / purdah (penutup wajahnya) dan tidak dibenarkan memakai sarung tangan.
Ketiga:
Berihram dari miqat dengan mengucapkan:
لَبَّيْكَ عُمْرَةً
“labbaik ‘umroh” (aku memenuhi panggilan-Mu untuk menunaikan ibadah umrah).
Keempat:
Jika anda khuatir sekiranya tidak dapat menyelesaikan umrah kerana sakit atau perkara-perkara lain yang menjadi penghalang, maka dibolehkan untuk mengucapkan perkataan berikut setelah mengucapkan kalimah di atas dengan mengatakan,
اللَّهُمَّ مَحِلِّي حَيْثُ حَبَسْتَنِي
(Ya Allah, tempat tahallul di mana saja Engkau menahanku).
Dengan mengucapkan perkataan ini—baik dalam umrah mahupun ketika haji–, jika seseorang itu terhalang untuk menyempurnakan manasiknya, maka dia dibenarkan untuk bertahallalul dan tidak wajib membayar dam (menyembelih seekor kambing).
Kelima:
Tidak ada solat khusus untuk berihram, namun jika bertepatan dengan waktu solat wajib, maka solatlah lalu berihram setelah solat.
Keenam:
Setelah mengucapkan “talbiah umrah” (pada point no 3), sebaiknya dilanjutkan dengan membaca dan memperbanyak talbiah berikut, sambil mengeraskan suara bagi lelaki dan lembut bagi perempuan hingga tiba di Makkah:
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَك لَبَّيْكَ ، إنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَك وَالْمُلْكَ لَا شَرِيكَ لَك
(Aku menjawab panggilan-Mu ya Allah, aku menjawab panggilan-Mu, aku menjawab panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku menjawab panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, kenikmatan dan kekuasaan hanya milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu).
Ketujuh:
Jika berkesempatan, seseorang itu dianjurkan untuk mandi sebelum memasuki kota Makkah.
Kelapan:
Masuk Masjidil Haram dengan mendahulukan kaki kanan sambil membaca doa masuk masjid:
اللَّهُمَّ افْتَحْ لِى أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ.
(Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu).[1]
Kesembilan:
Menuju ke Hajar Aswad, lalu menghadapnya sambil membaca “Allahu akbar” atau “Bismillah Allahu akbar” lalu mengusapnya dengan tangan kanan dan menciumnya. Jika tidak mampu untuk menciumnya, maka cukup dengan mengusapnya, lalu mencium tangan yang mengusap hajar Aswad. Jika tidak mampu untuk mengusapnya, maka cukup dengan memberi isyarat kepadanya dengan tangan, namun tidak mencium tangan yang memberi isyarat. Ini dilakukan pada setiap putaran tawaf.
Kesepuluh:
Kemudian, mula tawaf umrah dengan 7 putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Disunnahkan untuk berlari-lari kecil pada 3 putaran pertama dan berjalan biasa pada 4 putaran terakhir.
Kesebelas:
Disunnahkan untuk mengusap Rukun Yamani pada setiap putaran tawaf. Namun tidak dianjurkan mencium rukun Yamani. Dan apabila tidak mampu untuk mengusapnya, maka tidak perlu memberi isyarat dengan tangan.
Kedua belas:
Ketika berada di antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad, disunnahkan membaca,
رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ketiga belas:
Tidak ada zikir atau bacaan tertentu pada waktu tawaf, selain yang disebutkan pada no. 12. Dan seseorang yang sedang tawaf boleh membaca Al Qur’an atau do’a dan zikir yang dia sukai.
Keempat belas:
Setelah tawaf, tutuplah kedua bahunya, lalu menuju ke makam Ibrahim sambil membaca,
وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى
Kelima belas:
Solat sunnah tawaf dua raka’at di belakang Maqam Ibrahim[2], pada rakaat pertama setelah membaca surah Al Fatihah, baca surah Al Kaafirun dan pada raka’at kedua setelah membaca Al Fatihah, membaca surat Al Ikhlas.[3]
Keenam belas:
Setelah solat disunnahkan minum air zam-zam.
Ketujuh belas:
Kembali ke Hajar Aswad, bertakbir, lalu mengusap dan menciumnya jika hal itu memungkinkan atau mengusapnya atau memberi isyarat kepadanya.
Sai’e Umrah
Kelapan belas:
Kemudian, menuju ke Bukit Safa untuk melaksanakan sai'e umrah dan jika telah mendekati Safa, terus membaca,
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ
Lalu mengucapan,
نَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللَّهُ بِهِ
Kesembilan belas:
Menaiki bukit Safa, lalu menghadap ke arah Ka’bah hingga melihatnya—jika hal itu memungkinkan—, kemudian membaca:
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ (3x)
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِى وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ
“Allah Mahabesar, Allah Mahabesar, Allah Mahabesar. (3x)
Tiada sembahan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya lah segala kerajaan dan segala pujian untuk-Nya. Dia yang menghidupkan dan yang mematikan. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.
Tiada sembahan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata-mata . Dialah yang telah melaksanakan janji-Nya, menolong hamba-Nya dan mengalahkan tentera sekutu dengan sendirian.”[4]
Kedua puluh:
Bacaan ini diulang tiga kali dan berdoa di antara pengulangan-pengulangan itu dengan do’a apa saja yang dikehendaki.
Keduapuluh satu:
Lalu turun dari Safa dan berjalan menuju ke Marwah.
Keduapuluh dua:
Disunnahkan berlari-lari kecil dengan cepat dan sungguh-sungguh di antara dua tanda lampu hijau yang beada di Mas’a (tempat sai’e) bagi lelaki, lalu berjalan biasa menuju Marwah dan menaikinya.
Keduapuluh tiga:
Setibanya di Marwah, kerjakanlah apa-apa yang dikerjakan di Safa, iaitu menghadap kiblat, bertakbir, membaca zikir pada no. 19 dan berdo’a dengan do’a apa saja yang dikehendaki, perjalanan (dari Safa ke Marwah) dihitung satu kiraan.
Keduapuluh empat:
Kemudian turunlah, lalu menuju ke Safa dengan berjalan di tempat yang ditentukan untuk berjalan dan berlari bagi lelaki di tempat yang ditentukan untuk berlari, lalu naik ke Safa dan lakukan seperti semula, dengan demikian sudah dikira dua kali larian.
Keduapuluh lima:
Lakukanlah hal ini sampai tujuh kali dengan berakhir di Marwah.
Keduapuluh enam:
Ketika sai’e, tidak ada zikir-zikir tertentu, maka boleh berzikir, berdo’a, atau membaca bacaan-bacaan yang dikehendaki.
Keduapuluh tujuh:
Tidak menjadi salah sekiranya anda membaca do’a ini:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ
(Ya Rabbku, ampuni dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa dan Maha Pemurah), tidaklah menjadi satu kesalahan membaca doa ini kerana telah diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud dan ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma bahwasanya mereka membacanya ketika sai’e.
Keduapuluh lapan:
Setelah sai’e, maka bertahallul dengan memendekkan seluruh rambut kepala atau mencukur (membotakkan kepala), dan yang mencukur sehingga botak itulah yang lebih afdal. Adapun bagi wanita, cukup dengan memotong rambutnya sepanjang satu ruas jari.
Keduapuluh sembilan:
Setelah memotong atau mencukur rambut, maka berakhirlah ibadah umrah dan Anda telah dibolehkan untuk mengerjakan hal-hal yang tadinya dilarang ketika dalam keadaan ihram.
Demikianlah ringkasan amalan umrah yang dipetik dari Buku “Petunjuk Praktil Manasik Haji dan Umrah” terbitan Darul Falah.
Ditulis pada 4 Zulqa’dah 1431 H, di King Saud University, Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia
3 Comments
Assalamualaikum tuan.
ReplyDeleteSaya ingin memetik tatacara yang pertama: Jika seseorang itu hendak melaksanakan umrah, dianjurkan untuk dia mempersiapkan diri sebelum berihram dengan mandi sebagaimana seseorang itu mandi junub, memakai wangi-wangian yang terbaik (jika ada) dan memakai pakaian ihram.
Ada pendapat yang menyebut bahawa berwangi-wangian (memakai minyak wangi) adalah antara perkara yang dilarang ketika mengerjakan umrah. Bagaimana tu tuan?
Pakai sebelum mengenakan Ihram.
ReplyDeleteApa maksud Tuan, "Mandi sebagaimana seseorang itu mandi junub"? Sekiranya yang Tuan maksudkan adalah mandi junub, kemusykilannya tiada rukun yang memerlukan kita mandi junub (tanpa sebab2 yang memerlukan mandi junub) untuk berihram
ReplyDeleteبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.