LARANGAN MENYENTUH KEMALUAN DENGAN TANGAN KANAN

Oleh : Ustaz Ammi Nur Baits

Bismillah was salatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,

Dari Abu Qatadah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


وَإِذَا أَتَى الْخَلَاءَ فَلَا يَمَسَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَلَا يَتَمَسَّحْ بِيَمِينِه

“Apabila kalian masuk ke tandas, janganlah menyentuh kemaluan dengan tangan kanannya, dan jangan cebok dengan tangan kanannya.” (HR. Bukhari 194 dan Muslim 393).

Dalam riwayat lain, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


لَا يُمْسِكَنَّ أَحَدُكُمْ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَهُوَ يَبُولُ

“Janganlah kalian menyentuh kemaluannya dengan tangan kanannya, ketika dia sedang kencing.” (HR. Muslim 392).

Syeikh Abdullah al-Fauzan mengatakan,


الحديث دليل على نهي البائل أن يمسك ذكره بيمينه حال البول ؛ لأن هذا ينافي تكريم اليمين .وقد حمل جمهور العلماء هذا النهي على الكراهة ـ كما ذكر النووي وغيره ـ ؛ لأنه من باب الآداب والتوجيه والإرشاد ، ولأنه من باب تنزيه اليمين وذلك لا يصل النهي فيه إلى التحريم

Hadis di atas merupakan dalil larangan memegang kemaluan dengan tangan kanan ketika kencing. Kerana perbuatan ini tidak memuliakan tangan kanan. Majoriti ulama memahami larangan dalam hadis ini sebagai larangan makruh, sebagaimana ditegaskan an-Nawawi dan yang lainnya. Ini kerana hadis ini berbicara masalah adab, dan arahan. Disamping itu, larangan ini berkaitan dengan sikap memuliakan tangan kanan, dan sifat larangan itu tidak sampai pada hukum haram.

Syaikh melanjutkan,


وذهب داود الظاهري وكذا ابن حزم إلى أنه نهي تحريم ، بناءً على أن الأصل في النهي التحريم .وقول الجمهور أرجح ، وهو أنه نهيُ تأديب وإرشاد ، ومما يؤيده قوله صلّى الله عليه وسلّم في الذَّكَرِ: “هل هو إلا بضعة منك….”

Sementara Daud az-Zahiri, demikian pula Ibnu Hazm, menilai larangan ini sebagai larangan yang statusnya haram. Berdasarkan prinsip, hukum asal larangan adalah haram. Namun pendapat majoriti ulama lebih kuat, bahawa larangan ini sifatnya adalah arahan berkait dengan masalah adab. Dan diantara dalil yang menguatkan pendapat ini adalah sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika ditanya tentang hukum memegang kemaluan, “Bukankah itu bahagian dari anggota badamu?..” (Minhah al-Allam, Syarh Bulugh Maram, 1/312).

Al-Khithabi mengatakan,


إنما كره مس الذكر باليمين تنزيها لها عن مباشرة العضو الذي يكون منه الأذى والحدث ، وكان صلى الله عليه وسلم يجعل يمناه لطعامه وشرابه ولباسه ويسراه لما عداها من مهنة البدن…

Menyentuh kemaluan dengan tangan kanan hukumnya makruh, untuk melindungi tangan kanan agar tidak menyentuh anggota badan yang menjadi saluran kotoran dan najis. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan tangan kanan beliau untuk makanan, minuman, didahulukan ketika memakai baju. Sementara beliau gunakan tangan kirinya untuk hal-hal yang kurang terhormat. (Ma’alim as-Sunan, 1/23)

Post a Comment

0 Comments