PRO M UM GAGAL PERTAHANKAN MAJORITI

Oleh : AJ

Pilihanraya kampus Universiti Malaya sudah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Pro Mahasiswa UM hanya mendapat 21 kerusi sekaligus gagal mengekalkan majoriti 26 kerusi yang dimenangi oleh kumpulan berkenaan pada sesi yang lalu. Dalam masa yang sama ianya mengulangi episod kemerosotan defisit kerusi GMUM (Pro M UKM) yang hanya menang dengan kelebihan 1 Kerusi berbanding pada PRK yang lalu. Maklumat lanjut baca disini : http://www.penaminang.com/2014/11/prk-ukm-gmukm-anak-didik-pas-pkr-dap.html#axzz3JwqVE2RI dan sini http://www.penaminang.com/2014/11/gmukm-bentuk-kabinet-dengan-undi.html#axzz3KksQyVcq

Pro M sendiri gagal mempertahankan penguasaan mutlak mereka di kerusi UMUM, kerusi yang biasa dikuasai mereka walaupun sanggup mengambil calon 'recycle' saudari Aziera Azman yang 'lompat kem' dari Penggerak ke Pro M.

Dalam PRK kali ini juga, Pro M juga kehilangan kerusi di Fakulti Pendidikan, ekoran calon mereka Muhammad Khairul Anwar Bin Kamaruddin masalah akhlak yang gagal dijawab oleh Pro M. Baca disini : http://www.penaminang.com/2014/11/menilai-kualiti-solidariti-bersama.html#axzz3KksQyVcq


Berlaku trend yang mengejutkan apabila buat kali pertamanya, calon bebas, saudara Aaron, berjaya mendapat kerusi di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Malah, berdasarkan kepada pungutan pengundian, calon bebas tersebut jauh lebih popular berbanding Pro M dan Penggerak.

Selain itu, buat kali pertamanya Progressif Mahasiswa tampil bertanding dalam Pilihanraya Kampus UM. Dengan memfokuskan kepada penguasaan di Fakulti Undang-Undang, Progresif UM berjaya mendapat 1 kerusi walaupun kali pertama bertanding dalam PRK UM. Sekaligus memecahkan penguasaan calon BEBAS yang selama ini menguasai fakulti tersebut.

Sedikit penambahan mengenai Progresif Mahasiswa. Kumpulan ini merupakan satu kumpulan yang ditubuhkan yang mempunyai identiti yang hampir sama dengan Pro M UM. Namun disebabkan 'kepayahan' Pro M menembusi fakulti undang-undang, maka satu kumpulan baru ditubuhkan dengan identiti baru. Boleh dikatakan, Progresif UM ini adalah kader terfokus PKR, manakala PRO M pula adalah Kader Pakatan ditunjangi PAS. 

Kesimpulannya, pilihanraya kampus kali ini menyaksikan trend penyusutan penguasaan Pro Mahasiswa di kampus-kampus pro pembangkang. Adakah pada masa hadapan trend ini terus berlansung? Kita tunggu dan lihat.

Post a Comment

1 Comments

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.