REKAAN RUMAH BARU : CANTIK DILUAR, SEMPIT DI DALAM

[Gambar Hiasan]
Oleh Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor

Kuala Lumpur: Reka bentuk pada setiap unit kediaman adalah kosmetik semata-mata, sedangkan yang penting adalah ruang asas pada setiap unit rumah ditawarkan.

Bekas Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) Profesor Datuk Dr Alias Abdullah merangkap Dekan Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berkata, ia adalah mekanisme atau kaedah untuk menaikkan harga rumah yang sememangnya membebankan pengguna masa kini.

“Apa yang penting adalah menyediakan rumah dengan mempunyai asas mencukupi sebagai contoh, jumlah bilik mengikut keluasan persegi dan keperluan asas lain termasuk tandas dan dapur,” katanya.

Katanya, pemaju meletakkan semua kos bahan binaan dan bayaran buruh kepada pembeli dan ini faktor yang kurang adil kepada mereka kerana bukan saja perlu menanggung jumlah berkenaan tetapi faktor seperti lokasi dan kemudahan persekitaran juga menaikkan lagi harga rumah di pasaran.

“Pembeli bukan saja membayar bahan binaan dan upah buruh asing (jika pemaju menggunakan tenaga luar) tetapi kos lain seperti sekuriti juga.

Malah ada kawasan yang dibangunkan dengan perumahan pada fasa pertama, fasa kedua sudah tentu dijual pada harga lebih tinggi dan penilaiannya bukan lagi berasaskan harga bahan binaan dan kos buruh semata-mata tetapi atas dasar permintaan yang tinggi,” katanya.

Menurutnya, perkara ini sedikit sebanyak mempengaruhi harga rumah yang pada dasarnya berkeluasan 500 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi di negara ini kerana penawaran melampaui permintaan.

Dr Alias berkata, bagi rumah jenis apartmen atau kondominium dengan keluasan sekurang-kurangnya 800 kaki persegi, ia wajar dijual pada harga RM200,000 hingga RM300,000 di pusat bandar dan RM100,000 hingga RM200,000 di pinggir bandar atau luar ibu negara.

Katanya, Malaysia sepatutnya mengambil contoh negara jiran seperti Brunei yang memberi kelebihan kepada pembeli dari segi keluasan ruang pada setiap unit kediaman.

Artikel ini disiarkan pada : 11 November 2013
Sumber : Harian Metro

Post a Comment

2 Comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.