SEORANG ANGGOTA POLIS BAHRAIN MAUT DI BANDAR SYIAH

MANAMA - Kementerian Dalam Negeri Bahrain memberitahu bahawa seorang anggota polis terbunuh dalam satu serangan ‘pengganas’di sebuah bandar Syiah di negara itu.

Serangan itu berlaku pada malam semalam di Damistan, barat daya Manama, semasa pegawai itu sedang menjalankan tugasnya, kementerian itu berkata, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Ia merupakan serangan maut yang pertama terhadap pasukan keselamatan sejak pilihan raya Parlimen pada bulan November.

Pilihan raya itu diboikot oleh kumpulan utama pembangkang Syiah yang menggesa pembaharuan demokratik di dalam kerajaan yang diperintah Sunni.

Serangan terhadap pasukan keselamatan telah meningkat tahun ini, dengan tiga anggota polis terbunuh dalam serangan bom di kawasan Syiah pada 3 Mac lalu. (AFP)

Post a Comment

0 Comments