HARGA MINYAK DUNIA DIJANGKA TERUS MENGALAMI PENURUNAN

KUCHING – Harga minyak dunia dijangka terus turun sehingga Januari depan berdasarkan trend penurunan dalam tempoh minggu pertama Disember ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, maklumat yang diperoleh menunjukkan purata harga mingguan minyak dunia menurun dan memungkinkan bahan api jenis RON97, RON95 dan diesel di negara ini diruncitkan pada harga yang lebih rendah.

“Mengikut trend seminggu ini, RON95 akan turun lagi, RON97 akan turun lagi, diesel mungkin akan turun lagi daripada RM2.23 sekarang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas memberi taklimat berhubung Bajet 2015.

Katanya, rakyat sepatutnya telah memperoleh manfaat daripada kejatuhan harga minyak jika komuniti perniagaan mengambil langkah susulan untuk menurunkan harga barangan keperluan.

“Rakyat di luar sana menanti. (Apabila harga) minyak naik (komuniti peniaga) terus naik (harga barangan). (Apabila) minyak turun, (harga barangan) tak turun turun (lagi),” katanya.

Ahmad berkata, penurunan harga RON97 telah menyebabkan peningkatan permintaan yang mendadak terhadap minyak itu di negara ini.

Bagaimanapun, katanya setakat ini, tiada bukti menunjukkan wujud pihak tertentu yang cuba membeli minyak tersebut dalam jumlah yang banyak untuk tujuan disimpan dan dijual semula sekiranya harga meningkat pada masa depan.

Menurutnya berikutan pengumuman penurunan harga minyak itu pada 1 Disember lepas, permintaan untuk petrol RON97 di negara ini telah meningkat sebanyak lima kali ganda.

Sumber : ABN News

Post a Comment

1 Comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.