Oleh: Musthafa Luthfi
Komander militia puak pemisah Al-Hautsi (media asing menyebut Al-Houthi) kelompok Syiah minoriti yang pro Iran di Yaman, Abdul Malik al-Houthi dengan suara lantang mengumumkan kemenangannya pada Selasa (23/9/2014) di ibu kota Sana`a setelah pasukannya berjaya menguasai hampir keseluruhan ibu kota negara tersebut. Beliau mendakwa bahawa kemenangannya sebagai “kemenangan” bagi seluruh rakyat Yaman.
Kemenangan Al-Hautsi telah mengundang reaksi gembira oleh pemimpin Syiah Hizbullah di Lubnan. Dalam ucapan di hadapan penyokongnya, Hassan Nasrullah berkata “kami mengucapkan selamat kepada rakyat Yaman atas kemenangan revolusinya yang akan menjadi asas bagi fasa baru yang didasari dengan semangat kerjasama dan penyertaan semua elemen bangsa.” Dia menilai kesepakatan yang dicapai dengan pemerintah sebagai format baru politik Yaman.
Kesepakatan yang dicapai dengan pemerintah yang telah membuka peluang seluas-luasnya bagi Al-Hautsi untuk memperkuatkan pengaruhnya dan mengatur masa depan negeri Saba itu disaksikan oleh Utusan Khas PBB ke Yaman, Jamal Benomar. Al- Hautsi tidak lupa menyampaikan penghargaan kepada tentera Yaman yang dianggapnya sebagai pendokong revolusi.
Penguasaan militia Al-Hautsi keatas ibu kota Sana`a telah mengejutkan banyak pihak terutama sekali rakyat Yaman sendiri. Mereka tidak menduga bahawa Al-Hautsi dapat menguasai ibu negara Yaman tersebut tanpa tentangan dari angkatan bersenjata pemerintah. Untuk rekod, puak militia Al-Hautsi dengan mudah telah menguasai ibu kota negara tersebut pada hari Ahad, 21 September 2014. Dengan tidak adanya tentangan dari pihak tentera, Al-Hautsi menganggap ianya sebagai persetujuan pihak tentera atas tindakan mereka sekaligus memaksa pemerintah sementara Yaman pimpinan Presiden Abdo Rabbu Mansour Hadi menandatangani perjanjian damai bersesuaian dengan kepentingan kelompok Syiah itu.
Kelompok militia Syiah Yaman yang selama ini menguasai wilayah utara yang bersempadan dengan Arab Saudi dikenali sebagai militan terlatih yang memiliki pengalaman berperang sejak 2004 ketika era menentang pasukan pemerintah ketika Yaman dipimpin oleh mantan Presiden, Ali Abdullah Saleh. Fasa baru 'Arab Spring' benar-benar dimanfaatkan Al-Hautsi untuk menyusun kekuatan ketenteraan selain memperkuat pengaruh dan kekuasaan di negeri Ratu Balqis itu.
Bahkan kelompok yang menggunakan nama baru “Ansharullah” (Pembela agama Allah) pasca revolusi 'Arab Spring' itu berhasil memujuk musuh lamanya, mantan Presiden Saleh yang masih mempunyai pengaruh keatas puluhan ribu pasukan dari tentera Yaman yang masih setia bersamanya. Meskipun secara strukturnya seluruh pasukan tentera Yaman berada dibawah Menteri Pertahanan, namun hampir separuh daripada mereka masih setia dengan Saleh.
Kerana itu banyak pihak yang mencurigai bahawa “kemenangan” mudah Ansharullah dalam menguasai ibu kota Sana`a tanpa tentangan tentera pemerintah, adalah bukti nyata bahawa adanya konspirasi antara al-Hautsi dengan mantan Presiden. Ini kerana terdapat pemerintah tertinggi tentera Yaman yang masih setia dengan Mantan Presiden, sekaligus melumpuhkan pemerintahan sementara Presiden Abdo Rabbu Mansour Hadi. Sekaligus dapat kita perhatikan disini revolusi “Arab Spring” di Yaman mempunyai jalan cerita yang sama seperti yang berlaku di Mesir.
Al-Hautsi dan Saleh sebenarnya mempunyai perbezaan yang ketara baik dari fahaman politik dan ideologi, namun begitu, mereka memiliki kepentingan yang sama iaitu menghalangi parti Al-Islah (cabang Al Ikhwan al Muslimin di Yaman) untuk berkuasa di negeri itu. Hal ini dapat dilihat dari sejak penguasaan mereka keatas daerah Amran yang merupakan pembuka jalan menuju ke ibu kota Sana`a dimana sebahagian besar serangan tersasar ke arah Al-Islah dan sejumlah besar militia yang pro parti tersebut.
Sebagaimana diketahui, Al-Islah sebelum ini telah berkongsi kuasa dengan mantan Presiden Saleh. Namun pada akhirnya, kumpulan ini memisahkan diri dari terus menyokong mantan Presiden ketika revolusi 'Arab Spring' sedang berlaku yang mentebabkan Saleh terpaksa turun dari takhta setelah tiga dekat memegang tampuk kuasa sebagai presiden.
Meskipun Saleh akhirnya bersetuju menandatangani pemindahan kuasa ke pemerintahan sementara yang ditaja oleh PBB dan enam negara Teluk, namun pada realitinya, masih belum kelihatan perubahan status quo. Ini sekaligus memberikan peluang kepada Al-Islah untuk mendapatkan sokongan rakyat Yaman yang telah bosan dengan pemerintahan Saleh. Di pihak lain pula, al-Hautsi yang mendukung revolusi juga tidak mahu terpinggirkan dari kekuasaan di era baru sehingga terus melakukan penambahan serangan yang puncaknya adalah dengan penguasaan terhadap ibu kota Yaman sekaligus berjaya melumpuhkan Al-Islah.
Al-Islah yang dipimpin oleh keluarga Al-Ahmar juga memiliki pengaruh besar dan militia yang cukup kuat meskipun tidak terlatih seperti Al-Hautsi. Selain itu sebahagian tentera Yaman masih setia bersama mereka. Pastinya mereka tidak mendiamkan diri dengan kekalahan yang mengejutkan itu. Militia mereka yang terdapat di dalam ibu kota Sana`a dan daerah lainnya pasti akan menyusun kekuatan untuk melakukan serangan balik.
Dalam masa yang sama kelompok Syiah al-Hautsi buat pertama kali telah melaksanakan solat Jumaat bersama para penyokong mereka pada 26 September 2014 sebagai salah satu tanda kemenangan mereka di Sana`a. Walaupun demikian, pemerhati setempat meramalkan bahawa mempertahankan kemenangan tidak semudah menduduki ibu kota. Sehingga ada yang khuatir Yaman sekali lagi akan bergelut dalam perang saudara.
Tidak menentu
Banyak pemerhati meramalkan berbagai berbagai-bagai kemungkinan yang akan terjadi di negeri Saba itu dalam beberapa bulan kehadapan pasca pendudukan al-Hautsi ibu kota negara tersebut. Dengan “sokongan” tersirat tentera Yaman 'demi' keamanaan, pastinya senario itu mengarah kepada situasi yang tidak menentu di negeri hujung Jazirah Arab tersebut.
Bersambung : Situasi Tidak Menentu di Yaman (Bahagian 2)
*Penulis merupakan individu yang tinggal di Yaman
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.