Istana Granada di Andalusia, Sepanyol |
Prof. Dato’ Ir. Abang Abdullah Abang Ali, Profesor Adjung di Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) berkata budaya pembelajaran dan penyelidikan dalam Sains, Kejuruteraan dan Teknologi sebagaimana wujud pada zaman keagungan Islam dahulu mampu dikembalikan dan berkembang maju melalui Daulah Islamiah.
“Setelah dapat menegakkan Daulah Islamiah, negara-negara Islam seharusnya mengetepikan prinsip dan amalan sekular yang telah menjadi punca terlalu banyak konflik yang melanda mereka hingga amat merugikan ummah.
“Malahan penubuhan Daulah Islamiah dalam bentuknya yang jitu adalah anugerah kepada manusia keseluruhanya bukan saja kepada orang Islam, kerana di situlah letaknya keadilan dan persamaan yang tidak diketahui dalam dunia moden sekarang,” tegas Prof Abdullah.
Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja “Pengaruh Sejarah dan Sekatan Budaya dalam Pembangunan Sains, Kejuruteraan dan Teknologi di negara-negara Islam” pada seminar antarabangsa Peradaban dan Kebudayaan Malaysia-Asia Barat, di Bilik Senat, UKM.
Prof Abdullah berkata kita tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab mengembangkan Daulah Islamiah kepada golongan tabligh/pendakwah semata-mata kerana seharusnya semua adalah terlibat dengan memberikan gambaran betul.
“Semua orang sama faham sedikit sebanyak mengenai usaha menegakkan negara Islam iaitu urusan memerintah negara berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Bezanya sama ada kita kurang atau lebih faham dan berusaha merapatkan diri dengan pengajaran Islam.
“Kita harus ingat kesan daripada sikap tidak ambil berat terhadap Daulah Islamiah hari ini kita rela mencampuradukkan fahaman sosialis Perancis, British dan pelbagai fahaman asing,” katanya.
Beliau akur betapa kursus dan pendedahan mengenai kebaikan Daulah Islamiah ini perlu disebar luas di masjid dan surau bagi memastikan orang ramai memahaminya dan akhirnya menerima pelaksanaan corak pemerintahan itu.
Prof. Dato’ Ir. Abang Abdullah Abang Ali |
Beliau juga berpendapat pemilihan pemimpin dalam Daulah Islamiah boleh menggunakan proses demokrasi asalkan orang yang dilantik benar-benar ahli dalam hal-hal kepemimpinan negara.
“Kita tidak mahu melantik seseorang yang faham isi al-Quran tetapi tidak faham politik antarabangsa dan pemerintahan,” tegasnya. Beliau tidak menolak kemungkinan masa diperlukan bagi melaksanakan Daulah Islamiah itu agak lama memandangkan Rasullullah saw sendiri mengambil masa 13 tahun berdakwah di Makkah.
Dalam kertas kerjanya itu, Prof Abdullah menjelaskan betapa sistem politik dan ekonomi Islam apabila dilaksanakan sepenuhnya dalam masa Rasullullah dianggap menjadi addeen atau cara hidup menyeluruh hingga kekuatan dan kekuasaannya mampu meruntuhkan empayar Rom dan Parsi.
Kemajuan dan pencapaian sarjana dan penyelidik Islam pada zaman itu tidak dipertikaikan hingga membawa kepada penemuan yang tidak diketahui di Eropah yang ketika itu masih diselubungi zaman kegelapan khususnya dalam bidang penyelidikan saintifik.
Rekaan dalaman Masjid Cordova |
Beliau menyorot kepada zaman penjajahan dimana sistem pendidikan Islam yang menyeluruh telah dimansuh dan dihapuskan menyebabkan pengajian ideologi dan sains Islam merosot.
Akibatnya pengajian Islam hanya menjadi satu bahagian kecil pendidikan kemanusiaan hinggakan pendidikan Sains, Kejuruteraan dan Teknologi dipisahkan daripada Islam dan diterapkan dalam sistem pendidikan dunia moden.
Keadaan menjadi begitu berserabut hinggakan orang berilmu tidak dipandang mulia di mata masyarakat apatah lagi alim ulama; sebaliknya ahli perniagaan dan ahli politik dipandang lebih mulia.
Artikel ini telah diterbitkan pada 1 Oktober 2010
Sumber : UKM News
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.