IMAN ATAU SELIPAR?

[GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA]
Dipetik dari : Dr. Fadlan Mohd Othman, Abu Mu'aaz Munir Azizan dan Ustaz Idris Sulaiman.

Tidak wajar dibandingkan masalah susun kasut antara orang Islam dan orang bukan Islam sehingga ke tahap menghina sesama saudara Islam.

Inilah sikap mereka. Kagum bangga dengan orang kafir dan memandang rendah orang Islam. Sikap munafik.

Islam menuntut kita menjaga kecantikan dan kekemasan. Tetapi hal ini tidak wajar sehingga hal Umat Islam tidak susun selipar ketika pergi ke masjid diperbesar-besarkan dan dijadikan isu. Jangan lupa, Umat Islam disuruh pergi ke masjid lima kali sehari setiap hari! Bukan sekali seminggu. Boleh kita bayangkan jika aspek menyusun selipar menjadi satu kemestian, akhirnya solat fardu entah ke mana dan selipar pun kemana...

Persoalan tauhid mengesakan Allah dan menjauhi Syirik tidak diambil peduli. Masalah susun kasut pula menjadi isu. Dasar orang jahil yang dangkal fikiran.

Kita berlindung dengan Allah daripada sikap berlebih-lebihan dan sikap menyusah-nyusahkan hal yang mudah.

Sabda Nabi,

هلك المتنطعون

“Telah binasa golongan yang berlebih-lebihan” (Riwayat Muslim).

Sabdanya,

ان الدين يسر ولن يشاد في الدين أحد الا غلبه

“Sesungguhnya Agama itu mudah, dan tidak ada sesiapa yang cuba mempersulitkannya melainkan dia akan tertewas” (Riwayat Bukhari).

Sabdanya,

فانما بعثتم ميسرين ولم تبعثوا معسرين

“Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan BUKAN untuk menyusah-nyusahkan” (Riwayat Bukhari).

Apa yang sepatutnya menjadi fokus dan keutamaan adalah aspek TAUHID mengesakan Allah dan menjauhi SYIRIK menyekutukan Allah. Sejauh mana Umat Islam mencontohi SIFAT SOLAT NABI ketika di Masjid itu yang sewajarnya menjadi perbincangan.

Walhal, perbuatan mereka pentingkan susun selipar melebihi segala-gala bertepatan dengan apa yang Allah telah sebut tentang mereka:

يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

"Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang Hari Akhirat" (Al-Rum, 7).

Islam menegah kita bersikap ghuluw berlebih-lebihan apatah lagi dalam hal mudah yang bukan perkara utama - yang tidak mendekatkan kita ke syurga mahupun menjauhkan dari neraka - seperti menyusun selipar!

Daripada satu sudut lain, tidak salah untuk kita kata, memang wajar untuk kita tidak susun selipar seperti itu demi menyelisihi mereka kerana Syarak memang menuntut supaya orang Islam tidak tasyabbuh menyerupai orang kafir.

P. S. - Syarak menganjurkan supaya kita solat dengan memakai selipar.

Sabda Nabi, "Selisihi orang Yahudi, mereka tidak solat dengan selipar mahupun kasut mereka" (Sahih riwayat Abu Daud).

Wallahul musta'an."

Post a Comment

2 Comments

  1. Astagfirrullahhalazim.....sudah akhir zaman...yg haram dihalalkan...mudah2an Allah buka pintu kesedaran buat mbah

    ReplyDelete
  2. Ibadah menghasilkan akhlak. Kalau selipas pun tak erti susun ke mana hasil ibadah tadi? Hasilnya menjadi sombong tidak boleh ditegur.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.