Nampaknya aktivis BERSIH.20 nampaknya masih belum menyesal dengan fitnah yang pernah dilemparkan kepada SPR ketika PRU13 yang lalu. Walaupun pada sesi debat diantara pengerusi BERSIH sebelum ini, Ambiga dengan Ahli Parlimen Rembau, KJ yang menyaksikan Ambiga dimalukan dengan penipuan 'faktanya'. Kali ini dengan pengerusi BERSIH yang baru, Maria Chin Abdullah, mereka menggunaka skrip yang sama : Fitnah dan mereka-reka data.
Namun menjadi kepelikkan dan persoalan disini ialah, mengapa Maria Chin begitu bersungguh-sungguh menjelaskan 'keadaan semasa' mengenai sistem pilihanraya di Malaysia kepada diplomat luar negara?
Apa kepentingan mereka kepada diplomat-diplomat asing seperti Amerika Syarikat, Perancis, Russia, Britain, Australia dan Singapura?
Sepertimana yang kita ketahui, Bersih merupakan satu organisasi yang mendapat dana dari NDI (National Democratic Institute) yang menyalurkan dana tersebut kepada NED (National Endownment for Democracy) bagi tujuan propaganda di beberapa negara terpilih.
Peliknya disini ialah, jika NED benar-benar bersikap 'bebas' mengapa hanya Malaysia, Filipina, Kemboja, Indonesia, dan Vietnam 'terlibat' dalam tajaan organisasi berkenaan?
Kenapa Singapura tidak dilibatkan dalam senarai negara yang menjadi fokus NED? Adakah Singapura lebih demokrasi dan lebih bebas dari Malaysia?
Malah kita juga boleh mempersoalkan jua sejauh mana demokrasinya sistem pilihanraya 'negara' yang menjadi penaung NED ini, Amerika Syarikat. Untuk makluman para pembaca sekalian, sistem pilihanraya Amerika Syarikat jauh lebih teruk dan undemocratic berbanding Malaysia. Video dibawah ini adalah penerangan mudah mengenai sistem pilihanraya negara Uncle Sam ini;
Amacam? Dah tengok videonya? Apa pandangan anda? Ingat!! Yang mengkritik ni bukan orang luar tetapi rakyat Amerika Syarikat sendiri.
Jadi persoalannya disini, disaat BERSIH sibuk nak 'mendedahkan' kepincangan sistem pilihanraya di Malaysia, mengapa pengerusinya, Maria Chin tak memperbetulkan tuan mereka, Amerika Syarikat?
Jadi apa sahaja yang diperkatakan oleh Maria Chin mengenai 'penipuan' Persempadanan semula DUN Sarawak oleh SPR adalah suatu fitnah semata-mata. Sedangkan SPR telah menjalankan kajian dan persempanan semula bersandarkan kepada kehendak-kehendak Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan;
(2) (i) Tertakluk kepada perenggan (ii), Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah, dari semasa ke semasa, sebagaimana yang difikirkannya perlu, mengkaji semula pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian pilihan raya dan mengesyorkan apa-apa perubahan mengenainya yang difikirkannya perlu supaya dipatuhi peruntukan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Belas; dan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan-Dewan Undangan hendaklah dijalankan pada masa yang sama dengan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan Rakyat.
(ii) Maka hendaklah ada lat tempoh tidak kurang daripada lapan tahun antara tarikh siapnya satu kajian semula, dengan tarikh bermulanya kajian semula yang kemudiannya, di bawah Fasal ini.
(iii) Kajian semula di bawah perenggan (i) hendaklah disiapkan dalam tempoh yang tidak melebihi dua tahun dari tarikh bermulanya kajian semula itu.
Rujuk : http://cpps.org.my/resource_centre/perlembagaan_persekutuan.pdf
Kepada pembaca yang budiman, apa yang dilakukan oleh Bersih hanyalah arahan yang dikeluarkan oleh musuh negara bagi menjahamkan negara kita.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat : 6)
Baca seterusnya disini :
http://www.anwaraidc.com/2012/04/bersih-movement-run-soros-funded-frauds-seek-restore-imf-functionary-anwar-ibrahim-power/
http://nilebowie.blogspot.com/2012/04/bersih-30-politicizing-apolitical-in.html
http://www.anwaraidc.com/2011/06/cia-ned-bersih-%E2%80%93-proof/
http://www.penaminang.com/2013/08/amerika-syarikat-salurkan-dana-berjuta.html
1 Comments
Yg. si diplomat-asing-Barat/Zionis-SingaPORK KEPARAT yg. nak masuk campur hal-ehwal NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ni apasal! PI MAMPOS!
ReplyDeleteSedgkan rejim-rejim PENGGANAS/EKSTREMIS/MILITAN Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dsbnya - dari Barat-ISrael, India dan Myanmar; yg. asyik boleh MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dan MEMBUNUH umat Islam dlm. GENOSID yg. berterusan, termasuk di Palestin, Kashmir, Myanmar, Iraq, Libya, Syria, Afghanistan, Nigeria, Mali, Afrika Tengah, Guinea, Kenya, Somalia dsbnya! Dasar si HIPOKRIT-puak-syaitan termasuk UN/ICC-ICJ-INTERPOL dsbnya yg. disyaki diKUASAI si PENGGANAS Barat/NATO- ZIONIS dan ejen temaptan mereka dari si PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!!
Nek Tempoyak.
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.