POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

[VIDEO] NASIHAT SYEIKH SUDAIS KEPADA JEMAAH UMRAH



Intipati ucapan Syeikh Sudais, beliau memulakan ucapan dengan membaca beberapa peringatan dari ayat Al-Quran

1. Bukankah kami telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Makkah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa kepadanya hasil tanaman dari segala jenis, sebagai rezeki pemberian dari sisi Kami? (Benar, Kami telah menjadikan semuanya itu), tetapi kebanyakan mereka tidak memikirkan perkara itu untuk mengetahuinya (serta bersyukur). (28:57)

2. Dan tidakkah mereka melihat dan memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan (Makkah, negeri mereka) tanah suci yang dihormati, lagi aman; sedang orang-orang ramai yang tinggal (dalam daerah-daerah) di sekeliling mereka sentiasa diculik (untuk ditawan atau dibunuh) ? (29:67)

3. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang). (22:20)

4. Menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk mengikut sunnah Nabi ﷺ yang sahih.

5. Memperingatkan setiap jemaah umrah bahawa tujuan mereka datang ke Masjidil Haram adalah untuk beribadah kepada ALLAH subhana wa ta'ala.

6. Ini bertepatan dengan apa yang menjadi doa dan permintaan Nabi Ibrahim iaitu : "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala." (14:35)

7. Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat). (14:36)

8. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. (14:37)

9. Mengalu-alukan kedatangan para jemaah umrah dan menasihati agar jemaah umrah tidak terikut-ikut dengan kepercayaan lain yang mungkin wujud dikalangan umat Islam yang lain melaikan apa yang telah ada didalam Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya S.A.W.

10. Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud". (2:125)

11. Syeikh meminta para penziarah agar memberikan kerjasama kepada pihak pekerja terutama sekali mereka yang bertugas dalam projek perluasan Masjidil Haram.

12. Syeikh turut meminta para penziarah agar memberikan kerjasama yang penuh kepada anggota pihak berkuasa Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi yang mana setiap individu yang bertugas ini telah banyak berkorban dalam memastikan keselamatan dan keselesaan setiap jemaah umrah terus terjamin.

13. Syeikh turut menasihati kepada para jemaah agar menjauhi kawasan-kawasan yang sesak, tidak duduk di kawasan orang ramai melakukan tawaf, tidak duduk dihadapan pintu kaabah serta di Maqam Ibrahim serta berusaha melihat orang ramai melakukan tawaf.

14. Syeikh Sudais menyeru agar para jemaah agar memberi peluang dan ruang kepada jemaah lain untuk beribadah dengan penuh selesa dan kusyuk.

15. Syeikh juga menasihati para jemaah agar sentiasa bantu-membantu sesama muslim, membantu mereka yang susah, berlemah lembut dan tidak melakukan kekasaran sesama muslim baik dari segi fizikal mahupun perkataan.

16. Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. (33:58)

17. Syeikh menasihati para jemaah agar menyibukkan diri mereka dengan beribadah dan tidak menganggu orang lain yang sedang beribadah dengan aman.

18. Syeikh menegur perbuatan sesetengah jemaah yang terlalu sibuk bergambar yang mana secara tidak langsung telah menyebabkan hilangnya kemanisan dalam beribadah.

19. Syeikh Sudais menasihati para jemaah wanita agar memastikan diri mereka menutup aurat, menjauhi diri dari bergaul dengan kaum lelaki, dan menjaga anak-anak mereka selain menggunakan masa yang ada secara maksima untuk mendekatkan diri kepada ALLAH subhana wa ta'ala.

20. Syeikh berdoa kepada agar setiap usaha dan penambah baikkan yang dilakukan oleh penjaga 2 tanah suci umat Islam diberikan keselamatan, pertolongan dan keberkatan oleh Allah subhana wa ta'ala.

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.