TIMBALAN PENGERUSI TETAP UMNO TERKHILAF DALAM MENILAI "AIB" AISYAH R.A



Oleh : Putera

Kalau ikut pemahaman Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamad Aziz, tatkala memberhentikan ucapan dari Dr. Fathul Bahri kononnya mahu menjaga "AIB" keluarga Nabi, aku yakin bahawa, beliau pastinya dia tak pernah dengar kisah-kisah macam ni....

1. Cerita Nabi mandi dengan Aisyah.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan;


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ تَخْتَلِفُ أَيْدِينَا فِيهِ

Maksudnya;
“Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi Sallahu Alaihi Wassalam daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu) [Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253]

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;


كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ وَنَحْنُ جُنُبَانِ

Maksudnya;
“Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub. [Sahih Muslim : 482.]

2. Cerita Nabi selalu cium isterinya.

Dari ‘Aisyah R.A, bahawa Nabi Sallahu Alaihi Wassalam biasa mencium isterinya setelah wudhu’, kemudian beliau solat dan tidak mengulangi wudhu’nya.”[HR ‘Abdurrazaq]

3. Nabi meminta Aisyah tidur di pangkuannya walapun ketika itu Aisyah R.A dalam keadaan Haid

Ketika Aisyah sedang haid, Nabi Sallahu Alaihi Wassalam pernah membangunkannya, beliau (Aisyah R.A) lalu tidur dipangkuannya dan membaca Al Qur’an [HR Bukhari no 7945]

Ini adalah sebahagian kecil dari "kisah-kisah Aib" yang disampaikan oleh para ulama kepada kita untuk dijadikan panduan kepada kita tatkala "bermesra" dengan pasangan yang telah kita nikahi.

Adakah dengar tersebarnya kisah-kisah ini, makna kata si pembawa berita ini tidak menjaga Aib Nabi dan ahli keluarganya? Oh... Jika mereka tak sampaikan "Aib" ini, mana mungkin akan kita ketahui hadis-hadis penuh romantis ini.

Akhir kalam, kalau nak sekat orang berucap, boleh.... Tapi biarlah nampak berilmu sikit. Nampak sangat awak ni jenis tak ambil perhatian apa yang hendak disampaikan oleh pembahas....

PENJELASAN DR. FATHUL BARI BERKENAAN TINDAKAN TIMBALAN PENGERUSI TETAP MEMBERHENTIKAN UCAPAN BELIAU.

Post a Comment

2 Comments

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.