KENAPA YTL BUKAN KTM?

Oleh : Jebat

1. Tatkala anak syarikat YTL Corporation Bhd (YTL), Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengambil keputusan menaikkan harga tiketnya hampir seganda dari tiket asal, aku mula tertanya-tanya. Kenapa YTL yang tak ada pengalaman membina rel dan operasi keretapi diberikan hak membina laluan rel dari KLIA ke KL Sentral.

2. Sedangkan pada KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) sudah wujud dan telah terbukti mempunyai kemampuan mengendalikan jaringan rel keretapi di seluruh Semenanjung Malaysia.

3. Jika nak kata KTMB tak mampu mengoperasikan rel keretapi menggunakan kuasa elektrik, KTMB dah mula perkenalkan laluan KTM Komuter dengan 2 laluan utama iaitu laluan Seremban dan Pelabuhan Klang.

4. Jadi kini aku mula bertanya kembali, kenapa KTMB tidak diberikan hak mengoperasikan sistem Keretapi Laju dari KLIA ke KL Sentral? Kenapa YTL pulak dipilih? Sedangkan Keretapi Tanah Melayu sudah wujud hampir 130 tahun. (Ditubuhkan pada tahun 1885, pada mulanya dikenali dengan nama the Federated Malay States Railways (FMSR) dan seterusnya the Malayan Railway Administration (MRA) sebelum ditukar nama menjadi Keretapi Tanah Melayu pada tahun 1962 ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.)

5. Kan elok sekiranya KTMB diberikan hak dalam operasi rel dari KLIA ke KL Sentral. Sekurang-kurangnya, jika berlaku peningkatan harga tiket, ianya tidaklah sampai RM20 :P

6. Maka aku bertanya lagi.... Siapakah PERDANA MENTERI pada KETIKA ITU????

#Rakyat3PM
#HanyaBertanya
#RakyatTakBodoh
#RakyatTakLupa

Sumber :

https://www.kliaekspres.com/about-us/the-erl-story/
https://en.wikipedia.org/wiki/Keretapi_Tanah_Melayu

Post a Comment

3 Comments

  1. Sya rasa En. ni kurang memahami konsep penswastaan pada ketika itu. Tujuan utk kurangkn beban kerajaan. Bkn mcm kerajaan china yg kaya raya. Semua pembinaan rel keretapi kerajaan punya duit. Projek tu secara perjanjian konsesi dimana YTL, Tabung Haji dan Trisilco sebagai syarikat usahasama. Pemegang terbesar saham adalah YTL sebanyak 50%. Konsesi selama 30 thn. Lebih kurang mcm PLUS. Syarikat usahasama kena keluar dana sendiri melalui duit sendiri atau pinjaman. Kos projek 2.4 billion. Utk kerajaan tanggung semua kos2 pembinaan jalan keretapi dan lebuhraya, perbelanjaan kerajaan begitu besar. Pada masa sama kita tidak boleh lgi ketinggalan dlm sistem perhubungan. Itu sbb berlaku penswastaan. Skrg ni senang je....semua letak balik kpd bahu Mahathir tanpa mengetahui asal usul sistem itu dibuat. KTM mmg tidak mampu utk menjadi syarikat usahasama disbbkn prestasi kewangan KTM pada masa itu mmg teruk. Skrg pn KTM baru perlahan2 nk pulih dan perlukn lgi bantuan kerajaan. Pada sya, kalau x suka nk guna ERL, guna teksi je. Ada pilihan.

    ReplyDelete
  2. Maka aku pun bertanya kenapa kerajaan sekarang begitu dayus yang mempunayi kuasa mengawal dan mengatur segala syarat , walaupun sudah dibuat perjanjian sebelum itu , kerajaan mempunyai kuasa dalam hal ini, kenaikan harga boleh dibuat dalam pelbagai cara supaya pengguna tak rasa terbeban , bukan dikenakan kenaikkan sampai 100%(takkan ini pun nak ajar)tapi apakan daya kerajaan di penuhi orang orang yang lemah tiada bijaksana dan perasuah tapi cukup mahir dalam mengampu termasuk admin blog ini , kemudian aku bertanya siapakah PM yang lemah dan korup ketika ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju bang. Setuju sgt2. Kerajaan sekarang ni seolah2 x de kuasa langsung utk kawal. Biarrrr je. Duit RM jatuh pn.....biarrr je. Xde nk kawal ape ke. Xkn duit jatuh teruk pn nk salahkn PM terdahulu. At least PM terdahulu lakukn sesuatu utk negara utk stabilkn RM. But....ikut PM skrg...kite ikut keadaan semasa je...xperlu kawal2. Seolah2 mcm x kisah pn hal masalah rakyat. PM yg bijak kita bleh nmpk sikap die yg dominan dalam cuba mengawal keadaan. PM yg tidak bijak kita boleh nmpk die hanya lepas tgn je. Ohh ya. Sbb sibuk dgn hal2 yg lebih penting spt 1MDB dan RM2.6b. Tuan punya blogger, ikut pemerhatian sya, dri pergaulan sya dgn pelbagai peringkat org skrg ni, persepsi terhadap najib begitu negatif sekali. Org x kisah pn psl PM terdahulu. Kalau letak semua masalah kt PM terdahulu pn....adakah boleh selesaikn masalah skrg ni? Tidak juga. Sekadar mencari tempat utk letak kesalahan. Bila 1MDB dan RM2.6b didedahkn, dituduh pembangkang yg punya pasal utk rosakkn BN/kerajaan skrg. Mmg itu kerja pembangkang. Kalau tidak...tidak dinamakn pembangkang. Kalau itu semua fitnah, sudah tentu 1MDB atau PM boleh jawab dengan mudah tanpa perlu ditangguh2 jawapan, tanpa perlu dibuat satu rombakan besar dlm sebhg jentera2 penting kerajaan yg siasat 1MDB. Ini semua mengukuhkn lgi kesangsian org terhdp kerajaan skrg , termasuklh penyokong2 BN/UMNO sendiri. Pegi kt mane2 pn.....apa yg sya boleh katakan sbg kesimpulan..... bersedialah BN/UMNO utk PRU paling sukar sekali yg tidak berapa lama dh lgi. Jgn igt ahli2 UMNO seramai 3juta org masih lgi setia sokong. Atas kertas mmg iya.....tpi bila undi nnti....tau le.

      Delete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.