Oleh : Jebat

1. Tatkala anak syarikat YTL Corporation Bhd (YTL), Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengambil keputusan menaikkan harga tiketnya hampir seganda dari tiket asal, aku mula tertanya-tanya. Kenapa YTL yang tak ada pengalaman membina rel dan operasi keretapi diberikan hak membina laluan rel dari KLIA ke KL Sentral.

2. Sedangkan pada KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) sudah wujud dan telah terbukti mempunyai kemampuan mengendalikan jaringan rel keretapi di seluruh Semenanjung Malaysia.

3. Jika nak kata KTMB tak mampu mengoperasikan rel keretapi menggunakan kuasa elektrik, KTMB dah mula perkenalkan laluan KTM Komuter dengan 2 laluan utama iaitu laluan Seremban dan Pelabuhan Klang.

4. Jadi kini aku mula bertanya kembali, kenapa KTMB tidak diberikan hak mengoperasikan sistem Keretapi Laju dari KLIA ke KL Sentral? Kenapa YTL pulak dipilih? Sedangkan Keretapi Tanah Melayu sudah wujud hampir 130 tahun. (Ditubuhkan pada tahun 1885, pada mulanya dikenali dengan nama the Federated Malay States Railways (FMSR) dan seterusnya the Malayan Railway Administration (MRA) sebelum ditukar nama menjadi Keretapi Tanah Melayu pada tahun 1962 ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.)

5. Kan elok sekiranya KTMB diberikan hak dalam operasi rel dari KLIA ke KL Sentral. Sekurang-kurangnya, jika berlaku peningkatan harga tiket, ianya tidaklah sampai RM20 :P

6. Maka aku bertanya lagi.... Siapakah PERDANA MENTERI pada KETIKA ITU????

#Rakyat3PM
#HanyaBertanya
#RakyatTakBodoh
#RakyatTakLupa

Sumber :

https://www.kliaekspres.com/about-us/the-erl-story/
https://en.wikipedia.org/wiki/Keretapi_Tanah_Melayu