Ada yang dok bertanya, kenapa Arab Saudi dan pakatannya boleh menyerang Yaman tapi tidak di Syria?
1. Arab Saudi tak mau serang Syria sebab yang bakal diserang itu masih kerajaan yang sah. Dan mereka tak nak jadi macam Amerika yang suka hati serang negara orang lain, walaupun negara tu masih ada pemerintah yang sah. Secara etikanya apabila anda menyerang negara lain tanpa dijemput secara 'official' oleh pemerintah disana, anda dikira berperang secara rasmi dengan kerajaan yang sah itu. Sedangkan prinsip luar Arab Saudi adalah menghormati sesiapa sahaja yang memerintah mana-mana negara (sama ada naik melalui jalan demokrasi atau sebaliknya - tetapi sah). Dan perlu diingatkan disini, salah satu sebab Russia defend Syria, adalah disebabkan Bashar Al-Assad masih pemimpin sah Syria. Malah jika merujuk pada PBB sekalipun, Bashar masih diiktiraf sebagai pemerintah sah negara berkenaan.
2. Dalam kes di Bahrain (2011) dan Yaman (2015), Arab Saudi melakukan military intervention ekoran permintaan secara rasmi oleh pemimpin negara berkenaan iaitu Hamad bin Isa Al Khalifa (Bahrain) dan Abd Rabbuh Mansur Hadi (Yaman) bagi menghapuskan ancaman.
Kalau nak jadikan bahan kes, apa yang terjadi pada perang teluk pertama lebih kurang sama dengan kes macam era Malaysia di era konfrantasi dengan Indonesia la... Belum pun kena tawan pun, British, New Zealand, Australia, Fiji dah sibuk mendarat di Tanah Melayu bagi mempertahankan Tanah Melayu
Dan sedikit maklumat tambahan, ketika perang teluk pertama berlaku, Iraq secara teknikalnya juga menyerang Arab Saudi dengan melancarkan serangan peluru berpandu Scud ke wilayah Arab Saudi di Dhahran dan Riyadh.
4. Dalam isu di Bahrain, Arab Saudi intervene dengan bantuan UAE, dan macam aku cakap mereka masuk campur di Bahrain atas permintaan pemerintah disana. (Majoriti rakyat Bahrain adalah Syiah, tetapi yang menjadi kerajaan di sana adalah dari kalangan Sunni.)
5. Dalam kes di Yaman, Arab Saudi intervene dengan bantuan dari negara GCC (Gulf Cooperation Council) iaitu Kuwait, UAE, Bahrain, Qatar kecuali Oman (yang bersikap neutral), Amerika Syarikat dan Britain (supply barang). Selain itu negara-negara lain yang turut menyertai misi ini adalah Morroco, Mesir, Turki, Jordan, Pakistan dan Sudan. Yang mana kebanyakkan negara ini sumbangkan pesawat pejuang. (Houthi yang menumbangkan pemerintah sah Yaman adalah berideologikan Syiah. Kumpulan ini adalah dari kelompok minoriti yang berpusat di Sa'ada, utara Yaman. Mendapat bantuan dari Hezbullah dan Iran selain backup dari tentera yang setia dengan Presiden Yaman sebelum ini, Ali Abdullah Salleh.)
Jadi Apa Yang Arab Saudi Buat Dekat Syria?
1. Secara officialnya Arab Saudi memang tak ada sebarang direct intervention dalam situasi di Syria. Namun dalam masa yang sama Arab Saudi menggerakkan usaha menaja pasukan-pasukan pejuang tempatan seperti Syrian Free Army (SFA) dengan dana dan persenjataan.
2. Dalam masa yang sama Arab Saudi dah sumbang duit berjuta-juta dolar untuk humanitarian mission di negara-negara Arab yang menerima pelarian Syria. Malah Arab Saudi sendiri menerima hampir 2.5 juta pelarian Syria dan memberi taraf penduduk tetap Arab Saudi.
Nak berperang ni bukan bleh main bantai-bantai jer. Banyak perlu diambil perhatian. Lainlah macam yang kaki kritik tak habis-habis tu. Macam dorang plak terlibat dalam misi ketenteraan.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.