[klik gambar untuk paparan lebih besar] |
Gambar ni mungkin nampak macam gambar-gambar lain yang biasa kita lihat. Namun mungkin ramai yang tak tau, (dan aku nak bagi tau kat korang) kedudukan individu dalam gambar ini juga melambangkan kedudukan mereka atau 'the most senior members' dalam hiraki kepimpinan Kerajaan Arab Saudi.
Yang bertanda merah tu, kesemuanya adalah ulama dan agamawan, termasuk Menteri Hal-Ehwal Islam Arab Saudi, yang juga boleh dikirakan sebagai ulama.
Kedudukan Khadimul Haramain As-Syarifain (Bertanda Kuning) diapit oleh kiri dan kanannya oleh Ulama, dimana di sebelah kirinya adalah Syeikh Abdul Aziz Al-Syeikh manakala disebelah kanannya pula Syeikh Fawzan al-Fawzan, melambangkan betapa besarnya pengaruh Ulama dalam menentukan hala tuju Arab Saudi. Malah Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammad bin Nayef dan Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman yang turut diapit kiri dan kanan mereka oleh Ulama, turut melambangkan bahawa, bakal pengganti Raja Arab Saudi yang akan datang akan sentiasa didampingi oleh Ulama.
Inilah masa depan Arab Saudi. Inilah Arab Saudi. Dan inilah lambang kekuatan negara berkenaan. Ulamanya mungkin tidak berjawatan sebagai menteri, namun pengaruhnya melangkaui mana-mana menteri.
Semoga ALLAH melindungi pemerintah dan ulama di negara yang penuh barakah ini...
Gambar ini diambil pada 10-12-1437H.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.