Sumber : FreeMalaysiaToday
Oleh : JebatNampaknya, dalam dunia yang serba moden, dengan teknologi semakin pantas, masih ada yang malas nak buat research dan lebih suka menerima berita tanpa selidik.
Takkan tak dapat beza tindakan Kafirkan pemerintah Iran dengan Kafirkan rakyat Iran wahai Tuan Guru Ustaz Abdul Ghani Samsudin?
Baiklah, aku malas nak cerita panjang-panjang, cuma benda ni aku dah cerita sebelum ni kat FB aku.
Sini aku tempek semula kat laman blog ni. Supaya jadi rekod pada masa akan datang.
------
Bagaimana media barat memutarbelitkan perkataan ulama (ditulis pada 7 September 2016).
BBC : Saudi Arabia's top cleric says Iranians are 'not Muslims' (rujuk : http://www.bbc.com/news/world-middle-east-37287434)
ARAB NEWS : Iran regime ‘enemy of Islam’, says grand mufti (rujuk : http://www.arabnews.com/node/981171/middle-east)
Apakah perbezaan tajuk BBC dengan tajuk ARAB NEWS? Tajuk BBC seolah-olah menampakkan bahawa Syeikh Abdul Aziz Al-Asheikh mengkafirkan keseluruhan rakyat Iran. Sedangkan pada tajuk di ARAB NEWS, Syeikh Abdul Aziz Al-Sheikh secara spesifik hanya mengkafirkan regim Syiah Iran dan spritual leader mereka, ayatussyaitan Ali Khamenei.
Sepengetahuan aku, Ulama Saudi tidak pernah mengkafirkan orang awam Iran. Atau mengkafirkan secara umum hanya bersandarkan kepada kerakyatan seseorang individu. Kerana jika rakyat Iran dikafirkan secara keseluruhannya, maka implikasinya, mana mungkin rakyat Iran dibenarkan melaksanakan ibadah Haji dan Umrah di Tanah Haram. Sedangkan di dalam Iran sendiri ada juga orang Sunni. Kalau ulama Saudi kata rakyat Iran kafir, makna kata, dengan sunni2 di Iran pun dikafirkan. Sedangkan pada hakikatnya tidak.
Sebab tu korang bleh nampak ada jer rakyat Iran buat Haji dan Umrah (sebelum Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan tahun lalu) di Arab Saudi. Ulama Arab Saudi meletakkan status rakyat Iran hanyalah dari kumpulan awam (yakni mereka hanyalah pengikut Syiah buta-buta tanpa ilmu - sedangkan kalau Syiah tu faham pasal agamanya, sudah tentulah dia tau yang Tanah Karbala tu lebih 'mulia' dari tanah Haram, dan tentulah mereka tak bersusah payah nak ke Saudi.)
Malah dalam musim Haji tahun ini pun, kerajaan Saudi try approach kerajaan Iran agar benarkan jemaahnya datang menunaikan Haji (Arab Saudi berpandangan urusan Haji bukanlah suatu urusan politik, tetapi ianya suatu urusan agama dan setiap individu yang mengaku Muslim seharusnya tidak boleh dihalang untuk menunaikan Haji), namun Iran buat keputusan tak benarkan rakyatnya menunaikan Haji.
Inilah bahayanya interpertasi media terutama sekali media barat yang cuba memberikan gambaran buruk terhadap ulama ahli sunnah. Mereka seboleh-bolehnya cuba menampakkan bahawa ulama ahli sunnah terlalu mudah mengkafirkan orang Islam yang lain. Jadi sebelum nak terima mana-mana berita. Tabbayun terlebih dahulu. Firman ALLAH;
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. (Al-Hujurat: 6)
Untuk makluman korang, Arab Saudi dan beberapa negara-negara Islam telah memutuskan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan awal tahun ini ekoran kegagalan kerajaan Iran melindungi kedutaan Arab Saudi di Tehran. Namun dalam urusan Haji, Kerajaan Arab Saudi telah beberapa kali 'approach' kerajaan Iran untuk membenarkan rakyat Iran melaksanakan ibadah haji. Namun kerajaan Iran menolak permintaan Arab Saudi ekoran enggan menandatangani perjanjian Haji (sesuatu yang telah menjadi kebiasaan setiap tahun dimana setiap negara atau wakil negara akan menandatangani perjanjian Haji bagi tujuan keselamatan). [Rujuk : http://www.spa.gov.sa/viewstory.php?lang=en&newsid=1499920 & http://www.arabnews.com/node/930631/saudi-arabia]
Disebabkan KEGAGALAN dan KENGGANAN kerajaan IRAN menandatangani perjanjian berkenaan, maka Arab Saudi membuat keputusan menghalang kemasukan jemaah Haji daripada Iran.
No wonderlah Presiden kau pun kepala SYIAH!
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.