POLIS MALAYSIA GAGALKAN SABOTAJ SYIAH HOUTHI

Foto : Ehsan dari PDRM

KUALA LUMPUR 5 Mac - Bahagian Counter Terrorism, Cawa­ngan Khas Bukit Aman berjaya menggagalkan komplot sabotaj terhadap lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke negara ini dengan penangkapan empat suspek warga Yemen di Serdang dan Cyberjaya, 26 Februari lalu.


Menurut sumber, kesemua lelaki berusia 26 hingga 33 tahun itu berada di negara ini sejak tiga hingga enam tahun lalu dan mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberontak di Yemen.


“Berdasarkan pemerhatian, ki­ta dapati memang mereka ini ada kaitan dengan pihak Syiah Houthi yang mana mereka cukup berdendam dengan kerajaan Arab Saudi dan mungkin merancang melakukan serangan semasa lawatan Raja Salman.

“Kita percaya mereka mempunyai agenda tersendiri selain menyebarkan ideologi ekstrem bukan sahaja kepada rakan senegara malah turut mempengaruhi rakyat tempatan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini memberi­tahu, selain empat lelaki terbabit, polis turut menahan seorang rakyat tempatan serta dua lagi warga Indonesia dan Asia Timur yang berusia antara 28 dan 41 tahun. 

Sumber : Utusan

Komen aku : Tahniah kepada bahagian anti pengganas Bukit Aman atas kejayaan anda dalam memastikan segala elemen dapat dihapuskan sebelum terjadi sesuatu perkara yang tidak kita ingini.

Post a Comment

0 Comments