Dr. Fathul Bari hari ini memberikan respon terhadap Kesipuan Ekstrimis Hak Asasi Manusia, Siti Kassim setelah menolak pelawaan perbincangan dengan Dr. Zakir Naik, individu yang hendak dihalang oleh Siti Kassim dan 19 yang lain.
Dalam komen membalas kesipuan Siti Kassim, Dr. Fathul Bari menegaskan bahawa, apa yang cuba dibawa ialah Pertemuan dan bukannya perdebatan.
Sebelum ini, ekstrimis hak asasi manusia berkenaan sering mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa kehadiran Dr. Zakir Naik ke Malaysia boleh memberikan ancaman kepada keselamatan negara, malah cuba mengheret mahkamah untuk membuat keputusan bagi mengisytiharkan Dr. Zakir Naik sebagai individu yang boleh memberikan ancaman kepada keselamatan neagra.
Berikut merupakan kenyataan penuh dari Dr. Fathul Bari terhadap kesipuan pengganas hak asasi manusia berkenaan, Siti Kassim.
------
AUNTIE SITI KASSIM SALAH FAHAM
1. Berulangkali saya sebutkan dalam kenyataan saya bahawa saya boleh aturkan PERTEMUAN Auntie dgn Dr Zakir Naik. PERTEMUAN bukan PERDEBATAN. Cuma, setelah bertemu terpulanglah kpd Auntie samada nak dialog ka, nak tanya soalan ka, nak debat ka. Its up to you Auntie.
2. Auntie tanya kenapa saya pilih 2 org sahaja daripada 19 org aktivis. Di sini jawapan saya:
a. Sebab Auntie dan akak Asiah Jalil adalah muslimah. Kalau ada lagi muslim atau
muslimah dari kalangan 19 tu, sila dtg skali.
b. Sebab Auntie dan akak Asiah popular lagi trkenal.
c. Sebab saya difahamkan Auntie dan akak Asiah Jalil adalah lawyer yg hebat.
3. Auntie, sabda Nabi Muhammad SAW: "Bukanlah dari kalangan kami, org yg tidak mengasihi org muda dan tidak mengbormati org tua." Berdasarkan hadis ini, saya memberikan jaminan kepada Auntie dan akak Asiah Jalil bahawa TIDAK akan ada sebarang penindasan hak bersuara di hadapan Dr Zakir apatah lagi pembulian. In sya Allah saya akan pastikan Auntie dan akak Asiah ditemani oleh muslimah2 yg berakhlak tinggi.
4. Auntie kata "buang masa" mengadakan pertemuan ini. Adakah ketika Auntie membuat tuduhan tidak berasas kpd Dr Zakir Naik itu dikira memanfaatkan masa? Bagi saya itu tidak "fair" Auntie. Bahkan menyanggahi prinsip human rights yg Auntir perjuangkan. Auntie seolah2 tak nak beri ruang utk Dr Zakir mempertahankan diri beliau.
5. Auntie, akak Asiah sendiri dan sebilangan kecil pengikut Auntie pernahkah bertemu dan berbincang secara harmoni dgn Dr Zakir Naik? Wallaahualam. Jika pernah, alhamdulillah, tetapi jika tidak pernah, malulah Auntie krn Auntir sanggup duduk bersama Hindraf serta berbincang penuh mesra dgn mereka, tetapi Auntie dan akak Asiah langsung tak nak kasi ruang utk berbincang mesra dgn Dr Zakir Naik.
6. Next time, kalau Auntie nak nyatakan tidak setuju atau bantahan, Auntie tak perlulah keluarkan kata2 yg tidak baik. Melabelkan org sbg bodoh, keldai, x sedar diri; x baik tu Auntie. Silakan membantah tp jaga akhlak.
7. "Sub judice" punya isu, apa hubungkait saman Auntie trhadap kerajaan dgn pertemuan Dr Zakir Naik serta implikasi undang2. Saya berpendapat tiada isu Auntie. Bahkan jika pertemuan dilaksanakan dgn berhemah serta harmoni, in sya Allah kebaikannya lebih besar.
Wallaahua'lam
1 Comments
Yelah Siti, eluk kamu dan Asiah tu jumpa sendiri Dr Zakir tu, dan cari pencerahan dengannya apa sebenarnya yg memusykilkan kamu fasal Dr Zakir ni. Tuduh2 tu memang tak adil. Perjuangkan hak asasi manusia perlu juga mengambilkira hak Dr Zakir yg juga seorang manusia kan.
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.