KUTUK HOSPITAL KERAJAAN UNTUK JUAL POLISI INSURAN / TAKAFUL?

Oleh : Jebat

Aku rasa annoying betul dengan geng-geng Insuran / Takaful yang gemar sangat memburuk-burukkan hospital kerajaan, semata-mata nak dapatkan pelanggan.

Cakap hospital kerajaan lembab la, bagi ubat tak berkualiti la, masa menunggu lama la. Sedangkan bila dikaji kesemua tu, ada sebab kenapa sebahagian pesakit menerima rawatan lambat, misalnya pesakit tu tak kritikal, dan dalam masa yang sama ada pesakit yang jauh lebih kritikal. 

Dan pasal isu ubat tak berkualiti tu dah tentunya satu fitnah! Mana mungkin Kerajaan Malaysia yang diiktiraf mempunyai kualiti perkhidmatan terbaik di dunia, malah jauh lebih baik di negara-negara barat. Tak percaya, korang boleh baca laporan dari laman web International Living : https://internationalliving.com/countries/malaysia/healthcare-in-malaysia/

Bagi aku, nak jual insuran pun jual la. Tapi apasal nak bandingkan Hospital Gov dengan swasta?

Hospital Gov berasaskan ada perkhidmatan untuk rakyat. Dan pastinya MURAH!

Hospital Swasta berasaskan kepada keuntungan semata-mata. Dan pastinya SUPER DUPER MAHAL!



Malah, kadangkala korang boleh dapat rawatan secara PERCUMA sekiranya kau memang betul tak ada duit.

Hospital swasta???? Ada harapan???





Jadi kepada pengiklan takaful / insuran, berniagalah dengan jujur. Jika anda nak cakap pasal kelebihan Takaful / insuran yang anda jual tu, janganlah jadikan Hospital Kerajaan sebagai modal anda untuk menakut-nakut dan mempengaruhi bakal pembeli polisi anda.

Tak baik macam tu.

#Negaraku

Post a Comment

0 Comments