MENJAWAB PUTAR BELIT AHLI PARLIMEN PAN DALAM ISU PENEMPATAN ANGGOTA TENTERA MALAYSIA DI ARAB SAUDI



Oleh : Anasz*

MP PAN Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan MP PAN Kuala Terengganu, 
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad nampaknya cuba memutar belitkan fakta dalam isu penempatan anggota tentera Malaysia di Arab Saudi selain main sebut jer pasal ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) yang mana saya yakin beliau (Mujahid) sekadar menyebut singkatan berkenaan tanpa meneliti matlamat ZOPFAN itu sendiri. Tindakan beliau ini hanyalah untuk menampakkan bahawa beliau macam tahu mengenai hubungan diplomatik dan antarabangsa.

Pertama, saya nak tanya pada MP PAN ini, adakah dia seorang yang bodoh? Adakah dia tidak mengetahui bahawa ZOPFAN itu hanyalah deklarasi negara-negara ASEAN menjadikan Asia Tenggara sebagai satu kawasan bebas dari pengaruh mana-mana kuasa besar terutama sekali ketika era perang dingin memuncak (Antara Soviet Union dengan Amerika Syarikat). Yang mana Vietnam, Kemboja, Myanmar dan Laos (Ahli Baru ASEAN) tidak menandatangani deklarasi berkenaan.

Negara-negara yang menandatangani deklarasi ZOPFAN ini pula, tidak dihalang untuk berinteraksi, bekerjasama atau membenarkan negara-negara kuasa besar lain membuka pengkalan mereka di negara mereka, sebabnya ASEAN sendiri tidak mengamalkan dasar campur tangan dalam urusan negara jiran.

Dan sedikit penjelasan mengenai ZOPFAN ni, ianya hanya terguna pakai di rantau Asia Tenggara sahaja, dan deklarasi tu pun terlalu rapuh, sebabnya kita tau, Singapura, Brunei, Thailand dan Filipina turut membenarkan negara kuasa besar dunia beroperasi di dalam wilayah mereka. Dan dalam dunia yang Unilateral, dimana kuasa besar dunia hari ini hanyalah Amerika Syarikat, maka ZOPFAN ni hanya menjadi deklarasi tanpa tindakan.

Dan tak ada kaitan pun ZOPFAN dengan polisi dan dasar luar Malaysia diperingkat antarabangsa. Penghantaran tentera Malaysia di Arab Saudi sudah jelas sepertimana yang dinyatakan oleh Menteri Pertahanan. 

Sejak Arab Saudi dan negara Sunnah yang lain melancarkan operasi membersihkan Yaman dari Syiah Houthi, negara berkenaan telah berhadapan dengan siri serangan peluru berpandu balistik sebanyak 48 kali dimana apabila dicampur dengan serangan roket oleh militia Syiah Houthi ke dalam wilayah Arab Saudi, ianya berjumlah 138. Dan 2 kali mereka menyasarkan serangan ke kota Makkah, namun ianya berjaya dihalang oleh pasukan pertahanan udara Arab Saudi yang memintas peluru berpandu yang dilancarkan oleh Syiah Houthi.

Siapa bagi dana pada Syiah Houthi? - Iran
Siapa bagi latihan ketenteraan? - Hezbollah (Proksi Iran di Lubnan)

Peliknya, dalam bab ni korang tak keluarkan apa-apa kenyataan pun kan?

Kalau bab perkhidmatan keretapi musim Haji pun Malaysia sanggup tawarkan latihan dan bantuan kepada anak-anak Saudi (Rapid KL latih beberapa warga Saudi untuk kendali tren Haji : rujuk sini : http://www.therakyatpost.com/), takkanlah nak bantu mempertahankan Saudi tak boleh?

Dan lagi satu, sedangkan Ranjer US di Mogadishu (Somalia) terperangkap pun tentera kita rela berkorban, selamatkan.... takkan bila Makkah dan Madinah diserang oleh Syiah, Malaysia tak nak join bersama negara muslim yang lain untuk mempertahankannya?

Kepada MP Kuala Terengganu, tuduhan anda menyatakan bahawa tentera kita tak pernah terlibat dalam menyelesaikan konflik yang berlaku di luar negara, itu adalah satu kenyataan yang bodoh lagi lagi banggang.

Tahukah anda wahai Raja Baharom, tentera Malaysia telah banyak kali terlibat dalam operasi-operasi di luar negara yang majoritinya dibawah panji-panji PBB. Berikut adalah sebahagian dari penglibatan Tentera Malaysia di arena antarabangsa.

1. Malayan Special Forces Congo (UNOC) - Okt 1960

Apabila tamat Darurat dalam tahun 1960, Malaysia telah diberi penghormatan sebagai sebuah negera merdeka, membantu mengekala keamanan dunia.  Penghormatan ini diberi kepada Negara selaku Negara keenam belas menghantar tenteranya berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bertugas mengawal keamanan Republik Congo (sekarang Zaire) di benua Afrika, yang sedang bergolak melahirkan kemerdekaannya sendiri.

Tentera Darat mewakilkan Batalion Keempat, Rejimen Askar Melayu Diraja, di bawah pemerintahan Lt Kol Ungku Nasarudin, sebagai batalion yang pertama berkhidmat di Congo dalam tahun 1960. Mereka diikuti oleh Batalion Keenam, Ketujuh dan Kedua.  Di samping itu Rejimen Pertama Kor Peninjau serta komponen Kor-Kor lain seperti Semboyan, Perkhidmatan dan lain-lain memberi sumbangan anggota mereka.  Perkhidmatan Tentera Darat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo tamat dengan kembalinya Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja ke tanahair pada 28 Apr 1963. Pada 11 Mei 2000 Tentera Darat telah terlibat dalam Misi MONUC (UN Mission in Congo).

2. Namibia (UNTAC) - Feb 89

Misi UNTAC (UN Transitional in Assistance in Namibia) bermula pada Feb 1989 sehingga Apr 1990 yang mana penugasan adalah sebagai Staf Markas dan dikenali sebagai MALBAT.

3. Cambodia (UNAMIC/UNTAC/UNMLT) - Nov 1991

Penglibatan kontijen Malaysia dengan misi ini bermula dari Nov 1991 sehingga Mei 1994. Misi UNAMIC (UN Advance Mission in Cambodia) bermula pada Nov 91 - Mac 92 yang mana penugasan adalah Pegawai Perhubungan dan Misi UNTAC (UN Tansition Authority in Cambodia) pula bermula pada Mac 92 sehingga Nov 92 yang mana penugasan adalah MALBAT I, II dan Staf Markas. UNMLT (UN Military Liaison Officer Team) bermula pada Nov 93 sehingga Mei 94.

4. Somalia (UNOSOM) - Jun 1993

Malaysia menyertai misi UNOSOM dari 1993 hingga 1995. 870 anggota tentera dari 19 RAMD (Mekanis) ditempatkan untuk bertugas di Mogadishu mulai 18 Jun 1993. Batalion ini terlibat dengan misi tempur untuk menyelamat askar Renjer Amerika Syarikat yang terperangkap di Pasar Bakara di Mogadishu pada 3 dan 4 Okt 1993, dimana 75 Renjer Amerika Syarikat berjaya diselamatkan.

5. Bosnia Herzegovina UNPROFOR/IFOR/SFOR - 1993

Malaysia mula menyertai Pasukan Pelindung PBB (UNPROFOR) pada bulan Sep 1993. Kumpulan MALBATT dianggotai oleh 23 RAMD dan 3 KAD tempoh tugas dari 2 Sep 1993 sehingga 22 Ogos 1994. Kumpulan MALBATT II (22 Ogos 1994 hingga 27 Mac 1995) dari 5 RAMD dan 2 KAD. Kumpulan MALBATT III (28 Mac 1995 hingga Nov 1995) dari 12 RAMD dan 1 KAD. Bagi Kumpulan IFOR (International Force) MALCON I, II dan III telah bertugas bermula pada Dis 1995 sehingga Jun 1997. Kumpulan SFOR (Stabilization Force) pula iaitu MALCON IV Dan V telah ditugaskan bermula pada Jun 1997 sehingga Jun 1998.

6. Timur Timor (INTERFET/UNTAET) - Sep 1999

Penyertaaan Malaysia di dalam misi ini bermula dengan menghantar 30 pegawai dan LLP berganding bahu dengan Multi-national Force (INTERFET), membantu United Nations Mission in East Timor (UNAMET) melaksanakan tugas-tugasnya serta bagi memudahkan pelaksanaan operasi-operasi bantuan kemanusiaan. tempoh penugasan tim ini adalah dari 29 Sep 1999 hingga 1 Feb 2000 (dikenali sebagai MALTEAM). Seterusnya mulai 18 Mei 2000, anggota ATM telah ditugaskan sebagai jurubahasa dibawah misi UNTAET.

7. Ethiopia (UN MEE) - Dis 2000

Misi UN MEE (UN Mission in Eriteria/Ethiopia) bermula pada Dec 2000  sehingga sekarang  yang mana penugasan adalah sebagai Staf Markas.

8. Op Khas Timor Leste (MALCON) 2006

Penyertaaan Malaysia di dalam misi ini bermula dengan menghantar 36 pegawai dan 302 LLP. Tempoh penugasan tim ini adalah dari 29 Mei 2006 hingga sekarang yang mana misi ini diketuai oleh Kol Ismet Nayan bin Ismail (3001633)

Banyak lagi yang boleh kami senaraikan, namun biarlah ini untuk seketika....Kang bagi banyak-banyak, bukan korang faham pun. Dan lagi satu, Latihan Ketenteraan North Thunder tu bukan kali pertama gak Malaysia join. Sebelum North Thunder, Tentera Malaysia dah berlatih di padang pasir UAE dalam eksais latihan yang dinamakan Desert Tiger 2 (rujuk sini : http://gulfnews.com/)

Mengenai fitnah Mujahid Yusof Rawa, bahawa apa yang dilakukan oleh Arab Saudi sebagai satu jenayah perang, sila baca kenyataan Majlis Keselamatan PBB (UN Resolution 2216) yang menyatakan bahawa, tindakan Arab Saudi dan negara sekutu melancarkan serangan udara ke atas Yaman adalah atas PERMINTAAN RASMI DARIPADA KERAJAAN YAMAN YANG SAH pimpinan PRESIDEN ABDUR RABBO MANSOUR AL-HADI.

Jadi kepada Mujahid Yusof Rawa... Jangan cakap tanpa buat research. Seriously...Anda BODOH SANGAT bila melibatkan deklarasi ZOPFAN dalam isu tindakan Malaysia menempatkan anggota tentera di Arab Saudi.

Malah kebodohan anda bertambah-tambah apabila anda membuat kenyataan yang menyatakan bahawa tindakan Arab Saudi dan negara Arab lain melancarkan serangan ke atas kedudukan Syiah Houthi di Yaman sebagai satu jenayah perang. 

Sebagai tambahan, mana-mana negara di dunia ini tidak boleh disaman oleh mana-mana negara, kerana itu adalah keistimewaan setiap negara di dunia ni. Jika setiap negara boleh menyaman mana-mana negara di dunia ini, pastilah Jepun akan saman Amerika Syarikat kerana meledakkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, malah mungkin Serbia menyaman Malaysia kerana terlibat dalam operasi membebaskan Bosnia dari cengkaman puak Serbia.

Akhir kalam, ingin saya nasihatkan kepada kalian berdua, buat la research dulu, carilah pakar dalam isu Asia Barat, Ketenteraan, dan Hubungan Antarabangsa sebelum nak bercakap.

* Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang Strategi dan Keselamatan, UKM.

Post a Comment

0 Comments