Oleh : Jebat
Since banyak yang dah pening apa yang berlaku diantara Qatar dengan negara-negara jirannya, biarlah aku kasi mudahkan sikit.
1. Isu ni mula hangat bila media Qatar keluarkan kenyataan Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani yang mengutuk Arab Saudi selain memuji Iran dan Israel.
2. Lepas tu depa katalah itu fake news. Arab Saudi dan UAE tak boleh terima kenyataan berkenaan. Sebab bagi mereka, Qatar kan "champion" media. Takkanlah sistem komputer mereka terlalu rapuh sampai boleh kena ceroboh dengan hacker.
3. Arab Saudi dan UAE sebelum tu dah halang penyiaran Al-Jazeera di negara mereka ekoran tindakan media milik Qatar yang gemar mengadu domba. Semua negara orang lain teruk. Qatar jer elok...(Senang citer, cari salah orang jer la).
4. Dalam masa yang sama, disaat GCC dah bersetuju untuk BAN Ikhwan di GCC, Qatar bertindak sebaliknya dan tidak mengikut konsensus bersama.
5. Lepas tu, beberapa minggu sebelum sidang kemucak Arab Amerika Islam di Riyadh, Agensi Perisikan Arab Saudi mendapat maklumat bahawa Qatar hantar delegasi ke Iraq untuk berjumpa dengan pemimpin tentera Al-Quds yang disokong oleh Iran.
6. Ini tak termasuk dengan betapa benggangnya negara-negara Arab melihat perangai Qatar yang menaja aktiviti-aktiviti keganasan di negara-negara lain seperti menyokong Syiah di Bahrain dan membantu Syiah di wilayah Qatif di Arab Saudi ketika fanomena Arab Spring.
7. Malah dipercayai beberapa negara Arab lain berang dengan tindakan Qatar yang campur tangan dalam urusan dalaman negara lain seperti di Libya, Mesir, Maghribi, malah Jordan!
8. Senang citer, apa yang UAE, Bahrain dan Saudi buat ni adalah disebabkan tindakan Qatar itu sendiri. Gagal ikut persetujuan bersama dalam GCC dan khianat dengan perjanjian yang telah dipersetujui (memulaukan Iran dan tidak mencampuri urusan dalaman negara lain).
Tambahan : Dosa Qatar pada Muammar Gaddafi
Dalam video ini, Muammar Gaddafi Beri Amaran Pada Qatar Mengenai Bahaya Menyokong NATO Menyerang Libya pada tahun 2011.
Kita mungkin tak bersetuju dengan beberapa tindakan Muammar Gaddafi. Namun kita tak nafikan sumbangan beliau pada rakyatnya. Malah beliau adalah pemerintah yang sah pada ketika itu. Namun kenapa Qatar berusaha menjatuhkan beliau? Adakah selepas Gaddafi dijatuhkan, Libya bertambah baik? Apa salah Gaddafi pada Qatar? Siapa yang menyemarakkan api permusuhan di Libya (Time tu tengah sakan Arab Spring)? Dan cer tanya, siapakah yang halalkan darah Muammar Gaddafi? Bukankah ini bukti QATAR campur tangan dalam urusan dalaman negara lain?
Apa yang pasti, Gaddafi dah mati. Libya makin lingkup.
Rujuk : https://www.theguardian.com/world/2011/oct/26/qatar-troops-libya-rebels-support
Sehingga artikel ini ditulis, 9 negara telah memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Qatar.
1. Arab Saudi 🇸🇦 (GCC)
2. Bahrain (GCC)
3. UAE. (GCC)
4. Mesir. (bukan negara anggota GCC)
5. Yaman (bukan negara anggota GCC)
6. Libya (bukan negara anggota GCC)
7. Maldives (bukan negara anggota GCC)
8. Mauritius (bukan negara anggota GCC)
9. Mauritania (bukan negara anggota GCC)
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.