Syeikh Hamad bin Khalifa Al-Thani |
Oleh : Jebat
Bunyi pelik. Tapi itulah realiti sebenar. Qatar, sebuah negara yang kaya dengan hasil buminya antara tenaga penggerak kepada ketidakstabilan di rantau Arab.
Dalam satu rakaman yang didedahkan oleh Al-Arabiya, bekas Emir Qatar, Syeikh Hamad bin Khalifa Al-Thani berbicara dengan pemerintah Libya Muammar Gaddafi mengenai perancangan beliau mahu menjatuhkan pemerintah Al-Saud di Arab Saudi.
Dengan mengaku dirinya salah seorang daripada keturunan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (salah seorang tokoh tajdid di Hijjaz), beliau menyatakan pemerintah Arab Saudi pada hari ini tidak layak menjadi penjaga dua tanah suci, Makkah dan Madinah.
Campur tangan Qatar dalam urusan dalaman negara jirannya bukan perkara baru. Dalam satu rakaman temubual yang dilakukan oleh wartawan Russia Today pada tahun 2011, bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh mengakui bahawa Qatar telah terlibat secara aktif dalam menyemarakkan api permusuhan diantara rakyat dengan kerajaan.
Rakaman berikutnya melibatkan temuramah Syeikh Hamad dengan wartawan CNN dimana Syeikh Hammad mengakui bahawa Qatar memang terlibat dalam usaha menjatuhkan pemerintah Libya melalui senjata yang dibekalkan kepada pemberontak. Tindakan Qatar ini ternyata membangkitkan kemarahan Muammar Gaddafi.
Sebenarnya terlalu banyak makar yang Qatar lakukan pada dunia Arab. Kita tak tahu apa motif pemerintah Qatar hendak melihat negara lain huru hara.
Bacaan lanjut :
Keturunan Muhammad bin Abdul Wahab bantah penggunaan nama keluarga mereka dalam penamaan masjid di Qatar
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.