Oleh : Jebat Rata-rata komentar pembangkang mengenai projek ECRL adalah negatif. Pengerusi PKR Terengganu cakap, projek berkenaan tidak akan memberikan kebaikan pada anak tempatan. Yeo Bee Yin dari DAP Selangor pula mahukan Kerajaan DAP-PKR dan PAS Selangor tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan persekutuan dalam projek berkenaan. Ini adalah skrip biasa yang digunakan oleh pembangkang dari zaman berzaman. Ketika Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau juga diserang dengan taktik yang sama. KLIA, PUTRAJA, KL SENTRAL, kesemuanya dikatakan membazir, menghabiskan wang rakyat. Namun setelah beberapa lama, KLIA yang dulunya dikatakan sebagai satu pembaziran, akhirnya menjadi antara Lapangan Terbang tersibuk di dunia. Putrajaya, yang dulunya hendak dilelong, kini menjadi rebutan pihak pembangkang. KL Sentral yang satu ketika dahulu dikatakan akan sepi dan menjadi projek Gajah Putih, hari ini menyaksikan perkembangan pesat di sekitar Brickfield. Kita tak menafikan sumbangan pemimpin terdahulu, namun aku pelik lagi ajaib, mengapa apabila bekas Perdana Menteri masuk ke pihak pembangkang, bodoh pembangkang tu menyerap ke otaknya. Suatu ketika dahulu Tun Mahathir pernah berang dengan tindakan Tun Abdullah yang memberhentikan projek Landasan Keretapi Berkembar dari KL ke Padang Besar. Namun setelah Pak Lah meletakkan jawatan, PM Najib bertindak menyambung semula projek berkenaan. Namun peliknya pada hari ini, tatkala PM Najib melancarkan jaringan rel keretapi baru yang merentasi tengah Pahang ke Terengganu dan Kelantan, Tun Mahathir mengkritik tindakan berkenaan. Ini satu tindakan yang contradict dengan apa yang dilakukan sebelum ini. Apakah tindakan membuka jaringan keretapi baharu dari KL melalui kawasan pertengahan Pahang ke Terengganu hingga ke Kelantan ini tidak proaktif? Apakah Tun M tidak membaca akhbar tatkala setiap kali musim kemuncak perayaan dan cuti sekolah berlansung, Lebuhraya Pantai Timur menjadi sesak yang amat? Bukankah dengan membuka laluan baharu ini sekaligus memberikan pilihan baharu kepada rakyat terutama sekali mereka yang datang dari Pantai Timur. Adakah Tun lebih gemar melihat rakyat menghabiskan wang di lebuhraya, dengan minyaknya lagi, tol nya lagi dari membeli tiket keretapi dan menaikinya terus ke destinasi tanpa perlu membuang duit membayar tol kepada syarikat konsesi. Apa yang pasti, Tun pastinya tidak berpuas hati dengan tindakan PM Najib yang tidak mengutamakan syarikat kroni Tun seperti YTL. Sebaliknya lebih terbuka dan mempercayai kepakaran China Communications Construction Co., Ltd (CCCC) dalam melaksanakan projek berkenaan. Jika Tun M dan pembangkang lain hendak menafikan kepakaran CCCC dalam pembinaan rel keretapi, maka Tun M tersilap. CCCC merupakan syarikat yang terlibat aktif dalam lapangan pembinaan infrakstuktur di seluruh dunia (rujuk : http://en.ccccltd.cn/business/infrastructureconstruction/). Jika Tun dan pepuak pembangkang masih nak mempersoalkan kepakaran CCCC, maka Tun sendiri pun boleh dipersoalkan dengan kes ERL. Apa kepakaran YTL dalam pembinaan rel keretapi sehingga mereka boleh mendapat projek berkenaan? Apa yang pasti, ECRL bakal menjadi nadi pengangkutan awam yang bukan sahaja merancakkan perkembangan ekonomi di pantai timur Malaysia, tetapi juga mendekatkan perhubungan diantara Kuala Lumpur dan Pantai Timur.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.