Oleh : Anasz*
Aku melihat lawatan Rabai Syiah yang diistiharkan sebagai pengganas oleh U.S, Muqtada Al-Sadr ke Arab Saudi sebagai satu lawatan yang 'luar biasa'.
Lawatan beliau ke Arab Saudi adalah lawatan susulan selepas Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengadakan lawatan ke Arab Saudi pada Jun 2017.
Sebelum itu, pada Febuari 2017 yang lalu, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir telah melakukan lawatan rasmi ke Iraq, sesuatu yang dilihat oleh penganalisis antarabangsa sebagai satu lawatan yang 'jarang berlaku' bersandarkan kepada situasi dan posisi Arab Saudi yang melihat Iraq sebagai negara yang dipengaruhi oleh Iran.
'Rapprochement' semula diantara Arab Saudi dan Iraq ini dilihat sebagai salah satu usaha Arab Saudi mengendurkan keteganggan diantara kedua-dua buah negara. Selain itu, apa yang berlaku pada hari ini seakan-akan menunjukkan wujudnya 'kerenggangan' hubungan diantara Baghdad dan Tehran yang mana ianya merupakan peluang terbaik bagi Arab Saudi mengurangkan pengaruh Tehran di dalam kabinet Haider di Baghdad.
Menurut pandangan yang dikemukakan oleh penganalisis politik rantau Arab, Abdul Rahman Al-Rasheed, tindakan kerajaan Iraq yang mula memperbaiki hubungan dengan negara jirannya yang lain juga disebabkan sikap Tehran yang gemar mencampuri urusan dalaman Iraq.
"Tehran selama ini telah mengeksploitasi kekayaan minyak Iraq dengan menyalurkan wang yang seharusnya digunakan untuk pembanggunan semula Iraq kepada pihak-pihak lain seperti di Syria."
Tambahnya lagi, bukan mudah bagi Sadr mengadakan lawatan ke Arab Saudi tatkala negara Iraq pada hari ini dikawal oleh tentera revolusi Iran yang mendapat arahan dari pemimipin tertinggi, Ayatollah Ali Khameini di Tehran.
Faktor sejarah turut menambahkan lagi keretakkan diantara kedua-dua kelompok Syiah di Iraq dan Iran. Syiah di Iran majoritinya berbangsa Parsi manakala Syiah di Iraq majoritinya berbangsa Arab. Dan sejarah membuktikan bahawa, wujud persaingan kuasa diantara kedua-dua bangsa ini dalam geopolitik rantau Arab sejak zaman para nabi dan para sahabat. Wujud sentimen dikalangan rakyat Syiah Iraq yang melihat Syiah Iran (yang berbangsa Parsi) sering memperkecilkan Syiah Iraq (yang berbangsa Arab). Syiah Iran melihat kejayaan mereka 'mengawal' Iraq adalah sebagai salah satu kejayaan bangsa Parsi mengawal bangsa Arab - satu perkara yang amat dibenci oleh bangsa Arab.
Kita tidak pasti apa 'game' yang cuba dilakukan oleh Arab Saudi di Iraq sebenarnya. Namun bersandarkan kepada keadaan semasa ini, aku berpandangan bahawa Arab Saudi cuba mengambil peluang menjarakkan hubungan Iraq dengan Iran menggunakan sentimen 'Bangsa Arab'.
Bacaan selanjutnya :
Wehrey, Karasik, Nader Et.all, 2009. Saudi-Iranian Relation Since The Fall of Saddam. California : Rand Corporation
Peterson, 2002. Saudi Arabia and The Illusion of Security. New York : The International Institute for Strategic Studies
S.Nye Jr & Welch, 2011. Understanding Global Conflict and Cooperation : An Introduction To Theory and History (8th Edition). Boston : Pearson
Cordesman & Khalid Al-Rodhan, 2007. Gulf Military Forces in an Era of Asymmetric Wars (Vol 2). Connecticut : Praeger Security International
*Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang Strategi dan Keselamatan dari UKM.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.