PULAU TIRAN DAN SANAFIR : FAKTA YANG JARANG KITA KETAHUI


Oleh : Mohd Faizal Sabhon

1.Saat saya menekan kekunci iPad kali ini, dua buah Pulau bernama Tiran dan Sanafir telah pun menjadi milik Arab Saudi sesuai dengan keputusan Mahkamah Tertinggi di Mesir yang memutuskan demikian dan setelah parlimen Mesir memperakuinya.Seperti yang dijanjikan saya menulis berkaitan kedua-dua Pulau yang pernah menjadi kontroversi satu ketika dahulu.

2.Tiada media Malaysia yang fokus isu ini kecuali semasa "tunjuk perasaan" pada Jumaat dalam bulan april 2016 sebaik Perjanjian Tiran dan Sanafer ditandatangani oleh Presiden Sisi. Maka jika rakyat Malaysia yang hanya ikuti medianya, mereka terhenti di situ.Proses mahkamah yang memakan masa selama setahun untuk memperakuinya selepas mendapat bantahan, tidak mendapat liputan. Barangkali akan mendedahkan bagaimana rakyat Mesir menuju ke demokrasi yang lebih luas itu BUKAN SATU PERKEMBANGAN YANG POPULAR. Hanya peristiwa "negatif" sahaja yang boleh capai tahap popular.

KEDAULATAN MESIR

3.Selain projek-projek pembangunan infrastruktur yang rancak, pembesaran lebuh raya dan pembukaan bandar-bandar baru sebagai proses pembangunan semula Mesir, persempadanan semula Mesir dengan negara-negara Jiran yang strategik juga sebagai proses ke arah itu.

4.Sebelum kita pergi lebih jauh, kita perlu lihat di manakah kedudukan dua pulau ini?

5.Dari segi sejarah, Pulau ini memang milik Hijaz (nama sebelum Arab Saudi) pada tahun 1905.Namun, ia dijajah beberapa kali oleh Mesir atas faktor tertentu.Pada tahun 1950, ia dikuasai oleh Mesir atas permintan Al marhum Raja Abdul Aziz Al Saud kerana bimbang penguasaan Israel.Pada tahun 1967, Mesir sekali lagi menguatkan penguasaannya dengan menguasai SELAT TIRAN sebagai tindakan berani menghadapi kemungkinan serangan dari Israel.Ini mendapat bantahan dari negara-negara arab, namun akhirnya selepas tercetus perang enam hari pada 5 Jun 1967, Israel menguasai selat berkenaan.Walaubagaimana pun, selepas perang enam hari berkenaan, Pertubuhan Bangsa - bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan resolusi 242 yang melarang penguasaan secara perang terhadap negara lain.

6.Sejak dahulu lagi, pulau ini sunyi tidak berpenghuni, hanya dikuasai dan dijajah.Namun hari ini ia adalah pulau peranginan tempat pelancong bersantai dari arah Sharm El Syeikh, Mesir.

7.Selepas termetrai perjanjian Kem David antara Mesir dan Israel, kedua-dua pulau ini kembali ke peta Mesir dan diletakkan di dalam ZON C yang bermaksud, hanya membenarkan polis awam dan pasukan pengaman PBB yang diletakkan sepanjang masa hingga hari ini.

8.Oleh kerana ia berada dalam kawasan ZON C perjanjian Kem David, antara Mesir dan Israel, maka sudah barang tentu, sewajarnya bahkan sepatutnya Mesir memutuskan penyelesaian TIRAN dan SANAFIR ini bersama pihak-pihak yang terlibat atau Israel.

9.Ini yang berlaku semasa pentadbiran Mubarak, ketika pembinaan jambatan Mesir - Arab Saudi diumumkan oleh kerajaan dan disiarkan secara meluas oleh akhbar sekitar 2009.Saya masih ingat saat itu.

10.Mubarak membatalkan projek tersebut kerana Israel menggunakan saluran diplomatik membantah projek berkenaan.

11.Walaubagaimana pun, di zaman Presiden AL SISI ini, beliau dengan berani mengumumkan projek pembinaan jambatan antara Mesir - Arab Saudi bahkan pengumuman dibuat sebaik beliau menandatangani perjanjian berkenaan.

12.Jelas lagi tersuluh, Israel tidak berani "mengangkat muka" dalam hal ini dan Mesir menyelesaikan isu ini secara "bersendirian" tanpa melibatkan pihak kedua dalam perjanjian kawasan ini.

13.Jika diteliti, ini juga merupakan satu isyarat kepada dunia umum, Mesir bebas dan berdaulat dalam membuat keputusan berkaitan tanah airnya tanpa perlu tunduk dengan pihak luar.

KHAZANAH LAUT MERAH

14.Walau pun setahun masa Mesir menyelesaikan isu kedua-dua Pulau ini secara menyeluruh, namun Mesir tetap dipandang dari aspek lain oleh mata yang dengki dengan kejayaan Mesir.

15.Kesan langsung jangka panjang kelak, jambatan ini bakal menjadi penghubung langsung antara benua Afrika dan Asia, selain menyumbang kepada pendapatan negara dan nilai dagangan kedua-dua negara, yang dijangka sebanyak USD 200 Bilion setahun.Pembinaan memakan masa selama 7 tahun dengan kos SAR 4 Bilion.

16.Manakala kesan langsung jangka pendek pula, Mesir hari ini telah mula menjalankan proses untuk cari gali minyak dan gas di perairan laut Merah di kawasan berhampiran di mana ia hanya boleh dilakukan selepas proses mengemaskini sempadan negara oleh kedua-dua belah pihak (Mesir - Arab Saudi).

17.Dua buah syarikat minyak dan gas antarabangsa sedang menjalankan proses cari gali minyak dan gas saat ini, schlumberger dan TGS.

18.Kawasan yang kaya dengan sumber asli dan emas hitam ini telah lama diidamkan oleh Israel semasa menjajah Sinai antara 1967-1973 dahulu di mana Perisikan Am Mesir berjaya mengebom jentera cari gali bernama "Kenting" pada 28 mac 1968.Kapal Pengorek atau jentera Kenting itu disewa oleh Israel untuk tujuan itu.

19.Operasi "AL HUFFAR" dilancarkan oleh Perisikan Am Mesir sebaik mengetahui rancangan Israel yang mahu mencuri kekayaan khazanah laut merah itu.Operasi berkenaan dijayakan oleh Komando Angkatan Laut Mesir ketika berhenti di Abidjan dari Kanada.

20.Akhir sekali, jika ditanya siapakah yang untung dalam projek ini? Tentulah negara - negara Islam, Mesir dan Saudi.Tahukah anda, dalam perjanjian pembinaan jambatan ini, Tentera Mesir akan diletakkan secara bersama dengan Arab Saudi dalam menjaga kemanan kawasan ekonomi atau sempadan ini kelak? Sekali lagi maksud tersirat disebalik projek ini yang hanya Allah S.W.T sahaj mengetahuinya saat ini.

21.sama-sama kita berdoa agar proses pembinaan Mesir semula berjaya dan Mesir kembali gemilang seperti sejarah silamnya.

Post a Comment

0 Comments