MAKAR PEMIKIRAN IKHWANUL MUFLISIN


Oleh : Abu Amru 

Bapa Hasan Al Banna adalah murid kepada Muhammad Abduh, dan dianggap ulama Mesir. Sementara Al Banna juga sempat berguru dengan Syeikh Yusuf Ad Dawji, murid Muhammad Abduh.

Jadi pemikiran Muhammad Abduh yang bersifat liberal dan revolusional tertanam tanpa sedar dalam jiwa Al Banna.

Ayahnya Syeikh Ahmad Al Banna adalah pemuka Tariqat Hashafiyah. Dengan ini ketika Al Banna meningkat remaja, dia telah mula berkumpul bersama jamaah sufi tersebut.

Tariqat ini ditubuhkan oleh Syeikh Hasanain Al Hasyafi, dan ayah Al Banna sempat bersama dengannya. Syeikh Hasanain wafat ketika Al Banna berusia 4 tahun.

Pada waktu Al Banna berkumpul dengan tariqat sufi tersebut ketika berumur 12 tahun, ia dipimpin oleh Syaikh Abdul Wahhab Al Hashafi.

Pada umur 17 tahun, Al Banna mengambil Tariqat Hashafiyah Syadziliyah dari As Sayyid Abdul Wahhab secara rasmi di Damanhur.

Tidak lama kemudian, para anggota tariqat ini - termasuk Al Banna - menubuhkan organisasi dakwah bernama Jam'iyatul Hashafiyah Al Khairiyah di Mahmudiah. Banyak kisah ini disebut dalam Muzakkirat Da'wah wa Ad Da'iyah.

1928 : Ikhwanul Muslimin ditubuhkan di Ismailiyyah oleh Hasan Al Banna, yang berasasknan dari organisasi dakwah tadi. Ketika itu, Al Banna berumur 22 tahun jika mengikut kalendar masihi.

Al Banna berkata tentang manhaj Ikhwanul Muslimin:

"Sesungguhnya dakwah Ikhwanul Muslimin adalah dakwah Salafiyah, mengikut sunnah, hakikatnya sufiyah dengan berdasarkan gaya politik". (Majmu'ah Al Rasail, Hasan Al Banna)

Yang dimaksudkan dengan dakwah Salafiyah itu adalah manhaj Muhammad Abduh, bukannya manhaj Salaf yang diperjuangkan oleh Syeikh Muhammah Abdul Wahhab.
Kerana dasar dan halatuju kedua-dua manhaj ini sangat berbeza dan bertolak belakang, bagai utara dan selatan.

1940 : Penubuhan Tanzim Al Khas, yang terus dibawah kawalan Mursyidul Am (Hasan Al Banna). Ketika ini Al Banna berumur 34 tahun dan setelah 12 tahun IM ditubuh.

1948 : Perang Israel - Palestin meletus. Negara-negara Arab menghantar tentera, termasuk Mesir.

Ikhwanul Muslimin juga menghantar ahli pasukan Tanzim Al Khas dari Mesir menuju ke Palestin lalu bergabung dengan ahli IM di Palestina yang ketika itu dianggarkan terdiri dari 25 cabang. Bersamaan itu juga, ahli IM dari Syria, Jordan dan Iraq pun terlibat. Mereka semua dianggap tentera sukarelawan.

- Pasukan Mesir dipimpin oleh Ahmad Abdul Aziz.
- Pasukan Jordan dipimpin oleh Abdul Latif Abu Qurah.
- Pasukan Syria dipimpin oleh Mustafa As Siba'i

Pemikiran revolusi dengan penuh kekerasan ini bermula sedikit demi sedikit.

Ia mula tertanam pada Al Banna dari kisah-kisah pendiri Tariqat Al Hashafiyah yang sangat keras dalam berdakwah. Antara contoh betapa keras dakwah tariqat sufi ini adalah Syeikh Hasanain Al Hasyafi pernah menampar seorang ulama yang memberi hormat dengan membongkok sehingga seperti ruku' di depan Perdana Menteri Rayyadh Pasha.

Di depan Rayyadh Pasha, dia menengking ulama tersebut: "Hai lelaki, berdiri engkau! Ruku' itu tidak boleh dilakukan kecuali hanya kepada Allah. Jangan hinakan agama dan ilmu sehingga Allah nanti akan menghinakan kalian!".

Contoh lain adalah dia memahari seorang pembesar negeri yang datang menghadap Rayyadh Pasha dengan memakai cincin dan memegang tongkat emas.

Dia terus berkata tanpa menjaga maruah:" Apa benda ini? Menggunakan emas untuk perhiasan seperti ini adalah haram bagi lelaki, sekalipun ia halal bagi wanita. Berikan saja keduanya kepada isteri-isterimu. Janganlah menyelisihi perintah Rasulullah saw".

Kesannya, pembesar tersebut naik marah dan ingin bertekak namun dileraikan oleh Perdana Menteri.

Dari watak keras ulama pujaan Al Banna ini, yang menjadi inspirasi dirinya lalu kemudian dia membangunkan jamaah Ikhwanul Muslimin.

Al Banna menetapkan bahawa mereka wajib mentaati perintah yang datang darinya, hatta untuk pergi berhaji juga perlu mendapat kelulusan darinya. Dalam Al Muzakkirat dinyatakan bahawa ahli IM yang mengingkari arahan Al Banna maka akan dihukum.

Di khabarkan bahawa Tanzim Al Khas ini bersifat radikal, malah bersedia untuk melakukan kekacauan dan keganasan.

Semuanya berpunca pada kegairahan mereka untuk menegakkan negara Islam, sehingga mengadopsi falsafah Machiavelli.

Kerajaan Islam yang tidak melaksanakan hukum Islam - pada mereka hukum Islam hanya lebih tertumpu pada hudud - akan diistiharkan kafir.

Kepada jamaah yang tidak bersama dengan Ikhwanul Muslimin, akan disesatkan dan dianggap sebagai pendokong Kerajaan Thaghut.

Lanjutan dari ini, Sayid Qutb memajukan lagi pemikiran radikal ini sehingga terbentuk satu konsep aqidah yang dipanggil Tauhid Hakimiyah.

Tauhid jenis ini dapat dilihat dalam kitab awal mereka belajar manhaj Ikhwanul Muslimin, seperti kitab Maza Ya'ni Intimai Fil Islam oleh Fathi Yakan. Kitab ini selalu menjadi modul usrah oleh para jamaah yang punya kaitan dengan Ikhwanul Muslimin.

Tauhid Hakimiyah ini sesat dan menyesatkan, malah melahirkan pemikiran teroris. Kelahiran Al Qaeda juga, jika ditelusuri dengan saksama, muncul dari Tauhid Hakimiyah.

Apapun bagi anggota Ikhwanul Muslimin sangat percaya manhaj yang mereka lazimi adalahh benar, murni dan mengikut syariat. Manakala para pendokong mereka tetap akan terus menyokong. Said Hawa berkata:

"Hendaklah mereka menyedari bahawa menyeleweng dari pemikiran Hasan Al Banna di masa sekarang ini adalah perbuatan yang salah, mustahil akan selamat dan perbuatan yang bodoh kerana apabila kita menginginkan perjuangan yang sempurna dalam membela Islam dan kaum Muslimin ia hanyalah dengan pemikiran Hasan Al Banna". (Fi Afaaqit Ta’lim, Said Hawa)

Hanya orang yag dikasihi Allah akan mampu membebaskan diri dari terus terjerumus dalam Ikhwanul Muslimin dan cabang-cabangnya.

Post a Comment

0 Comments