Oleh : Ratu Sentap*
Asalnya dia budak dari kampung. Keputusan Darjah 6 boleh dikatakan baik. Maka, dia mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh tajaan kerajaan pada masa itu sepenuhnya. Diberi segala kelengkapan termasuk lah kasut dan baju sekolah. Beruntungnya dia. Maklumlah di rumah sendiri serba kekurangan dan kedaifan.
Tamat Tingkatan 5, dengan kemudahan infrastruktur yang baik sepanjang dia bersekolah, keputusan SPM yang cemerlang membolehkan dia mendapat biasiswa. Untuk melanjutkan ke peringkat ijazah.
Kini, sudah mampu menjawat posisi tinggi dalam salah satu Goverment-Link Company. Bergaji 5 angka, hidup serba mewah. Bercuti langsung tidak ada dalam negeri. Namun, dia mendabik dada. Ego setinggi langit. Terlupa barangkali dari usia 12 tahun, dia menggunakan status hak istimewanya sebagai Melayu untuk dia mendapat tempat di sekolah berasrama.
Mendapat tajaan untuk menuntut ilmu dan membawa pulang sekeping ijazah juga berdasarkan hak yang sama. Malah bekerja pun di syarikat yang berkait rapat dengan kerajaan terdahulu yang pastinya dipenuhi bangsa Melayu untuk memegang tampuk kepimpinan.
Tidak cukup dengan itu, anak-anak sendiri pun dimasukkan ke sekolah berasrama, kononnya mahu meneruskan legasi kejayaan dalam akademik.
Bukankah sangat ironi tatkala dia dan rakan-rakan yang sama melaungkan yang mereka mahukan Malaysian Malaysia? Malaysian Malaysia yang punya kesamarataan hak tidak berlandaskan bangsa, itulah yang mereka propagandakan?
Bukankah sangat hipokrit? Bila sudah bersenang lenang, sudah meningkat taraf sosial, sudah tidak bertongkat, mereka dengan angkuh mengatakan bantuan yang mereka terima dahulu itu, kerana itu hak mereka. Hak apa lagi? Bukankah mereka sendiri perjuangkan kesamarataan.
Inilah Melayu lupa daratan. Lupa asal usul. Lupa diri tidak sedar diuntung. Lupa selupanya. Padahal anak sendiri pun masih menagih simpati di MRSM yang ditubuhkan untuk Melayu. Melayu yang sama berlumba-lumba tarik segala kabel yang ada untuk memasukkan anak ke sekolah berasrama elit. Melayu yang sama yang berebut-rebut mahu anak-anak menuntut di universiti awam dengan kuota Bumiputera. Melayu yang sama bercakaran untuk tajaan biasiswa. MELAYU!
Sudah-sudahlah. Teringinkan Malaysian Malaysia? Mengidamkan satu status yang sama untuk semua? Maka lepaskan dulu apa yang selama ini dipegang! Tidak tahu malu ke apabila diri sendiri masih mengharapkan bantuan tetapi di mulut berkata bongkak seolah-olah diri sendiri sungguh gah.
_______
* Artikel ini merupakan pandangan pihak yang menulis dan bukan mewakili pandangan atau pendirian PenaMinang.com atau PM Institute secara khususnya. Kami juga tidak bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan atau pandangan yang ditulis atau disiarkan melalui segmen Komentar dan Dari Blog. Ia adalah pandangan penulis berkenaan tanpa dipengaruhi pihak kami dan ia tidak semestinya mengambarkan pendirian dan pandangan kami.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.