PENGERANG, 15 Mei - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Saudi Aramco hari ini memperkenal identiti korporat bagi usaha sama mereka di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), iaitu Pengerang Refining Company Sdn Bhd (PrefChem Refining) dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd (PRefChem Petrochemical) - secara kolektif dikenali sebagai PRefChem.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Saudi Aramco, Amin H Nasser berkata, identiti korporat tersebut merupakan satu peristiwa penting bagi projek usaha sama mega, yang membentuk sebahagian daripada strategi pemasaran dan perniagaan syarikat untuk memperkukuh pertumbuhannya di Asia Tenggara melalui bekalan minyak mentah dan operasi hiliran berskala dunia.
"Usaha ini berkait rapat dengan strategi hiliran kami, iaitu untuk melabur dalam sistem penapisan minyak dan petrokimia global di kompleks pengeluaran berskala dunia di rantau utama, dengan kapasiti penapisan minyak antara lapan hingga 10 juta tong sehari pada 2030," katanya semasa majlis pelancaran di sini hari ini.
Hadir sama Presiden dan CEO Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd, Datuk Md Arif Mahmood.
"Malaysia menyediakan peluang besar untuk pengembangan portfolio hiliran Saudi Aramco di Asia, dan lokasi strategik PRefChem akan menempatkan negara ini sebagai hab tenaga serantau yang prolifik, di samping meningkatkan jaminan tenaga di rantau Asia Pasifik," kata Amin.
Pada Mac, Petronas dan Saudi Aramco memuktamadkan perjanjian pembelian saham untuk pemilikan dan penyertaan yang sama dalam operasi kilang penapis, perekah dan kemudahan petrokimia terpilih di PIC.
Pembinaan PIC setakat April 2018 adalah 90 peratus siap manakala kompleks penapisan, perekah dan kemudahan petrokimia masing-masing mencapai 96.54 peratus dan 84.8 peratus siap.
Selain daripada kemudahan penapisan minyak, perekah dan petrokimia, projek PIC juga merangkumi pembangunan kemudahan berkaitan, iaitu kilang penjanaan bersama, terminal regasifikasi cecair, loji bekalan air mentah, terminal air dalam, unit pemisah udara serta kemudahan utiliti berpusat dan berkongsi.
Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata, permintaan global bagi tenaga dan barangan pengguna dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan yang sihat.
"Asia bersedia untuk menerajui momentum meningkat ini dan terus meletakkan kedudukannya sebagai pasaran dinamik dan cergas.
"Permintaan yang semakin bertambah bagi produk bernilai tinggi membolehkan syarikat petrokimia memanfaatkan keperluan pengguna untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan PIC dibina untuk memenuhi permintaan ini,\" kata Wan Zulkiflee.
PRefChem membentuk sebahagian besar daripada PIC dan mampu menghasilkan 300,000 tong minyak mentah sehari serta pelbagai produk petroleum ditapis, termasuk bahan api jet sulfur rendah, petrol dan diesel motor yang memenuhi spesifikasi bahan api Euro 5.
Ia juga akan menyediakan stok suapan untuk kompleks petrokimia bersepadu berkenaan dengan kapasiti 3.3 juta tan metrik setahun.
- BERNAMA
Komen kami : Komen kami : Ini antara projek yang menjadi fokus utama Perdana Menteri terdahulu yang mahukan Pengerang mengambil alih peranan Singapura dalam menapis minyak mentah. Kami yakin dan percaya kerajaan hari ini akan meneruskan kesinambungan cemerlang yang telah ditinggalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.
Bacaan lain :
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.